Menjadi mukmin yang berakhlak


kesempurnaan akhlak merupakan misi utama diutusnya rasul

sebagaimana yang telah dikongsikan dalam fitrah insan dalam bab aqidah,sememangnya para rasul bukan diutuskan Allah semata-mata untuk mengajar manusia mengenali Allah.ini kerana sebelum kelahiran nabi muhamad lagi kafir quraish telah mengenali Allah sebagai tuhan.sebagai buktinya nama bapa nabi kita Abdullah,bermaksud hamba Allah.jadi apa sebenarnya perjuangan para rasul ini jika teras keimanannya adalah sama iaitu mempercayai kewujudan Allah.

perjuangannya adalah menegakkan aqidah dan mendaulatkan ibadah supaya dapat membuahkan akhlak-akhlak yang mulia di dalam diri setiap insan.

rasullulah pernah bersabda akan hal ini:

sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak

hubungan akhlak dengan diutusnya rasullullah juga dapat dilihat dari satu firman Allah yang berbunyi:

'tiadalah kami mengutus kamu,melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam'

(al-anbiya : 107)

renungkan ayat ini dan mari berimaginasi.

mungkin kata-kata dari seorang ulama terkemuka Amru Khalid dapat membantu kita untuk berimaginasi akan hal ini:

Amru Khalid:apabila masyarakat sudah dihimpit dengan pelbagai penipuan,dihimpit banyak kebohongan,dihimpit banyak pengkhianatan,apakah masyarakat seperti itu akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

ketahuilah, tiada rahmat dan kasih sayang bagi alam ini kecuali penghuninya yang berakhlak mulia.

kalau kita mahu merasai rahmat dan kasih sayang Allah,marilah kita memenuhi kehidupan kita dengan akhlak yang baik.

Mungkin ada persoalan yang bole kita timbulkan:
bagaimana caranya kita mampu untuk menghasilkan akhlak yang mulia ini.

sesungguhnya tujuan utama dari setiap ibadah yang dilakukan adalah untuk membina keperibadian akhlak seseorang.jika ibadah tidak membawa kepada kemuliaan akhlak,maka boleh kita katakan bahawa ibadah hanya sekadar gerak tubuh sahaja.

Ini antara bukti yang boleh kita katakan bagaimana ibadah ini boleh membina keperibadian seseorang.

solat


solat akan mengatur akhlak seseorang.

Allah telah berfirman:

Dirikanlah solat.Sesungguhnya solat itu mencegah dari(perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.
(al-ankabut : 45)

dari ayat di atas kita dapat fahami siapa yang solatnya tidak mencegah dari perbuatan-perbuatan keji mungkar,maka solatnya itu hanya sekadar gerakan yang melelahkan.

Allah berfirman di dalam hadis qudsi 'sesungguhnya aku hanya menerima solat seseorang yang merasa rendah hati di hadapan keagungan-KU,tidak bertindak sewenang-wenangnya atas ciptaanku,tidak terus bermaksiat kepada -Ku,tidak lali dari mengingati Ku ,memberi kasih sayang kepada orang miskin dan orang terlantar,dan memberikan kasih sayangnya kepada para janda dan kepada orang-orang yang ditimpa musibah

disini kita dapat lihat hubungan antara solat dengan akhlak yang baik seperti rendah hati dan kasih sayang.solat yang dilakukan itu mempunyai keterkaitan dengan akhlak yang baik.ini sebab,solat yang ikhlas dan khusyuk kepada Allah akan menghasilkan sikap yang mulia dalam diri seseorang insan.

mengapa solat itu dapat melahirkan akhlak yang baik.

  • solat itu mengajar diri seseorang dalam menepati masa.
  • solat juga melatih diri untuk sentiasa dalam keadaan bersih dan suci.
sedekah


Allah berfirman:

ambillah zakat dari sebahagian harta mereka.dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka.
(at-taubah : 103)

tujuan dari zakat adalah mensucikan diri.definisi mensucikan diri yang dimaksudkan oleh Amru khalid ialah satu pendidikan yang mendidik insan agar berakhlak mulia.

sesiapa yang bersedekah,sesungguhnya ia sedang belajar menyayangi dan memuliakan orang lain.jadi,ibada zakat ini pada akhirnya akan mendidik jiwa insan kepada pembentukan akhlak yang mulia.

apakah kelebihan bersedekah yang mendorong seseorang untuk berakhlak:

  • mengambil berat antara sesama manusia
  • menjauhkan diri dari sikap kedekut,sombong dan mementingkan diri
  • melahirkan rasa sayang kepada orang lain
  • memelihara jiwa dari terpaut kepada perhiasan dunia

kelebihan bersedekah ini lama-kelamaan akan membentuk peribadi yang mulia dalam jiwa manusia.

puasa


rasullullah bersabda.

apabila suatu hari seseorang berpuasa,maka jangan mengucapkan kata-kata kesat dan jangan merampas hak orang lain.apabila ia dicela atau ingin diserang maka katakanlah, 'aku sedang berpuasa'

kita dapat melihat bahawa tujuan berpuasa ini adalah untuk pembinaan akhlak.

jadi hari puasamu adalah hari akhlakmu.

pada saat berpuasa seseorang insan tidak diperkenankan untuk melakukan kefasikan,mencela,merampas hak orang lain atau melakukan perbuatan yang buruk.


Menurut Dr Danial Zainal Abidin di dalam bukunya 7 Formula Cemerlang, “Ibadah yang ditetapkan agama mempunyai unsur-unsur mujahadah. Solat yang khusyuk, sebagai contoh, mampu membersihkan hati dan mencegah individu daripada perbuatan keji. Solat subuh membantu individu melawan nafsu tidur yang berlebihan.
Puasa memberikan kekuatan pada invididu yang mengawal nafsu makan, minum dan seks. Zakat membersihkan hati daripada penyakit tamak haloba.

haji


Allah berfirman :

musim haji adalah beberapa bulan yangd diketahui.barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu untuk mengerjakan haji, maka tidak boleh berkata kesat,berbuat fasik dan berbantah-bantahan dalam masa mengerjakan haji.

(al-baqarah : 197)

ibadah haji adalah satu ibadah yang mendorong pelakunya untuk membina akhlaknya.

di saat melaksanakan haji, pada masa itulah seorang islam akan berusha sekuat tenaga untuk berakhlak dengan baik.

pada saat haji seorang islam akan melaksanakannya dalam waktu kurang lebih dua puluh hari dalam kondisi kedisplinan.


0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts with Thumbnails
© 2009 - menuju perubahan | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top