Salahkah muhasabah
Satu hal yang kita mesti amalkan adalah untuk muhasabah diri kita.
Muhasabah bererti kita menilai kembali apakah hasil atau pencapaian yang telah kita capai dalam tempoh tertentu.
Ini dipanggil muhasabah selepas melakukan sesuatu amal. Walaubagaimanapun, muhasabah juga mesti dilakukan sebelum kita melakukan amal.
Berkata Imam Nawawi, beruntunglah sesiapa yang berfikir sebelum dia melakukan amal. Apabila ia baik untuk diri dan agamanya, maka dia meneruskan amalnya. Apabila ia tidak bermanfaat untuk dirinya dan agamanya, maka dia meninggalkannya- Inilah dinamakan muhasabah sebelum beramal.
Muhasabah, susahkah?
Satu hal yang amat dikesalkan bahawa kehidupan kita berlalu begitu sahaja tanpa perbaikan dan kesalahan berulang pada situasi yang sama. Seperti contoh, solat 5 waktu hampir kita ulang sehari-hari dalam kehidupan kita. Namun, masih tidak ramai orang merasakan bahawa solatnya berkesan pada dirinya. Padahal, Allah perintahkan kita untuk mencapai khusyuk dalam solat sehingga solat itu indah dan mencapai tujuannya. Tak banyak manusia sedar bahawa tujuan solat adalah supaya mereka dijauhkan dari hawa nafsu mereka dan solat dapat mengarah mereka untuk hampir kepada Allah SWT.
Rujuk Qur’an-29:45, sesungguhnya solat mampu mencegah kita dari perbuatan keji dan munkar.
Mungkin kurang muhasabah atas solat yang kita lakukan, sehingga solat hanya terjebak pada amalan rutin sahaja, kosong dari penghayatan dan nilai-nilai dari ibadah yang sangat penting ini.
Sampai suatu tahap, manusia pasti tersedar bahawa mereka kurang muhasabah dalam hidup ini. Perhatikan ayat Allah
‘Innahum kanu la yarjuna hisaba’
Ayat ini terdapat dalam surah ke 78-An-Naba. Manusia diseret ke neraka kerana mereka tidak menghisab diri mereka dalam erti kata lain, mereka tidak bermuhasabah!
Renunglah kata-kata indah dari Umar r.a supaya kita teruskan kehidupan kita dengan bermuhasabah diri selalu.
Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab
Sesungguhnya ringannya hisab kita di akhirat tergantung atas amalan muhasabah ini.
Kenapa kita tidak bermuhasabah?
0 comments:
Post a Comment