Saya amat berminat dengan seni paduan suara.
Boleh dikatakan setiap hari akan mendengar paduan suara yang sering dikatakan sebagai voicing.
Sampai membuatkan seorang kawan saya ni sudah tak tahan,mungkin terlalu kagum atau terlalu geli.
Mula berjinak dalam seni ini ketika di sekolah lagi.
Kalau kawan-kawan bertanya macam mane nak buat suare2 tu.Saya jawab ia lahir dari ketulusan hati.hehe : )
Kene banyak dengar.Nanti insting tu datang.
Secara generalnya voicing yang simple akan ada beberapa jenis suara.
1.lead ( kita panggil basic aje atau solo )
2.second (istilah saye aje-suara yang agak tinggi )
3.third (ni agak rendah )
4.Base (ni paling rendah )
Sebenarnya ada banyak lagi jenis2 nya,setiap satu itu ada pecahannya,mengikut kreativiti masing-masing.
Dalam duk seronok2 merakam suara tibe2 membuatkan saya terfikir pada keindahannya.
Keindahan ni terhasil dari gabungan suara2 yang lain.Suara biasa saja tidak cukup untuk membuatkan ia seram sejuk ketika mendengarnya.
Dulu selalu beri contoh,paduan suara ni ibarat kertas yang berlubang-lubang.Suara-suara yang berbeza tu sebenarnya kertas-kertas yang berfungsi untuk menampung lubang-lubang pada kertas asal.
Tujuannya nak menutup kekurangan pade suara asal tadi.
Bila direnung-renungkan banyak sekali pengajaran yang boleh diambil.Hanya mahu atau tidak untuk mengangkat firman Allah yang berbunyi :
“Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi ...”
Dalam paduan suara pun boleh kita kaitkan dengan kebesaran Allah.
Paduan suara ni saling lengkap melengkapi
Dalam Islam menekankan hal ini.
Sebagai contoh,solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu.Ia amat dituntut kerana ibadah ini dapat menutup dan menampung kekurangan di dalam solat fardhu.
Saya ingat satu hadis Rasullulah SAW :
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah:
Sesungguhnya Allah berfirman:
“..Tiada seorang pun daripada hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu lebih Aku cintai daripada ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Di samping itu, hendaklah sentiasa bertaqarrub kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga aku mencintainya.. “
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Berkemungkinan solat sunat yang mengiringi solat fardhu itu membuatkan ibadah kelihatan indah seperti voicing tadi.
Yang akhirnya memikat hati Allah untuk mendapatkan cintaNya.
Banyak lagi jika mahu direnungkan.Konsep bekerjasama juga boleh dijadikan contoh dari paduan suara.
Kelebihan orang lain akan menutupi kelemahan kita.
Konsep paduan juga adalah satu konsep sinergi iaitu penghasilan satu momentum yang lebih kuat dari momentum sebelumnya.
Itulah sebab pada paduan suara yang betul2 sebati,tulus dan ikhlas ia seperti gabungan berpuluh-puluh suara.
Sebagai contoh sinergi : 1 + 1 = 3 atau lebih
Ini juga terbukti dalam usha bekerjasama.
Saling lengkap melengkapi.
Rasa macam nak letak rakaman paduan yang saya buat tapi..(malu)
Yang jelas.
Paduan suara bukan sekadar paduan.Mari hayati lagi.
4 comments:
boo,
geli lah,
bukan kagum,
geli bulu ketiak ada la,
haha
Aku harap kau dapat mesej yang disampaikan oleh artikel tu.
Bukan tentang paduan yang aku nak kau fikirkan.tapi tentang lengkap melengkapi yang menghasilkan satu hal yang indah.
Tentang paduan aku akui yang kau pun terpesona dengannya,itu yang petang2 kau jumpe aku nak buat paduan suare tu.
hehe.semoga bermanfaat...petang ni kalau nak datang berseni lagi.silakan...
kalau boleh mmg aq xnk buat paduan suara tu,
tp sbb xnk tgk ko nangis,
aq pun layan la..
dah lah nyanyi free je,
letih kot,
cis..
Post a Comment