Mengingati Allah hati menjadi tenang

Hamba A : Aku ni susah nak lelapkan mata.Hati aku ni gelisah saje.


Hamba B : Yeke..kalau macam tu cuba sebelum tidur kau dengar ayat quran.

Keesokannya..........................

Hamba B : Aku rasa hati ni tenang sikit bile dengar ayat Quran.

Hamba A : Kalau macam tu bagus la.Lepas ni kalau susah nak tidur lagi,dengarlah ayat quran ye.

Hamba B : Boleh tak aku nak tanya , kenapa dengan mendengar ayat quran hati bole tenang ye walaupun sebenarnye aku tak paham satu ape pun maksudnya.

Hamba A : Kite kene ushe mencari jawapan ni.Aku pun kurang pasti.Allah melarang hambanya yang bertaqlid.

Hamba B : Betul-betul..


Benarlah firman Allah :

Dengan mengingati Allah hati menjadi tenang

(ar-rad : 28 )

Persoalannya,bagaimana dengan mendengar ayat quran,membaca ayat quran dan memahami isi kandungannya dapat melahirkan rasa tenang dalam jiwa seseorang insan.

Buat teman-teman perubatan,perkongsian ini berkemungkinan dapat membantu kalian mengingat dan memperbaharui kembali apa yang telah kita pelajari sebelum ini.


Allah SWT telah menciptakan satu mesin yang canggih kepada hambanya yang bernama manusia.Antara fungsi mesin ini adalah untuk mengkaji dan menghayati ciptaan-Nya dan secara tidak langsung menerbitkan rasa syukur atas nikmat yang telah dianugerahkan.


Antara kasih sayang Allah buat manusia adalah menciptakan tubuh manusia yang mampu untuk mengolah tanda-tanda kebesaran Allah.Antara kebesaran Allah swt ialah Al-Quran,dan diantara ayat-ayat Al-Quran yang mempunyai makna yang tersirat serta gaya bahasa yang menarik adalah Ummul Quran yakni surah Al-Fatihah.

Kita sering mendengar pernyataan bahawa untuk memahami Al-Quran kita harus memahami surah Al-Fatihah , kerana di sanalah terkandung intisari Al-Quran.

Antara visi surah Al-Fatihah ialah mengajar manusia agar hidup bersama Allah swt.Al-fatihah juga mempunyai maksud yang tersirat dan menyeluruh yang harus dipecahkan oleh umat Islam.Segala unsur kehidupan seseorang muslim telah dikhabarkan di dalam surah Al-Fatihah yang melibatkan unsur kepercayaan(spiriual),intelektual dan juga unsur emosional.


Antara tujuan Allah menyiapkan kemudahan ini adalah untuk manusia mudah memahami dan mendatangkan manfaat kepada kehidupan manusia seharian.

Ketika seseorang mendengar atau membaca surah Al-Fatihah ,maka ,telinga dan otak akan memproses surah tersebut sehingga mudah difahami,dihayati dan disimpan di dalam memori.Untuk kita lebih memahami proses pengolahan Al-Fatihah,marilah kita cermati gambar struktur telinga dan mata :



Ketika seseorang diperdengarkan alunan al-fatihah,bunyi yang berbentuk signal itu akan ditangkap oleh auricle(daun telinga) yang berperanan untuk melanjutkan bunyi yang diperangkap tadi ke bahagian tengah telinga yang akan menukarkan bunyi itu kepada bentuk yang lebih halus yang dinamakan impulse.

Impulse al-fatihah akan dihantar terus ke bahagian thalamus.


Apabila seseorang memahami maksud al-fatihah ,impuls yang dicetus akan dihantar terus ke primary dan secondary auditory area lalu diolah di area wernicke untuk diinterpretasikan makna-maknanya.Kemudian impuls akan dibawa ke area prefrontal supaya terjadi perluasan pemikiran atau pendalaman makna yang turut berperan dalam menentukan respon hipothalamus terhadap makna-makna tersebut.Hasil yang diperoleh di area wernicke juga akan di hantar ke hippocampus untuk disimpan sebentar lalu dikirimkan ke amygdala dan hypothalamus untuk ditentukan reaksi emosinya.


Pada dasarnya bacaan Al-Fatihah yang diresapi maknanya memberikan pengaruh yang positif terhadap reaksi emosi yang dicetuskan oleh amygdala.

Selanjutnya amygdala ini akan mengirimkan signal-signal tersebut ke hypothalamus yang berperanan dalam pengaturan hormon-hormon yang mempengaruhi ketahanan tubuh seseorang.Hypothalamus juga berfungsi dalam mengatur tekanan darah di dalam tubuh manusia.Apabila signal yang dihantar dari amygdala ke hypothalamus ini adalah signal yang datangnya dari ayat-ayat Allah yang penuh hikmah dan keistimewaan maka hypothalamus akan dapat melakukan tugasnya dengan sempurna.



Apabila hypothalamus dapat memelihara tubuh supaya sentiasa dalam keadaan yang seimbang maka ini membuatkan sistem pertahanan tubuh dan sistem-sistem yang lain dapat berfungsi dengan sempurna.Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan daya tahan tubuh sekaligus memberikan kesan yang optimum pada kesihatan tubuh.
Oleh itu,jika kita meresapi makna al-fatihah,maka kita akan memperoleh ketenangan jiwa.

Huraian ini tidak bermaksud mendengarkan Al-Fatihah tanpa mengetahui maknanya tidak menghasilkan manfaat apa pun.Sesungguhnya,membaca Al-Fatihah tanpa mengetahui maknanya tetap bermanfaat,meskipun manfaatnya tidak sebesar kita mengetahui maksudnya.

Bagi seseorang yang tidak mengetahui makna bacaan Al-fatihah yang didengarnya,impuls dari thalamus akan tetap dikirimkan ke amygdala walaupun tidak dihantar melalui korteks

Pendapat tersebut diperkuat oleh hasil penelitian yang diperoleh dengan cara merosakkan korteks pendengaran seekor tikus.Setelah dirosakkan ,tikus itu diperdengarkan sebuah nada yang diiringi satu kejutan elektrik.Meskipun nada itu tidak dapat dihantar ke korteks tetapi tikus ini mampu memberikan gerak balas.Nada ini dihantar langsung dari telinga,thalamus lalu ke amygdala.


Adakah ketenangan ini hanya mampu dimiliki dengan cara kita mendengar sahaja.Hakikatnya mendengar dan melihat juga mampu melahirkan rasa tenang di dalam jiwa seseorang manusia.


Pada awalnya ,sinar cahaya akan melalui bahagian kornea dan len.Dengan melalui pelbagai medium yang mempunyai ketumpatan yang berlainan maka sinar cahaya tadi akan membengkok mendekati garisan normal.Proses ini dikenali sebagai refraction.Setelah mengalami refraction,cahaya yang berasal dari luar akan difokuskan pada area yang lebih kecil di bahagian retina.

Jika jaraknya kurang dari tujuh meter,lengkungan lens harus diperbesarkan untuk memudahkan fokus pada retina.Tindakan ini dinamakan acomodation.


Apabila signal cahaya ditukarkan kepada impulse.Impulse ini akan meninggalkan retina dan melalui nerve opticus untuk sampai ke genikulatum lateral dorsalis di thalamus.Kemudian impulse ini akan dihantar ke otak sebagaimana impulse yang dicetuskan di telinga.


Amygdala dan hypothalamus akan dapat berfungsi dengan sempurna kerana mata tadi mendapat signal-signalnya dari ayat-ayat Allah yang penuh dengan kemuliaan.Kesimpulannya mata juga mampu menghasilkan ketenangan kepada manusia jika mata ini digunakan untuk melihat perkara-perkara yang mulia dan menjauhi perkara-perkara yang haram.

Jadi,inilah antara tanda-tanda kebesaran Allah swt.Allah menciptakan sesuatu itu bukanlah semata-mata sebagai perhiasan sahaja tanpa dipertanggungjawabkan.

sebagaimana firman Allah :

Apakah manusia mengira,dia akan dibiarkan begitu sahaja(tanpa ada pertanggungjawaban)

(Al-Qiyamah : 36)


Mata dan telinga yang diciptakan Allah ini sepatutnya kita mensyukurinya dan gunakan ke arah yang baik untuk mengenali dan menghayati kebesaran Allah supaya kita mampu berfikir mengapa Allah mengadakan arahan perintah dan larangan buat kita di dunia ini.



firman Allah :

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.’


(An-Nahl:78)


firman Allah :

Sungguh,Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya ( dengan perintah dan larangan) kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.


(Al-insan : 2 )


0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts with Thumbnails
© 2009 - menuju perubahan | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top