Aku ingin menceritakan sedikit pengalaman ku semenjak aku dibeli oleh seorang lelaki.
Terlebih dahulu aku perkenalkan diriku.Nama diberi ialah Vespa.Aku berwarna biru dan sebenarnya aku berbaju.Tuan ku telah membuka baju ku dengan alasan wajahku kelihatan tua.
Alhamdulillah.Aku kelihatan muda sekarang.
Aku dilahirkan pada tahun 1988 dan mula berkhidmat dari tahun dilahirkan sehingga kini.
Tenaga aku ini sebanyak 150 cc.Tetapi disebabkan bentukku yang tidak fit seperti teman-temanku yang lain,maka aku ini lebih di ajak untuk bersiar-siar di waktu petang.
Semenjak aku dibeli.Aku sering dikunci dengan rantai besi pada setiap malam.Aku berasa senang hati kerana memikirkan yang aku ini disayangi.
Pada suatu hari aku terdengar perbualan tuanku bersama rakan-rakannya.
Rakan : Kenapa kau beli vespa ni.
Tuan aku: Aku ni tak mampu nak beli yang mahal-mahal.Banyak lagi kepentingan yang mahu dikejar.Cukuplah sekadar punya kenderaan.Biar kenderaan ku tak sehebat orang lain,tp manfaatnya akan dapat disebar kepada semua orang.Siapa yang mahu pakai,silakan.
Ternyata tidak ada rakan-rakan tuanku yang mahu membawaku disebabkan mereka tidak mahir dan susah dalam mengendaliku.
Aku bahagia jika bermanfaat kepada orang lain.
Sebagaimana hadis Rasullulah SAW :
Sebaik-baik manusia adalah yang banyak memberi manfaat kepada manusia
Semalam tuanku telah mengambil gambarku atas permintaan ibunya.Aku sangat malu kerana wajahku ingin dilihat orang lain.
Aku harap aku mendapat tempat di hati ibunya.
Walaupun aku tidak sehebat rakan-rakan yang lain tetapi aku bershukur kerana punyai seorang tuan yang sangat menghargai diriku.
Semoga diriku ini dapat memberikan manfaat kepada sesiapa yang memerlukan.
0 comments:
Post a Comment