bukan sekadar tomyam udang diganti ayam


Sebarkan kebaikan sebenarnya sangat mudah.Kebanyakan orang melihat kebaikan ini sesuatu yang amat berat dilaksanakan.

Tidak pula kurang pada segelintir yang mengangap kebaikan ini hanya boleh tersebar melalui majlis-majlis yang berbentuk rasmi sahaja.

Kalau kita listkan kebaikan yang Allah perintahkan mesti melebihi keburukan yang dilarang-Nya.

Bukan hanya ke majlis ilmu sahaja boleh kita sebarkan kebaikan,ternyata di setiap tugasan kita seharian terkandung keistimewaan ini.

Semalam saya keluar makan,kedai makan ini diuruskan oleh sepasang suami isteri.Saya teringin nak makan tomyam.Kalau di Malaysia ade macam-macam jenis tomyam,ade ayam,daging,campur dan makanan laut.Tapi,tomyam di kedai mereka ini hanya udang sahaja.Saya beritahu mereka untuk gantikan daging ayam dengan udang.Semasa menjamu selera abang itu suka bersembang tentang kehidupan yang boleh direlatekan dengan agama.Satu pekara yang selalu diberitahu dia adalah :

“ Kita di dunia ini tinggal pilih ,mahu yang baik atau yang buruk.Jika baik yang kita pilih maka baik kesudahannya manakala jika yang dipilih itu buruk,nantikan sahaja kesannya “

Dalam hati,saya mengatakan dimana-mana sahaja boleh kita sebarkan kebaikan,walaupun ringkas pesanannya tapi disitu tercatat satu kebaikan dari Allah.Kalau saya pula mempraktikan dan menyampaikan kepada orang lain , sudah berganda-ganda pahalanya.

Konsep ini seperti multilevel marketing yang dikatakan jalan mudah untuk zaman sekarang mencari pendapatan,ramai orang sanggup melaksanakannya kerana percaya akan hasil yang kadang-kadang tidak berlaku pun kepada semua orang.Tapi hal ini tidak berlaku pula pada perkara yang lebih mustahak.Kebaikan berganda-ganda yang pasti akan diberikan Allah sangat berat untuk dilakukan.

Selesai makan,nak pergi bayar,saya lihat harganya 9 ribu rupiah.Saya berikan 10 ribu ,tapi dapat wang baki 3 ribu.Saya fikirkan dia silap.Saya pulangkan semula 2 ribu.Isterinya jawab ,ayam lebih murah dari udang,jadi tak boleh sama dengan harga ini.Kira 7 ribu sahaja.Dalam hati saya kata jujur betul mereka ini.

Kebaikan yang ditunjukkan mereka ini tidak memerlukan modal apapun.Jikalau mereka niatkan kejujuran itu di jalan Allah,mereka boleh diibaratkan sebagai ‘pedagang niat’.Tahu tak siapa yang menjadi contoh dalam istilah ini.Para sahabat nabi merupakan contoh terbaik dalam menggambarkan pedagang niat.Mereka akan menggabungkan beberapa niat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Ternyata di setiap niat itu terkandung pahalanya sendiri,maka beruntunglah bagi hamba-hamba yang meletakkan beberapa niat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Kesimpulannya,kebaikan itu boleh disebarkan dimana-mana ,sama ada kita mahu atau tidak.Ibadah boleh kita bahagikan kepada tiga iaitu :

  • Ibadah khusus – ibadah wajib seperti solat.Ibadah yang mesti kita lakukan.Meninggalkan berdosa dan melakukannya pahala.

  • Ibadah sunat – ibadah sunat seperti solat sunat.Ibadah tambahan bagi yang wajib.Tujuannya adalah untuk menutup kekurangan pada ibadah wajib.

  • Ibadah umum – Tugas seharian yang dilakukan kerana Allah.

Dalam kehidupan ini tidak mampu untuk hanya solat di masjid dan berbuat amalan sunat.Ibadah wajib dan sunat yang dilakukan jika diteliti hanya mengambil sedikit masa sahaja di dalam kehidupan seharian.Kita perlu bekerja dan banyak tanggungjawab lain,tidak mungkin masa kita boleh dihabiskan duduk di dalam masjid.Jadi,ibadah yang paling banyak yang boleh dilakukan ialah ibadah umum.Ibadah umum ini adalah apa sahaja yang dilakukan sehari-hari yang diniatkan untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Jadi,jangan lepaskan peluang untuk meraih ibadah umum.Jangan lupa untuk melakukan sesuatu kerana Allah SWT.

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts with Thumbnails
© 2009 - menuju perubahan | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top