Fahami aku dengan benar wahai manusia




Penulisan ini adalah dari permintaan seorang teman yang berusaha mencari jawapan dan kebenaran serta berusaha membuang sifat taklid (mengambil sesuatu tanpa mengerti alasannya) yang menjadi salah satu sikap yang dibenci Allah swt.


Perkongsian ini berkisarkan hal-hal yang berkaitan dengan konsep takdir.


Semoga perkongsian ini dapat menjawab pertanyaannya dan bermanfaat kepada para pembaca.


Antara contoh-contoh soalan yang biasa kita dengar tentang takdir :


  • Adakah kita ini perlu berusaha menjaga iman dan amal untuk mencapai syurga Allah swt.


  • Bagaimana dengan konsep syurga neraka.Jika Allah sudah mengetahui siapa penghuninya maka mengapa Allah mengadakan dunia yang penuh ujian ini buat manusia.


  • Dalam hal nikah,adakah kita perlu berusha untuk memiliki seseorang yang kita kasihi walaupun sudah ditetapkan jodoh itu.


Sejujurnya, hal ini sungguh sukar untuk dijawab dan dijelaskan dalam bentuk yang zahir kerana permasalahan takdir ini termasuk salah satu dari tuntutan keimanan kepada Allah swt.


Kewujudan Allah, malaikat, alam barzakh, syurga , neraka, dosa , pahala, dan takdir adalah antara rukun iman yang telah ditetapkan.Ilmu-ilmu tentang hal-hal ghaib ini hanya boleh diketahui dan diperkatakan hanya melalui kata-kata Allah dan kata-kata rasul yang dibekalkan sahaja.


Rukun iman merupakan dasar kepada konsep keimanan.Ia sangat sukar untuk difahami secara ilmiah kerana manusia ini dijadikan Allah mempunyai takat pemikiran yang terhad.

Inilah tuntutan iman di dalam Islam.Umat Islam perlu untuk beriman kepada sifat Allah dengan apa yang Allah sifatkan dirinya melalui firmannya atau kata-kata rasullulah.


Salah satu sifat yang telah diberitahu Allah swt kepada kita ialah Allah itu maha adil.Ini bermaksud Allah tidak zalim pada hambanya.


Dalam konsep takdir, ujian yang datangnya dari Allah bukan bertujuan menjatuhkan tetapi meningkatkan derajat seseorang.Manusia sendiri yang membawa diri mereka ke arah kebinasaan.Ini sebab segala apa yang telah Allah peruntukan kepada hamba-hambanya adalah sesuai dengan kemampuan mereka.


Penulisan ini berkemungkinan panjang,mungkin memerlukan beberapa posting untuk melengkapkannya.Tujuannya adalah untuk memastikan setiap perkongsian itu dicernakan dengan baik.


''Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit''


Perkongsian kali ini hanyalah satu pengenalan yang memuatkan kisah-kisah sejarah tentang isu takdir yang menjadi perdebatan para ulama pada suatu ketika dahulu.


Setelah wafatnya nabi, para sahabat meneruskan agama ini dengan benar dan melalui jalan yang lurus.Kemudian langkah para sahabat ini diteruskan oleh para tabi’in.Mereka menempuh jalan dan manhaj yang telah ditempuh para sahabat serta menggunakan petunjuk yang telah mereka gunakan.


Selanjutnya pada masa itu,muncul fahaman Qadariyah iaitu fahaman yang mengakui tidak ada takdir.Mereka berpendapat segala sesuatu itu tergantung pada diri sendiri.Jika ia berkehendak,maka ia dapat memberikan petunjuk pada dirinya sendiri dan barang siapa mengkehendaki juga dapat menghinakan dirinya.


Semuanya itu kembali kepada kehendak hamba itu sendiri dan tidak ada hubungannya sama sekali dengan kehendak Tuhan.


Mereka menghilangkan sifat-sifat Allah dan hakikat nama-Nya.Mereka juga menetapkan bahawa Allah itu tidak memiliki pendengaran, pandangan, kekuasaan serta tidak berbicara.Firmannya itu tidak lain hanyalah sekadar suara , huruf yang diciptakan di udara atau di tempat penciptaanya.


Kemudian mereka mengatakan bahawa di alam ini tidak ada sama sekali yang namanya maksiat,kerana pelaku berada dalam ketaatan terhadap kehendak dan keinginan Allah swt.


Sebagaimana yang diungkapkan :


Aku berbuat sesuai dengan apa yang menjadi kehendaknya

Dengan demikian semua perbuatanku adalah suatu ketaatan


Kata mereka :


Jika engkau berbuat maksiat kepada-Nya,beerti engkau telah mentaati kehendak-Nya,kerana orang yang mentaati kehendak-Nya tidak akan dicela, dan pada hakikatnya itu bukan suatu yang dihinakan.



Bahkan kelompok ini juga telah berprasangka buruk kepada Allah dan menganggap Allah benar-benar telah melakukan kezaliman.Mereka berkata : Sesungguhnya semua perintah dan larangan Tuhan itu sama dengan penugasa hamba untuk naik ke langit dan juga seperti tugasa seorang mayat untuk menghidupkan orang yang telah meninggal dunia.Tuhan telah mengazab hamba-hamba-Nya kerana satu perbuatan yang tidak sanggup dikerjakan oleh hamba-Nya.Dan tidak ada seorang pun di dunia ini yang diberikan kebebasan melainkan berada dalam paksaan.

Pada masa yang sama mereka tidak mengakui adanya perbezaan antara jujur dan dusta,kebajikan dan kejahatan,keadilan dan kezaliman, sujud kepada tuhan atau sujud kepada syaitan dan berbuat baik kepada manusia atau berbuat buruk kepada manusia.

Perkara ini terjadi akibat dari diri mereka yang mendakwa segala apa yang mereka lakukan adalah takdir Allah.Apabila mereka tunaikan kehendak Allah maka bagi mereka itu merupakan satu ketaatan,tidak kiralah ia satu hal yang baik atau buruk.Itu sebab, bagi mereka tidak mungkin manusia ini akan bermaksiat.

Kelihatan tiada salah pada awalnya.Mereka mempercayai semuanya dari Allah tetapi pada akhirnya mereka terjerumus ke arah kesesatan yang besar.


Ketika pengetahuan akan kebenaran dan masalah takdir sudah sampai pada tahap yang sangat diperlukan,maka pada masa itu para ulama mula untuk memberikan jawapan bagi setiap persoalan yang berlaku.


Mungkin disini sahaja pengenalan tentang konsep takdir.Pada saat itulah takdir ini telah menjadi satu isu perdebatan dikalangan para ulama.


Semoga perkongsian ini dapat memberi pengetahuan baru kepada kita dan memberi gambaran betapa pentingnya untuk kita sentiasa beriman secara benar kepada konsep takdir.


Jika konsep ini tidak ditekankan ke dalam prinsip beragama ,maka keberangkalian terbentuknya Qadariah yang baru sangat tinggi di tengah-tengah masyarakat kita.


-Bersambung-

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts with Thumbnails
© 2009 - menuju perubahan | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top