selamat menghadapi peperiksaan!


kepada bakal2 yang diperiksa... selamat menjalani peperiksaan ini dengan cemerlangnya! bak kata lecturer saya... kepada sesiapa yg tidak membaca buku dan main2.. rasakanlah azabya ddewan periksa~ tapi anda pasti sudah mempersiapkan diri sebaik mungkin. jadi inilah masanya untuk anda membuktikan bahawa anda seorang yang berilmu di dada bukan ilmu dibuku...  .:al-ilm fi sudur la fi sutur:.


bittaufiQ wan NajaH!

dinar emas... jangan pandang sebelah mata~




aslmkm wbh.. sekian lama blog ini tidak terupdate, maka dengan hari ini saya bawakan al-kisahnya si dinar emas  dalam kehidupan manusia.

apa yang special dgn dinar emas ini?-adapted dr ceramah dinar emas

mari kita jejaki ayat Allah tentang pensyariatannya dan kehebatannya dalam Kitabullah al-Kareem...

 dan Allah juga berfirman dalm surah al-Baqarah ayat 278:

" wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang yang beriman"

penggunaan wang kertas zaman ini adalah penuh dengan riba, kerana wang kertas itu pada hakikatnya adalah hanya sehelai kertas yang hanya menjadi medium of exchange yang boleh dicetak sesuka hati~ nilainya terletak pada pencetakan, jika merah, maka RM sepuluh lah ia.. jika biru... RM50..dan seterusnya. bahkan nilai ketulenanya ditentukan pada potret tanda bayang,ciri2 LEAD(hologram berkilat), benang keselamatan, ciri2 PEAK dan tanda pandang telus yan terdapat pada wang tersebut. begitu juga wang2 kertas yg terdapat dinegara lain..  tapi lain pula ukurannya pada dinar emas dan perak kerana ia adalah sebenar2 medium yang mempunyai nilai yang ada naik dan turunnya.. 

pernahkah anda terfikirkan bahawa kalau boleh kertas, kenapa tidak boleh pada kayu, plastik, kotak, botol dan sebagainya dan dicetakkan nilai wang dan ciri2 yg terdapat pada wang kertas sebagai menggantikan kertas?mungkin ianya berat dan tidak mudah dibawa..tapi bagaimana pula hanya cetak dan kemudian ia akan menjadi beharga sebagai mediaum of exchange untk membeli barang sebagai pertukaran yang kita igin memiliki barang tersebut.

mengikut kajian2 yang telah dilakukan oleh pihak2 bertanggung jwb, setiap sepuluh tahun amerika akn mengalami krisis kejatuhan ekonomi padah kerana menggunakan sistem perbankkan konvensional... dengan menggandakan nilai wang sesuka hati dan menjadikan nilai wang berlipat- lipat kali ganda  apabila disimpan dlm bank.. dengan wang seribu, ia akan menjadi 3 ribu! dan kerana itu, semakin lama nilai wang akan menjadi semakin rendah! 

dahulu dengan hanya RM 10, saya boleh berbelanja sakan dipasar kampung halaman, bersuka ria membeli pelbagai jenis air yg beraneka warna, burger, nugget, ayam goreng dan makan2 yg berpotensi bawa penyakit dmasa hadapan... silap2 boleh beli kerete mainan kalau ade duit lebih...

tapi hari ini... RM10 mengalir tanpa boleh dikasihani... 

tetapi dengan dinar emas, dirham dan fulus... kambing pada zaman rasulullah itu hanya satu dirham... hari ini juga ia akan kekal satu dirham.. masuk dalam bank pun tak boleh nak diduplicate2..kerana ia emas! bahkan nilai emas semakin hari semakin menaik!

dan tips hebat dan bijak untuk membayar yuran universiti, mbeli emas d awal semester lantas menggadainya  dakhir semester, lalu bayarlah yuran.. sekurang2ny anda akan mendapat sedikit keuntungan dari nilai emas yg semakin meningkat! daripada simpan dalam akaun, semakin lame semakin berkurangan! kalau simpan dlam bank selain perbankkan islam, lebih baik kita pilih jalan yg disarankan Allah...

sedikit berkenaan dinar emas..

Kepentingan Dinar Emas dalam Ekonomi Islam
1. Oleh kerana Dinar adalah emas, maka nilainya begitu kukuh dan tahan inflasi. Zaman Rasulullah SAW, 1 Dinar bersamaan nilai seekor kambing dan sekarang pun nilai 1Dinar masih bersamaan seekor kambing. Dah lebih 1400 tahun pun masih tak berubah.

2. Justeru nilai Dinar tidak berubah, maka tindakan spekulatif di pasaran wang antarabangsa tidak akan terjadi. Di samping tidak dipengaruhi oleh kadar inflasi, Dinar juga tidak dipengaruhi oleh kadar bunga. Dengan lain perkataan, Dinar adalah wang bebas riba. Kestabilan Dinar juga akan mempromosikan perdagangan dan menstabilkan sistem kewangan antarabangsa. (Shabri, M., 2006)

3. Melihat pentingnya peranan Dinar dan Dirham dalam menstabilkan sekaligus memulihkan ekonomi umat, maka fiat money (wang kertas) dianggap sebagai musuh utama ekonomi Islam. Tanpa menggantikan fiat money dengan Dinar dan Dirham, institusi-institusi kewangan Islam seperti bank Islam, insurans Islam (takaful), bond Islam (sukuk), dan pajak gadai Islam (ar-Rahn) tidak akan dapat dioperasikan 100% murni berteraskan al-Qur’an. Operasi institusi kewangan Islam tanpa kehadiran Dinar dan Dirham sangat sukar dibebaskan dari praktik-praktik riba, gharar, dan maysir. (Shabri, M., 2006)

4. Bagaimanapun, semua pakar ekonomi Islam kontemporari yang mengkaji tentang usaha pendaulatan Dinar dan Dirham sebagai matawang tunggal dunia Islam bersetuju agar ianya didaulatkan secara berperingkat-peringkat. (Meera, A.K.M dan Aziz, H., 2002)

5. Hadits berkaitan suruhan menyimpan dinar & dirham:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Rujukan:
M. Shabri Abd. Majid, (2006) Analisis Terhadap Usaha Mendaulatkan Dinar dan Dirham Sebagai Mata Wang Alternatif Dunia Islam. Jurnal Syariah, 14 (2). pp. 49-71. ISSN 0128 – 6730. Klik sini
Home page PublicDinar.com. http://www.publicdinar.com/

ceramah ini telah menghilangkan pandangan sinis saya terhadap emas selama ini!~
bahkan yang menarik perhatian saya, penceramah berkata...

'' jika kamu mahu memberi mahar pada wanita yg ingin kamu kahwini, berilah wang dinar/dirham kerana nilainya semakin lama semakin menaik, tapi kalau pakai duit kertas, nilainya semakin lama semakin menurun..." =)

marilah kita sama2 menyokong penggunaan dinar emas ini kerana ia boleh memperkukuhkan ekonomi umat Islam, meneruskan sunnah rasulullah dan memberi manfaat kepada kita atas jaminan dari Allah....

Relaku menunggumu

Diantara tuntutan iman adalah agar kita memikirkan hal ini.Kalau tidak,celakalah kita.Berfikir adalah tahap pertama dalam rangka persiapan.Inilah yang seharusnya dilakukan oleh siapa saja yang akan didatangi oleh kematian,lalu terbaring dalam tanah.Kemudian cacing tanah akan mengurainya.

Kuburan adalah tempat tinggal,dan kiamat adalah janjinya.

Ar.Rifa'i berkata :

setiap orang yang takut terhadap sesuatu pasti akan menghindari ,kecuali kubur.Tak ada orang yang takut kepada kubur,kecuali ia akan datang kepadanya.Ia selalu menunggumu tanpa kenal jemu.Dan engkau akan masuk kepadanya,tanpa pernah kembali selama-lamanya.


Renungkanlah nasib saudara kita yang kini telah kembali :

  • dulu mereka begitu menikmati pemandangan yang dilihat.Kini matanya telah buta.
  • dulu perkataannya begitu fasih.Kini cacing tanah memakan mulutnya
  • dulu mereka selalu tertawa.Kini giginya hancur terbenam tanah

Ingatlah,bahawa apa yang mereka alami akan kita alami.



Mari Merenung


Baru-baru ini kita dikejutkan oleh satu masalah yang critical.Penyakit ini bisa menyerang seluruh sendi-sendi kehidupan terutama dalam institusi kekeluargaan.

Keruntuhan yang saya maksudkan adalah pergaulan bebas yang membawa kepada penzinaan.

Ramai orang tidak selesa dengan apa yang berlaku tetapi hanya segelintir yang bekerja untuk mengatasi kegelutan ini.

Nikah Khitbah Satu Alternatif

Permudahkan nikah cegah penzinaan

Pelbagai pihak buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta buang bayi yang semakain berleluasa pada hari ini ,

Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah bukan untuk menghalang keperluan manusia tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Gejala seks bebas [ zina ] adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

(An Nuur : Ayat 32)


Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

* Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
* Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
* Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
* Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
* Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
* Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
* Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

* Suami
* Isteri
* Wali
* Saksi
* Aqad [ Ijab Qabul ]

cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

* Masih menuntut di kolej atau uniersiti
* Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
* Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .


Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Sedikit penambahan

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam .Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .

kembali kepada fitrah


Selamat hari raya aidilfitri.

Aidilfitri ini adalah hari dimana kita kembali kepada fitrah yakni suci bersih dari dosa dan noda hasil dari keutamaan dan keampunan yang melimpah di bulan ramadan.


p/s : semoga segala amal yang dilakukan di bulan ramadhan lalu diterima Allah.

p/s : diharapkan segala amal kebaikan terus kekal di bulan-bulan seterusnya.

p/s : mohon ampun salah silap selama ini.

Pengalaman menjadi atlet alimpaido

Minggu lepas saya dan teman-teman berpeluang terlibat dalam satu majlis sukan rakyat jawa barat yang dikenal sebagai alimpaido.



Terlalu banyak kenangan suka dan duka yang terjadi dalam menjayakan program tersebut.


Antara kenangan manis yang boleh dikenang adalah ketika dilaungkan kontinjen Malaysia turut hadir dalam menjayakan sukan ini.Kami dijemput bertujuan memeriahkan majlis.Sepatutnya china dan korea juga turut serta tetapi mungkin takut kalah,mereka tidak hadir di hari perlawanan.


Sebelum acara bermula,atlet alimpaido Malaysia sudah bertubi-tubi menyarankan agar kita balik sahaja.Ada yang mengatakan takut memalukan negara.Sampai masa yang ditunggu-tunggu dan diminta untuk berada di garisan mula,atlet alimpaido Malaysia sudah bersepah-sepah dan tidak tentu arah.Ada yang baru tukar pakaian dan ada juga yang mengatakan ‘mari kita memalukan diri di khayalak ramai’.

Negatif sungguh semangat atlet Malaysia.


Walaupun penilaian negatif telah diajukan tetapi dengan kuasa dan izin Allah,atlet Malaysia telah berjaya mengharumkan nama Negara dengan memenangi pusingan yang pertama.


Terima kasih kepada atlet kita dan shukur kepada Allah yang tidak terhingga.


Malaysia boleh !









Bersemangat atlet Malaysia menempuh liku-liku dalam pertandingan tersebut.Motor kecil yang sewajarnya ditunggang oleh anak kecil sekitar 7-8 tahun telah dirosakkan oleh seorang atlet Malaysia.Tempat pemegangnya tertanggal ketika pertandingan,tetapi dengan semangat Malaysia boleh,Dia cuba memasang semula dan berusaha meneruskan perlumbaan.



Terlalu banyak kenangan yang boleh diceritakan di dalam pusingan pertama ini,tetapi cukuplah sekadar itu,kerana mungkin penceritaan yang dalam nanti memalukan atlet kita sendiri.



Setelah pusingan pertama,nampaknya atlet Malaysia sudah mula yakin dengan upaya sendiri.


Bermulanya pusingan kedua,nampaknya musuh kita dari Sulawesi utara juga agak handal dalam bermain sukan rakyat.Pasukan Malaysia agak tertekan,hanya mendahului sedikit sahaja di hadapan lawan.Dengan izin Allah dan sokongan rakan seperjuangan seorang atlet Malaysia dalam acara menembak telah berjaya menjatuhkan objek sasaran dengan sekali tembakan sahaja.Dari situlah kemenangan Malaysia buat kali kedua tercapai.



Dengan kemenangan itu layaklah kontinjen Malaysia untuk memasuki pusingan seterusnya yang akan dijalankan keesokan harinya.


Sekali lagi Malaysia Boleh !


Sekarang saya akan menceritakan pula kenangan duka yang saya dapatkan sepanjang acara tersebut.Saya mula dengan ucapan alhamdulillah,tanda syukur saya kepada Allah akibat dari ujian yang diberi.


Pertama,atlet-atlet Malaysia kebanyakannya mengalami cedera ringan akibat dari kelalaian sendiri dan juga keterlanjuran pihak lain.Keterlanjuran yang saya maksudkan itu boleh saya definasikan begini.Ada satu acara ini yang permainannya melibatkan dua biji batu.Satu batu diletakkan di atas kaki dan perlu ditujukan ke satu batu lagi sebagai sasaran.Atlet-atlet Malaysia ketika itu berada dihadapan mereka untuk sesi latihan.Batu-batu yang dituju itu jikalau sedikit terlanjur akan mengenai kaki-kaki kami.Ini yang saya maksudkan keterlanjuran dari pihak lain.


Kenangan yang paling saya tidak boleh lupakan adalah ketika dalam perjalanan ke sana pada hari ke dua sukan alimpaido.Ketika itu jalan sesak,memang susah untuk bergerak.Tiba-tiba motor yang ditunggang saya dihimpit oleh sebuah kereta dan sebuah lori kecil.Dengan izin Allah kaki saya yang diletakkan di atas tanah itu dilenyek oleh lori kecil tadi.Pada mulanya sekadar rasa panas,lama-kelamaan rasa sakit yang dinanti-nanti itu muncul juga.Saya bershukur kerana yang terkena gilingan tayar itu adalah kaki saya bukannya kaki teman dibelakang.


Inilah serba sedikit perkongsian cerita ketika berpeluang menjadi atlet Malaysia dalam sukan rakyat alimpaido Jawa Barat.


Posting ini sekadar hiasan.Tetapi kalau boleh mendatangkan manfaat.Alhamdulilah.

Wahai mama ni ke beg kipas yang makce nak.nanti mama tanya makce berape yang beliau mahu ye.





Sayangnya GEBU

Petang tadi saya ke rumah adik junior di Cikuda.


Cantik sungguh pemandangan rumah mereka.Tanah tinggi dan berangin,nyaman rasanya.


Saja habiskan masa petang dengan hal yang menguji kesabaran (memancing).


Kami memancing belakang rumah mereka.Yang jadi sabar itu apabila tarik umpan rasa berat macam ikan tapi realitinya hanya lumut dan sampah.


Rasanya ikan-ikan itu semuanya sudah kenyang.Mana tak kenyang dari pagi lagi mereka suda bertenggek disitu.


Tambahan pula makanan-makanan yang tak habis juga dibuang di dalam kolam,jadi sumber rezeki utama bagi ikan-ikan.


Budak-budak ni senang ,nak mancing dari tingkat atas pun boleh.Baling je umpan.Tunggu sampai ikan sentap (rumah atas kolam).


Mudah-mudah.


Untuk pengetahuan sudah 3 hari mereka makan ikan bakar hasil dari memancing.Mengapa mereka boleh bertahan,sebab 3 hari itu juga mereka telah latih kesabaran hati dan nurani.


Nasi yang masuk ke dalam mulut mereka juga dimasak oleh ibu rumah (bertuah).


Pendek kata kehidupan mereka kini sungguh bahagia.Tak seperti junior –junior saya dulu di asrama


Tengah bakar ikan,aku boleh larikan diri sebentar ke rumah senior ni.Dah lame tak jumpe dia.Walaupun takut kedatangan kita ni dihalau tapi tak tahu mengapa kaki ini terus melangkah dan melangkah.


Ketika di rumah senior terjadi satu peristiwa yang manis sangat.


Kami dikejutkan oleh kehadiran satu makhluk Allah SWT yang sangat indah.


Kebetulan malam tu angin kuat.Pintu yang tidak tertutup rapat dipukul oleh gelora angin malam.


Adengan itu seperti dirancang untuk menyerikan malamku yang sepi lagi dingin.


Ini kali pertama saya lihat kecantikan itu.


Pada masa itu fikiran saya melayang jauh mengenangkan dirinya yang suda meninggal 3 tahun lepas.


Terus saya beri namanya dengan panggilan GEBU (Nama kasih saya ketika masih hidup)


Hati ini rindu sekali .Terus saya dukung dan letak di atas riba.GEBU menggeliat manja di atas ribaan yang penuh dengan rasa kasih.



Seronoknya..



Kegembiraan itu melupakan saya tentang ikan bakar,tapi yang jelas kalau diberi pilihan memang saya tak pergi dah ke sana.


Hilang segala kekusutan kala itu.Bagaimana ada manusia yang sanggup mencederakan kaum mereka.


Semestinya hati nurani mereka sudah tiada di dalam jiwa.


Nabi sampai koyakkan bajunya kerana tidak mahu menggangu kucing yang sedang tidur di atas bajunya.Mulia betul akhlaknya.


Jamal(senior) banyak kali nasihatkan saya ni kucing orang nak buat macam mana.


Saya banyak beri alasan,mungkin dia dah lari jauh,tuan dia biarkan dia,takda orang jaga dia dan banyak lagi.Jawapan itu hadir disebabkan terlalu berharap pada GEBU.


Apakan daya.Sedih pula nak tinggalkan,semoga berjumpa lagi dengan GEBU.



Pesanan saya pada GEBU


  • Disebabkan GEBU betina jadi kena jaga diri betul2

  • Jangan main2 kotor nanti comot.

  • Kalau ingat jalan balik kena balik rumah cepat2.

  • Jangan lupa ziarah saya ye.

  • Nanti di syurga main sama saya ye GEBU (doakan saya masuk dulu)


TATA GEBU..

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu


Pengenalan


Kita semua mesti pernah berdoa.Tidak seorang manusia pun dalam dunia ini yang tidak pernah berasa kesulitan.Kita semua memerlukan Allah.Setiap individu pastinya mempunyai hajat dan harapan.Kita semua tanpa kecuali pasti punya pemintaan kepada Allah.


Inilah yang disebut doa.



Dalil


Dengan fitrah yang dibekalkan ini maka Allah SWT berfirman:


“Dan Tuhanmu berfirman, ‘ Berdoalah kepada Ku,niscaya akan Ku perkenankan kepadamu. “


Tetapi,


Mengapa kadang-kadang doa yang dipohon tidak dimakbulkan Allah.


Adakah Allah tidak mampu menunaikannya atau telah berdusta mengenai firmanNya itu.


Tidak,mana mungkin Allah berdusta.


Boleh jadi keyakinan dalam berdoa nya itu sangat rapuh.Berkemungkinan juga permintaan hambaNya itu tidak bermanfaat bagi yang bersangkutan.


Bahkan,dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas :Allah berfirman ,


  • Jibril,hamba-Ku menyeru-Ku.Benar Tuhanku,jawab Jibril.


  • Jibril,hamba-Ku mendesak dalam meminta.Benar Tuhanku,jawab Jibril.


  • Jibril,Tunda pemberian untuk hamba-Ku,Aku senang mendengar suaranya.


Ini membuktikan penangguhan Allah SWT dalam mengabulkan doa membuktikan yang Allah sangat mencintainya.


Pengalaman diri


Sedikit pengalaman tentang doa ingin saya kongsikan.Dulu masa di sekolah,saya ni rindu sangat pada mak.Selepas solat magrib saya pun doa pada Allah agar mak datang malam tu,tak beritahu pun minta mak datang.Habis doa saja kawan tepuk belakang kata mak saya tunggu di luar.Saya pun terpinga-pinga.Rasa macam dimainkan,tapi siapa tahu mungkin memang mak datang betul3.


Saya jenguk di luar memang betul mak saya datang.Ketika itu yang terlintas di hati ini hanya Tuhan yang tahu.Mak berdiri menunggu di kereta.Saya cerita hal ini pada mak,mak kata lain kali doa banyak2 lagi.Itulah buat kali pertama dalam kesedaran saya bersama roh yang doa dimakbulkan secara langsung.Kalau direnungkan dan diteliti sememangnya Allah SWT ini tidak terikat dengan sesuatu apa pun,bahkan waktu.Waktu itu sendiri hambaNya.


Allah sudah tahu yang saya akan berdoa begitu,disebabkan itu Allah menggerakkan naluri mak satu jam sebelum (anggaran) saya berdoa.


Sentuhan jiwa

Khas buat mak yang tunggu di luar ketika itu


Dihati ini hanya Tuhan yang tahu

Dihati ini aku rindu padamu

Tulus sanubari menantikan hadirmu

Hanyalah kau ibu pilihanku


Pengajaran


Janganlah terburu-buru dalam berdoa kerana :


Rasulullah SAW bersabda: Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku.


(Riwayat Imam al-Bukhari)



Bukan sekadar paduan




Saya amat berminat dengan seni paduan suara.

Boleh dikatakan setiap hari akan mendengar paduan suara yang sering dikatakan sebagai voicing.

Sampai membuatkan seorang kawan saya ni sudah tak tahan,mungkin terlalu kagum atau terlalu geli.

Mula berjinak dalam seni ini ketika di sekolah lagi.

Kalau kawan-kawan bertanya macam mane nak buat suare2 tu.Saya jawab ia lahir dari ketulusan hati.hehe : )

Kene banyak dengar.Nanti insting tu datang.

Secara generalnya voicing yang simple akan ada beberapa jenis suara.



1.lead ( kita panggil basic aje atau solo )

2.second (istilah saye aje-suara yang agak tinggi )

3.third (ni agak rendah )

4.Base (ni paling rendah )

Sebenarnya ada banyak lagi jenis2 nya,setiap satu itu ada pecahannya,mengikut kreativiti masing-masing.

Dalam duk seronok2 merakam suara tibe2 membuatkan saya terfikir pada keindahannya.
Keindahan ni terhasil dari gabungan suara2 yang lain.Suara biasa saja tidak cukup untuk membuatkan ia seram sejuk ketika mendengarnya.

Dulu selalu beri contoh,paduan suara ni ibarat kertas yang berlubang-lubang.Suara-suara yang berbeza tu sebenarnya kertas-kertas yang berfungsi untuk menampung lubang-lubang pada kertas asal.

Tujuannya nak menutup kekurangan pade suara asal tadi.

Bila direnung-renungkan banyak sekali pengajaran yang boleh diambil.Hanya mahu atau tidak untuk mengangkat firman Allah yang berbunyi :

“Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi ...”

Dalam paduan suara pun boleh kita kaitkan dengan kebesaran Allah.

Paduan suara ni saling lengkap melengkapi

Dalam Islam menekankan hal ini.

Sebagai contoh,solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu.Ia amat dituntut kerana ibadah ini dapat menutup dan menampung kekurangan di dalam solat fardhu.

Saya ingat satu hadis Rasullulah SAW :

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah:

Sesungguhnya Allah berfirman:

“..Tiada seorang pun daripada hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu lebih Aku cintai daripada ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Di samping itu, hendaklah sentiasa bertaqarrub kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga aku mencintainya.. “

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Berkemungkinan solat sunat yang mengiringi solat fardhu itu membuatkan ibadah kelihatan indah seperti voicing tadi.

Yang akhirnya memikat hati Allah untuk mendapatkan cintaNya.

Banyak lagi jika mahu direnungkan.Konsep bekerjasama juga boleh dijadikan contoh dari paduan suara.

Kelebihan orang lain akan menutupi kelemahan kita.

Konsep paduan juga adalah satu konsep sinergi iaitu penghasilan satu momentum yang lebih kuat dari momentum sebelumnya.

Itulah sebab pada paduan suara yang betul2 sebati,tulus dan ikhlas ia seperti gabungan berpuluh-puluh suara.

Sebagai contoh sinergi : 1 + 1 = 3 atau lebih

Ini juga terbukti dalam usha bekerjasama.

Saling lengkap melengkapi.

Rasa macam nak letak rakaman paduan yang saya buat tapi..(malu)

Yang jelas.

Paduan suara bukan sekadar paduan.Mari hayati lagi.


Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:

Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir.Hampir kehausan membunuhnya.Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut.Dia diampunkan disebabkan kejadian itu

(Riwayat al-Bukhari).

Semalam saya baca artikel di blog dr.Asri (minda tajdid) tentang Pelacur,Anjing dan Kehidupan.Tidak sangka pemahaman saya mengenai hadis ini ada yang membahaskan.
Terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil melalui hadis ini.Antaranya ia boleh digunakan untuk memberi gambaran kepada satu sikap manusia yang suka menghukum sesama manusia.Hukuman yang diberikan hanya terbatas kepada apa yang dilihat sahaja.Tetapi tak mengapa,manusia sama sekali tidak akan mampu memberi manfaat malah mendatangkan keburukan sama sekali.

Allah maha mengetahui.

Saya ambil sedikit bahagian dari ulasan dr.Asri ini untuk dikongsikan bersama.

HINA DAN MULIA

Perkataan yang digunakan dalam hadis tentang perempuan tersebut ialah mumisah iaitu perempuan yang terkenal dengan perbuatan zina, seperti perempuan lacur. Perempuan seperti itu sentiasa buruk pada nilaian mana-mana masyarakat pun.

Namun, seorang wanita penzina mendapat keampunan Allah S.W.T disebabkan seekor anjing. Siapalah pelacur atau penzina di mata manusia, dan apalah yang ada pada seekor anjing pada penilaian manusia?! Namun, air yang diberikan oleh pelacur atau penzina kepada anjing menyebabkan dia mendapat rahmat dan keampunan. Apatah lagi jika seorang yang baik memberikan bantuan kemanusiaan kepada sesama insan.

BANYAK DAN SEDIKIT

Bahkan kadang-kala mungkin ada amalan yang sedikit tapi nilaiannya lebih besar dari amalan yang banyak. Ini disebabkan apa yang terkandung dalam jiwa pengamalnya. Seorang miskin yang menderma RM 10, mungkin akan mendapat ganjaran yang lebih dari seorang kaya yang menderma RM1000. Sekalipun nilainya cuma RM10, tetapi itulah kadar yang dia termampu.

Kadar itu pula besar bagi dirinya yang hanya bergaji 10 atau 15 ringgit sehari.
Dia mengeluarkan RM 10 dengan penuh erti dan berat, sekalipun mungkin lekeh bagi orang lain. Dia keluarkannya dengan penuh ikhlas dan insaf terhadap kurniaan Allah. Sudah pasti derma seperti itu berbeza di sisi Allah dibandingkan derma RM1000 yang dikeluarkan oleh seorang berharta dengan kesombongan, atau kurang keikhlasan, atau ada tujuan tertentu; tanpa rasa insaf dan mengharap ganjaran Allah. Sekalipun RM10 lebih kecil, tetapi ia lebih bernilai di sisi Allah. Namun, jika kadar yang besar dikeluarkan dengan jiwa yang luhur, pastilah ganjarannya lebih.


INSAFI DIRI

Hadis ini juga mengingatkan kita agar jangan memandang hina kepada orang lain. Ya, perbuatan yang salah memang dihukum salah, dosa tetap dosa. Namun, kedudukan pelakunya di sisi Allah, hanya Allah Yang Maha Tahu. Mungkin satu hari mereka mendapat keampunan melebihi orang lain. Ini semua kerana keikhlasan dan keinsafan jiwa setiap insan tidaklah sama. Mungkin seseorang kelihatan baik kerana lahir dalam suasana yang baik. Seseorang lain mungkin menjadi jahat kerana keadaan hidup yang melingkunginya. Namun, jika pada dalam jantung hatinya keikhlasan, kejujuran dan keinsafan diri, dia akan menemui jalan keampunan Tuhan Yang Maha Adil Lagi Penyayang. Semoga kita semua tawaduk serta insaf terhadap kelemahan diri sendiri dan kelebihan yang mungkin dimiliki oleh orang lain, sehingga dia mungkin disayangi Allah lebih daripada kita! Dengan keinsafan dan perasaan tawaduk itu, diharapkan kita juga mendapat keampunan Allah!

Saya merenung panjang setiap kali mengingati hadis ini. Betapa luasnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Betapa luas peluang yang diberikan untuk setiap insan mendapat keampunanNya, yang lantas akan memasuki syurga yang tidak tergambar keindahan dan segala kurnia yang ada dalamnya. Betapa Allah itu Pengasih, kadang-kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar.

Manusia mudah sekali untuk menghukum.Setiap insan tidak sama ujiannya.Pengadilan Allah terhadap manusia adalah sesuai dengan kekuatan yang diberikan.

Rasulullah saw. bersabda, “Berbuatlah sesuai dengan kemampuanmu..'

Sebagai contoh,iman dan kekuatan yang ada pada diri pelacur tadi tidak sama dengan iman dan kekuatan seorang ulama.Mungkin bagi ulama nilai memberikan air kepada anjing tersebut sesuatu yang sungguh mudah tetapi bagi pelacur sungguh berat akibat posisi imannya yang sangat tipis.


Satu lagi contoh,kekuatan yang diberikan kepada hamba A sebanyak 1000 manakala hamba B sebanyak 10 tetapi hamba A tadi berjaya mengambil 10 darinya dan hamba B mampu menggunakan 5 dari kekuatan tersebut.Dari kaca mata manusia sudah pasti yang baik itu adalah hamba A kerana nilainya lebih besar dari hamba B.Inilah kelemahan penilaian manusia.Sedangkan jika dibandingkan sepatutnya hamba A mampu untuk menggunakan kekuatan yang diberikan itu lebih banyak lagi.walaupun hamba B hanya 5 tetapi jika dibandingkan dia mampu menggunakan separuh kekuatannya.

Adakah ganjaran amal tersebut sama bagi seorang ulama dan pelacur tadi.Semestinya tidak.

Rasullulah SAW bersabda: “Sesungguhnya balasan terbesar dari ujian yang berat..

Berkemungkinan dengan kondisi iman yang sangat tipis maka pemberian air kepada anjing itu adalah satu hal yang sangat berat untuk dilakukan.Usha pelacur itu boleh kita bandingkan dengan pengorbanan ulama yang masuk ke medan perang.Apabila ia berjaya melakukannya ia ibarat seperti seorang ulama yang masuk ke medan pertempuran.Semuanya dikembalikan kepada Allah kerana DIA yang maha adil dan maha bijaksana.

Sikap menghukum dan mengadili sebenarnya tidak layak bagi manusia.Tugas manusia adalah apabila melihat sesuatu yang salah selayaknya membantu dan menasihati.Bukannya selesa dan ambil jalan mudah dengan memberikan cemuhan.

Tujuan Hidup

Tanpa tujuan hidup anda seperti kapal tanpa nakhoda.Perjalanan akan melanggar batu karang dan hancur berkeping-keping.Jika tujuan hidup memiliki posisi yang sangat penting,mengapa manusia tidak menentukan tujuan hidup mereka?


Allah menegaskan tentang pentingnya memandang masa depan.Allah berfirman :


Hendaknya setiap orang memperhatikan apa yang ia perbuat untuk hari esok.


Mengapa kita takut menatap masa depan dan menyiapkan diri untuk menghadapinya?


Ada beberapa alasan yang membuat kita sukar menentukan tujuan untuk masa depan


Pertama : rasa takut


Rasa takut dan was-was adalah dua musuh besar manusia.2 perasaan ini mesti dihindari sejauh mungkin.Jika tidak kondisi ini akan menghalang seseorang untuk berfikir dan memberikan tumpuan dalam kehidupan.


Manusia takut akan kegagalan dan penolakan.


Ketakutan terjadi kerana trauma.Pengalaman di masa lalu membuatkan mereka memiliki mental yang rapuh.Hal inilah yang membuat manusia tidak mahu lagi mencuba demi menghindarkan diri dari perasaan sakit yang pernah ia rasakan di masa lalu.


Seorang penakut adalah orang yang terpenjara dalam prasangka dan keraguan malah tidak memiliki rasa percaya diri.


Kepada orang seperti ini,Thomas Edison berkata,sebahagian besar orang gagal adalah mereka yang takut untuk mencuba.


Oleh sebab itu,langkah pertama untuk mewujudkan tujuan hidup adalah dengan memerangi rasa takut dengan keberanian dalam menerima kesalahan di masa lalu untuk memperbaikinya.


Kedua : tidak percaya diri


Seseorang tidak akan mampu melakukan sesuatu pekerjaan jika hatinya tidak percaya akan kelebihan diri.Golongan ini selalu berasa tidak akan berjaya.Mereka menganggap kejayaan itu milik orang lain.Orang seperti ini akan bingung dalam menjalani kehidupan.


Bukan hal yang mustahil untuk diubah jika kita memiliki keinginan untuk berubah.Jika tidak ,kita akan menjadi seorang yang pasif dalam menerima segala keputusan.Kita tidak akan pernah memandang betapa pentingnya tujuan hidup.


Kata Kennedy, ‘Jika orang merasa puas dengan posisi kedua,ia tidak akan sampai ke posisi yang lebih tinggi.


Ketiga : menunda


Sikap ini mencuri umur seseorang.Ia menyia-nyiakan waktu tanpa ada rencana dan tujuan apa pun dalam hidup.


Menunda secara sederhana adalah menangguhkan pekerjaan hari ini untuk esok.Menangguhkan sesuatu yang mestinya diselesaikan hari ini hingga umur habis dan hidup hanya berisi lamunan yang tak berguna.


Orang yang menunda-nunda pekerjaan akan terbiasa dengan kata nanti sahaja.Orang seperti ini akan selalu mencari alasan untuk tidak melakukan pekerjaan.


Orang yang menunda-nunda pekerjaan percaya akan tujuan hidup tetapi tidak ghairah dalam meraihnya.Sejatinya dia lebih dekat dengan lamunan daripada percaya pada tujuan hidup.


Semua orang tahu hidup ini hanya sekali ,tapi hanya segelintir yang menyedari hakikat ini.Manusia cenderung abaikan ,padahal memperhatikannya berikan manfaat yang sangat berguna.


Perkongsian ini saya ambil sedikit dari buku yang berjudul ‘’Jangan Tunda Untuk Sejahtera’’ yang ditulis oleh Dr.Ibrahim Elfiky.


Semoga bermanfaat.

jangan salah sangka

Semoga sharing yang serba kekurangan ini mampu menggambarkan bagaimana ketentuan Allah yang selalu dipersoalkan manusia terkandung hikmah yang bermakna.Bagi saya yang mustahak adalah usha,doa dan tawakal .Selanjutnya kita serah pada Allah kerana Dia yang lebih mengetahui mana yang baik dan buruk buat hambaNya.


Perlu rasanya untuk saya kongsikan satu pengalaman seorang sahabat supaya dengan kisah ini membantu dalam menggambarkan kebijaksanaan Allah dalam mengatur urusan hamba-hamba-Nya.


Kami ketika itu sibuk melakukan persiapan untuk SPM.Semasa study ,saya sempat bertanya pada seorang sahabat yang rajin banget ini.Kau nanti nak ambil ape lepas SPM.Dia kate nak ambil kejuruteraan kapal terbang.Semoga tertunai la hajat kau,kau rajin belaja insyaAllah berjaya.


Diringkaskan cerita,setelah result SPM keluar.Saya dapat tahu sahabat saya itu hanya mendapat 3 A sahaja.Dia kata mana mungkin nak dapat bidang tu kalau result macam ini.Apa yang boleh kami katakan ketika itu pada dia hanya bersabar,kerana dia telah berusaha,berdoa dan tawakal.


Diringkaskan lagi,semasa keputusan sambung belaja telah keluar.Seingat saya dia tidak dapat kos yang dia mahukan.Dia ada hasrat untuk menukar minatnya tetapi tak berapa lama selepas itu ada tawaran yang sampai ke rumahnya.Tawaran itu memberitahu yang dia berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke bidang yang dia harapkan selama ini.Bukan dia sahaja yang terkejut malah hati saya pun turut merasainya.Inilah hikmah usha,doa dan tawakal kepada Allah.


Allah maha penyayang lagi maha mengasihani.


Banyak hikmah yang boleh diungkap dalam ketentuan Allah ini.Terlalu banyak hikmah disebalik kejadian.Antara hikmah-Nya.


Manusia ini sebenarnya sering terlupa dan lalai dalam mengingati Allah apatah lagi untuk bersyukur.Benarlah kata-kata Allah yang bermaksud :


Dan sedikit sekali daripada hamba-Ku yang tahu berterima kasih (bersyukur )’


( Saba : 13 )


Terkadang kita salah sangka pada Allah.Pemberian Allah yang nampak kekurangan bukan bertujuan untuk mencacatkan perancangan tetapi sebenarnya untuk menghiaskan lagi perjalanan hamba-hamba yang telah memenuhi kehendak-Nya.


Mari bayangkan sekiranya Allah memberi terus keputusan yang cemerlang tadi.Semestinya hati kita terlalu senang dengan kejayaan tersebut lantas melupai Sang Pengurnia.Kalau kita mengatakan tidak dan mengatakan ‘AKU AKAN BERSHUKUR DENGAN KURNIA YANG DIBERIKAN’,Allah lebih mengetahui sejauh mana kebenaran kata-kata kita.Kerana itu Allah lebih memberi jalan yang tidak menyenangkan supaya hambaNya tidak tersungkur apabila disenangkan dengan pemberianNya.


Jika diteliti,pemberian Allah yang penuh hikmah ini sebenarnya menjadikan seseorang itu terus bersama Allah.Saya ambil contoh kisah tadi,disebabkan resultnya yang rendah niscaya doa dan tawakalnya akan menjadi lebih banyak berbanding apabila mendapat result yang tinggi.


TAHU TAK MENGAPA


Ini sebab,apabila result yang baik,dia akan berasa mudah mendapatkan bidang itu berbanding result yang rendah.Ini membuatkan doa dan tawakal menjadi sedikit lantas membawa dia menjauhi Allah SWT.


Kesimpulannya,dengan result yang rendah tadi menyebabkan manusia akan lebih dekat dengan Allah SWT.Dan jika perasan,sudah tentu rasa syukur ketika mendapat result yang rendah lebih besar berbanding result yang tinggi.Ini kerana kejayaan itu sesuatu yang tidak diduga-duga.Kata teman saya ‘ Aku tak jangka langsung boleh dapat.Bila dapat rasa macam tak percaya,rasa syukur sangat-sangat kalau nak dibandingkan dengan result yang baik dulu.


Kadang-kadang Tuhan sembunyikan

matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan

tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak

memberi kita pelangi

Ini lah kebijaksanaan Allah SWT.Bukan tak mahu beri tetapi kuatir jika diberinya result yang baik,hamba-Nya akan melupakan Dia,dan mula hanyut dibawa ombak kesenangan.Walaupun begitu,Allah tetap tidak mencacatkan hasratnya untuk mendapatkan bidang kejuruteraan itu malah menghias lagi cita-citanya dengan rasa penuh sabar dan shukur kepada Allah.


Semoga bermanfaat.

Kenapa Yahudi Bijak

Artikel ini saya dapatkan dari seorang sahabat disini.Semoga bermanfaat dan sekurang-kurangnya memberi sedikit inspirasi kepada umat Islam dalam mendidik generasi mereka.

Buang yang KERUH , ambil yang JERNIH dari kisah ini.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.


Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.



Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon
 
Related Posts with Thumbnails
© 2009 - menuju perubahan | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top