Muhasabah dari kematian

Siksa kubur adalah peringatan daripada Allah

Kematian itu suatu yang pasti berlaku pada setiap makhluk yang bernyawa tetapi saat yang dijanjikan itu dirahsiakan Allah kepada hambanya.

Antara hikmah Allah merahsiakan adalah untuk hambanya sentiasa berwaspada dan berusaha sebaik mungkin untuk menghadapi saat-saat yang penuh persoalan itu.

Walaupun semua orang tahu bahawa kematian itu akan berlaku namun amat sedikit bilangan mereka yang bersedia untuk menghadapinya.

Tujuan penulis berkongsi hakikat ini selain dari muhasabah diri sendiri,penulis juga ingin menimbulkan persoalan dalam jiwa setiap pembaca,adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kematian serta siksaan kubur itu nanti.

Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah agar dijauhkan kita dan seluruh umat Islam dari siksa kubur yang amat menyiksakan ini.



Gambar di atas merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur 18 tahun yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di Oman. Mayat ini digali semula daripada kuburnya selepas 3 jam dikebumikan di atas permintaan bapanya. Pemuda ini dikebumikan secara Islam dan pada hari yang sama beliau disahkan meninggal dunia oleh para doktor. Walaubagaimanapun, timbul keraguan pada bapanya tentang kesahihan punca kematian anaknya dan ingin membuat pengesahan semula.

Sanak saudara dan rakan-rakannya terkejut setelah melihat mayat pemuda ini. Pemuda ini kelihatan berubah sepenuhnya dalam tempoh hanya selepas tiga jam dikebumikan. Kulitnya bertukar menjadi kelabu seperti orang yang sangat tua, beserta beberapa kesan penderaan dan pukulan, dengan tulang-tulang tangan dan kaki yang telah patah, tulang-tulang rusuknya pecah dan menekan ke arah dalam badannya. Keseluruhan tubuh dan mukanya telah cedera. Matanya yang terbuka menggambarkan ketakutan dan kesakitan yang amat sangat. Kesan-kesan darah pada mayatnya menunjukkan seolah-olah beliau baru menjalani beberapa siksaan.



Setelah merujuk mayat pemuda itu kepada beberapa orang saintis Islam, mereka bersetuju bahawa kaitan yang terdekat tentang kejadian ini adalah tentang siksaan kubur yang dijanjikan oleh Allah swt yang telah diingatkan melalui hadis-hadis Rasulullah saw. Bapanya yang juga terkejut dengan kejadian itu mengakui bahawa anaknya berakhlak buruk, meninggalkan solat, menjalani kehidupan sosial yang bebas dan melakukan pelbagai jenis dosa. Setiap manusia yang mati pasti akan menjalani soal jawab di dalam kubur kecuali mereka yang Syahid pada jalan Allah swt seperti terkorban ketika menegakkan agama Islam. Ini merupakan ujian awal yang akan dilalui oleh setiap manusia sebelum Hari Kiamat.


Dalam Hadis Rasulullah saw :


Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya “Siapa Tuhan kamu ?” dan dia akan menjawab “Allah tuhan aku”. Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Islam agama aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Rasulullah saw diutuskan kepada aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Bagaimana kamu tahu ?” dia akan menjawab “Aku membaca kalam Allah (Al-Quran) dan mempercayainya” Kemudian akan kedengaran suara dari Syurga mengatakan “ Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya” Kemudian dia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang.



Rasulullah saw bersabda tentang manusia yang berdosa.


Selepas proses kematian selesai, rohnya akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya “Siapa Tuhan kamu ?” dan dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian akan kedengaran suara dari langit mengatakan “ Hambaku telah berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan bukakan pintu Neraka untuknya” Kemudian dia akan merasa bahang daripada api neraka dan kuburnya akan sempitkan sehingga bersilang tulang-tulang rusuknya.



Dalam Hadis juga dinyatakan, bahawa malaikat dengan kejamnya akan menghukum orang-orang yang berdosa semasa ujian di dalam kubur dan siksaannya sangat menakutkan. Juga dimaklumkan bahawa Rasulullah saw memohon kepada Allah swt agar dilindungi daripada siksaan kubur dan menyuruh umatnya juga berbuat demikian.


Peristiwa pemuda berumur 18 tahun ini adalah sebagai peringatan kepada sesiapa yang mempercayainya dan hanyalah sebagai satu lagi cerita dongeng kepada sesiapa yang pintu hatinya ditutup oleh Allah swt. Mereka ini melihat tetapi tidak nampak, memasang telinga tetapi tidak dengar.

------------------------------------------------------------------------------------------------


Pedihnya siksaan meninggalkan solat



Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam
masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu
menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu
menangis?"





Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang
hendak memandikannya. " Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar
r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.
Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a.
mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam.
Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya
Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi
babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang
muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat
itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan
para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu
hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi
seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya
kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan
oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,
lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat
nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang
hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular
sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan
menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu
semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.
Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga
sampai hari kiamat."



Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan
oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan,
di antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".

Rasulullah saw. bersabda :

“Perpisahan antara seorang lelaki dengan syirik dan kufur itu ialah solat”

Meninggalkan sembahyang atau solat lebih besar dosanya dari perkara-perkara yang lain. Diriwayatkan ada seorang wanita datang berjumpa Nabi Allah Musa as. merayu kepadanya agar dapat memohon kepada Allah swt. mengampunkan kesalahan dan dosanya yang lalu. Nabi Allah Musa as. bertanya apakah dosa itu. Wanita itu menjawab ia sudah bersuami dan telah berzina dengan orang lain dan apabila telah melahirkan anak ia membunuh anak itu.

Mendengarkan pengakuannnya, Nabi Allah Musa as. berasa teramat marah lalu menghalau wanita tersebut. Dengan perasaan sedih, hampa dan kecewa terus pergi dari situ.

Tidak lama kemudian, tiba-tiba Nabi Allah Musa as. memanggilnya semula dan mengatakan bahawa Allah swt. telah mengampunkan dosanya. Maka bergembiralah wanita itu tadi denga rasa syukur. Nabi Allah Musa as. bertanya kepada Malaikat Jibril as. apakah dosa yang lebih besar dari itu. Maka jawab Jibril as. Dosa yang lebih besar ialah dosa orang yang meninggalkan sembahyang atau solat.

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts with Thumbnails
© 2009 - menuju perubahan | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top