Tauladan dari besi yang berani




Magnet ialah sejenis logam yang juga dikenali dengan nama besi berani.


Magnet mempunyai medan magnet dan dapat menarik butir-butir besi lain ke arahnya.


Perkataan magnet berasal dari bahasa Greek "magnítis líthos" yang bererti “batu magnesia”. Ini adalah kerana magnet mula-mula dijumpai di suatu daerah Asia kecil bernama Magnesia.


Suatu keunikan yang ada pada magnet ini ialah apabila magnet itu digantung, arah yang ditunjukkannya ialah utara-selatan.


Selain magnet asli, terdapat juga magnet yang dibuat manusia.


Magnet asli ialah magnet yang kekal keadaannya, manakala magnet yang dibuat manusia ada yang kekal dan ada yang sementara (dipanggil elektromagnet). Kebanyakan magnet yang digunakan hari ini adalah dibuat oleh manusia.


Setiap magnet mempunyai satu 'kutub selatan' dan satu 'kutub utara'.


Apabila satu hujung magnet didekati suatu hujung magnet yang lain, kedua-dua hujung akan menarik di antara satu dengan yang lain sekiranya hujung-hujung magnet itu mempunyai kutub yang berlainan.


Sebaliknya akan berlaku sekiranya kedua-dua hujung mempunyai kutub yang sama.


Persoalannya bagaimanakah magnet ini bertindak dalam menarik dan menolak sesuatu bahan.


Setelah dikaji oleh para saintis pada abad ke-20 ini,rupa-rupanya sifat magnet yang boleh menarik dan menolak ini berpunca dari kandungan pelbagai bahan yang mempunyai ukurannya yang tersendiri.


Dalam kajian mereka,apabila kandungan pelbagai bahan ini tidak mencapai takat yang seimbang,maka ia tidak akan hasilkan medan magnet yang dapat menarik dan menolak sesuatu bahan.


Inilah tanda-tanda yang membuktikan kewujudan dan kebesaran Allah bagi orang yang berfikir.


Sesungguhnya,pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran allah) bagi kaum yang berfikir

(Ar-rad : 4)


Dalam kita merenung dan menghayati tentang kekuasaan Allah pada magnet ini,sebenarnya tersirat satu pengajaran yang dapat memotivasikan diri kita agar sentiasa berwaspada dalam meniti hidup ini.


Magnet : maksiat,kesalahan dan dosa


Bulatan hitam (medan magnet) : medan maksiat


Titik merah : manusia




Magnet ini boleh kita andaikan seperti satu maksiat, dosa, kesalahan atau hal-hal yang boleh membawa kepada kesan negatif.


Jadi, maksiat juga akan mempunyai medannya sendiri seperti mana magnet.


Jika kita masuk ke dalam medan ini,sebenarnya kita telah cuba memberanikan diri untuk bermaksiat kepada Allah.


Ini disebabkan oleh sifatnya yang begitu cenderung untuk menarik sesuatu bahan yang masuk ke dalam medannya.


Kesimpulan dari kisah magnet ini sesuai untuk kita jadikan prinsip dalam kehidupan kita di muka bumi ini.


Ramai yang mengatakan begitu sukar untuk mereka jauhi segala bentuk maksiat dan dosa.Ada yang mengatakan mereka tidak sedar dan tidak mampu membawa diri mereka untuk keluar dari dosa, seakan-akan ada sesuatu yang menarik dan mereka tidak mampu melawan tarikan itu.


Luahan mereka itu benar sekali.Sesekali kita memberanikan diri untuk masuk ke dalam medan maksiat pasti kita akan terjerumus ke lembah hina itu kecuali bagi orang-orang yang mendapat pemeliharaan dari Allah SWT.



Bagaimana kisah nabi muhamad SAW ketika zaman remajanya yang mendapat satu undangan untuk menghadiri satu jamuan.Nabi muhamad ketika itu belum lagi dilantik menjadi rasul.Baginda tidak mengetahui apakah sebenarnya tujuan jamuan yang diadakan oleh teman-temannya. Rupa-rupanya jamuan yang diadakan itu penuh dengan maksiat.Kasihnya Allah kepada baginda,dalam perjalanan Allah telah menidurkan baginda .Apabila nabi muhamad sedar,suasana telah siang dan baginda terus pulang.Allah menjaga nabi muhamad SAW dari dinodai dosa-dosa.


Hakikatnya,mereka cuba untuk melawan tarikan nafsu apabila sudah berada di dalam medan maksiat.


Inilah yang menyebabkan mereka berasa seakan-akan ditarik dan tidak mampu untuk melawanya.Mana mungkin sesuatu objek dapat lepas dari tarikan magnet jika ia berada dalam medannya.Sudah pasti akan tertarik.Begitu juga dengan maksiat.


Seharusnya jalan yang terbaik untuk mengatasi diri daripada terjerumus ke lubang-lubang hina ini adalah dengan berusaha untuk menjauhi dan tidak memasuki medannya.


Mencegah itu lebih baik dari merawat.



0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts with Thumbnails
© 2009 - menuju perubahan | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top