Identiti yang misteri
Epidermal ridge atau cap jari ini adalah elevation dari permukaan dermis yang memasuki kawasan epidermis.Apakah sebenarnya tujuan Allah SWT menciptakan epidermal ridge ini.
Boleh dikategorikannya kepada dua:
- epidermal ridge ini adalah untuk menghasilkan satu permukaan yang berliku-liku di atas permukaan kulit kita supaya menghasilkan geseran-geseran yang membantu kita untuk memegang dan berjalan.kawasan yang paling tinggi kandungan epidermal ridge ini adalah di permukaan tangan dan tapak kaki.jadi semua tahu tentang fungsi tapak tangan dan tapak kaki
- epidermal ridge ini juga berfungsi untuk menghasilkan identiti kita yang tersendiri atau nama lainnya ialah cap jari.
Kajian masih lagi tidak menjumpai seorang yang mempunyai cap jari yang sama dengan manusia yang lain.
Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini akan bawa bersamanya identiti yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain.
Manusia ini memiliki beberapa rangkaian kromosom yang tersimpan kukuh dalam bentuk genetic dan baka pewarisan.walaupun generasi-generasi silih berganti namun manusia tetap memiliki banyak misteri dan seribu satu keunikan yang sukar di tafsirkan oleh ilmu sains dan teknologi.Melainkan sebenarnya adalah bukti kebesaran dan kekuasaan Allah yang maha mencipta.
Apabila seseorang itu mati dan telah dikuburkan maka tubuh serta jasad manusia itu akan mereput dimamah cacing dan ulat sehingga ia tinggal tulang-belulang yang berserakan.namum menurut janji Allah pada kita,manusia akan dibangkitkan semula dalam rupa bentuk fizikal seperi kehidupan di dunia.bagaimana kulit-kulit yang telah di mamam cacing tetapi masih lagi cell-cell kulit kita itu berjaya ditemukan Allah.
Seorang sahabat nabi muhamad s.a.w yang bernama adwi ibnu abi rabiah betanya:
Adakah selepas kematian ini ada kebangkitan semula.dan bagaimanakah Allah SWT akan mengumpulkan tulang-belulang selepas ianya telah bertukar menjadi habuk.maka Allah SWT telah berfirman melalui maksud ayat surah Al-qiyamah ayat 4 yang bermaksud;
Bukan yang sebagaimana yang disangka itu,bahkan kami berkuasa menyusun dengan sempurnanya segala tulang belulang jarinya.dan tulang yang lebih halus dari yang lain.
Jika kita lihat ayat itu dalam teks arabnya.bunyinya itu merujuk pada perkataan ‘banaanah’ ertinya ‘hujung-hujung jarinya’.Di khaskan di sini penyebutannya adalah untuk menunjukkan betapa rupa bentuknya yang sangat ajaib.begitu halus dan terlalu rapi serta teliti buatan tuhan.epidermal ridge ini juga akan disusunkan oleh Allah SWT di hari yang telah di janjikan itu.bagaimana dengan strukturnya.complex sekali. walaupun tidak mampu untuk kita memikirkan bagaimana Allah menyusunnya.Tetapi inilah yang dikatakan tentang keimanan.Inilah yang membezakan umat islam dan umat yang lain.
Kesimpulanya,akal adalah kurnian Allah kepada makhluk yang bernama manusia.Segala sesuatu penciptaan akan menunjukkan kebesaran dan keagungan Allah SWT.Mereka akan sentiasa memikirkan tentang segala apa yang ada di langit mahupun di bumi untuk melihat kebesaran Allah.orang yang beriman akan menundukkan pandangan(hati) kepada kebesaran Allah.
renungkan firman Allah ini
Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan Allah maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi ini dan penukaran malam dan siang ada tanda-tanda(kekuasaan.kebijaksanaan dan keagungan allah)bagi orang-orang yang berakal.iaitu orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring dan mengiring ,dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata wahai tuhan kami !! tidaklah kau jadikan ini semua satu yang sia-sia,maha suci engkau ,maka peliharalah kami dari azab api neraka..
0 comments:
Post a Comment