Ruang wanita solehah ini akan digunakan untuk penulis berkongsikan serba sedikit pengetahuan tentang bagaimana untuk menjadi wanita paling bahagia hasil dari karangan Dr. Aidh Al-Qarni.Beliau adalah pengarang buku La Tahzan.


Padamu terdapat kelebihan yang melimpah



Esok hari pasti menerbitkan angin segar

mengusir semua kesedihan dan

menggantinya dengan keceriaan dan kebahagian


Saudariku,

Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan ,setelah cucuran air mata akan terbit sebuah senyuman,dan setelah malam ada siang.Atas izin Allah ,awan kesedihan akan sirna,pekatnya malam aka tersingkap,segala bencana pasti berakhir,dan setiap masalah akan teratasi.

Ketahuilah sesungguhnya engkau akan selalu mendapat balasan terbaik dari-Nya.Bila engkau seorang ibu yang sentiasa mendidik anak-anakmu dengan baik dan benar,mereka kelak akan menjadi para pejuang,pembela,dan penegak agama Islam.Mereka juga akan selalu mendoakanmu dalam sujud dalam ibadah-ibadah malam mereka.

Adalah suatu kenikmatan yang luar biasa bila engkau menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang dan kelembutan.Engkau harus bangga dan tersanjung bahawa ibu nabi Muhamad SAW adalah wanita yang berhasil menghadiahkan seorang pemimpin agung dan rasul yang mulia kepada segenap manusia.

Sesungguhnya engkau juga dapat menjadi seorang penyeru kepada jalan Allah bagi wanita-wanita lain sesamamu.Yakni,dengan perkataan yang sopan,pelajaran yang baik,penyataan yang tegas dan benar,pebantahan secara baik,dialog secara santun,akhlak yang mulia dan tingkah laku yang terpuji.

cemburunya..

asslamualaikum buat pembaca,, seperti yg sudah dijanjikan berikutan posting berkenaan dgn ujian, penulis ingin membawakan anda dengan satu kisah benar yang menyentuh hati buat hati-hati yang merindukan kekasihnya... tulisan ini difowardkan dalam sebuah email dari seorang sahabat.. semoga kita dapat menghayati dan mengambil iktibar atas ujian dan nikmat yg diberi Allah kepada manusia terpilih ini....kerinduan yang sudah tidak tertanggung lagi...

...................................@;----..............................

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. .. Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari.

Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.

Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.." Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik.

Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).

Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu.

Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. .. Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... "

Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak. Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah.

Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia.

Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.."

Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan... Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya

(al-Ahzab:56)

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W... banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu' alam

U.J.I.A.N= penyeri kehidupan

"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan hanya dengan mengatakan, ''kami telah beriman'' dan mereka tidak diuji?"
Al-'Ankabut; 2


Sudah menjadi satu perencah dalam kehidupan, UJIAN adalah penyedap rasa seumpama ajinamoto yang melazatkan hidangan.begitu juga hidup, pasti tak bermakna jika tiada makhluk bernama UJIAN, CUBAAN, DUGAAN, MASALAH, EXAMINATION, dan yang sekufu dengannya.


Jika kita menjadi seorang manusia yang suka membuat pemerhatian dan menggunakan akal untuk hidup.. berikut adalah antara cara-cara yang amat populer dilakuan sebahagian manusia untuk menyelesaikan masalah.senarai dimulakan dengan yang paling ringan.

Kategori ringan
1- tiada perasaan
2- menangis
3- ketawa
4- makan
5- melakukan perkara-perkara luar tabiat:
contoh>> menari2 dkhalayak ramai,http://www.smileycodes.info
membasuh semua baju dalam loker kemudian menseterikanya semula, seorang yang pemalas tiba2 menjadi rajin untuk mengemas rumah 3 tingkat. dan seterusnya...

Ketegori medium
6- menceritakan masalah pada orang yg sepatutnya
7- berdiam diri bertafakur dan mencari jalan keluar sendiri
8- berfikir secara waras dan merasionalkan diri untuk menyelesaikan masalah

Kategori berat
9- putus asa dengan rahmat tuhan
10- mencederakan diri atau orang sekelilingnya..@mengamuk xtentu hala
11- melakukan percubaan membunuh diri
12- mencari masalah lain sebelum masalah yg sedia ada selesai
13- berfoya-foya, mengambil dadah dan arak

Kategori extrime
14- membunuh diri dengan kejam
15- membuang bayi
16- mengebomkan diri
17- membunuh orang lain kemudian membunuh diri sendiri
18- keluar dari agama
19- gila

http://www.smileycodes.info

Banyak lagi cara-cara sebenarnya penyelesaian masalah yg kreatif yg xmampu difikirkan oleh orang-orang yg mampu mengawal emosi dengan baik.

Disini penulis ingin berkongsi cara penyelesaian masalah yg boleh dilakukan sebagai seorang umat islam yg sopan, mempunyai maruah diri dan menurut jalan yg Allah telah berikan.

1- bersabarlah dengan ujian dari allah kerana

" dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. sungguh Allah itu benar-benar maha pengampun lagi maha penyayang." surah an-nahl;18

nikmat Allah itu tidak mampu kita hitungkan kerana terlalu banyak. kalau dalam bahasa arabnya "لا تحصى عدد نعمة الله". Ingatlah, Allah hanya membukakan satu pintu rahmat daripada sembilan pintu rahmat yang diciptakannya buat hambaNya. buatlah penelitian bermula dengan apa yg Allah berikan pada diri anda sendiri, tubuh badan anda, keluarga anda..bayangkan jika salah satu dari itu hilang, barulah kita akan terasa nikmat yg Allah berikan selama ini, adakah ia telah disyukuri?

maka, bersabarlah.. kerana sabar itu kunci kejayaan. penulis akan membawakan kepada anda satu kisah benar pada posting yg akan datang berkisar tentang kesabaran. nantikan!

2- bersyukurlah atas ujian yg didugakan

"allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka(sehingga hidayah itu tidak masuk ke dalam hati mereka), penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat" surah al-baqarah; 7

3- rasionalkan diri

4- berprasangka baik terhadap allah yg menurunkan ujian sebagai tanda kasih sayangNya-

"sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh 19 apabila ia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah 20 dan apabila mendapat kebaikan(harta) ia menjadi kikir 21" al-maarij;19-21

sememangnya, Allah telah menjadikan manusia itu mudah mengeluh, kebanyakan antara kita amat mudah mengeluh apabila timpa kesusahan dan amat bongkak dan menjadi sangat angkuh jika dikurniakan nikmat.. tetapi ini bukanlah alasan kepada kita untuk mudah berputus asa, dan mengeluh mengatakan Allah itu dan dan ini atas segala musibah yg ditimpakan. tetapi, kita hendaklah berprasangka baik, dan merasakan Allah menurunkan musibah itu bukan sesuka hati tanpa sebab. dan berbahagialah bagi orang2 yg sabar!

"bukankah Allah hakim yang paling adil?" surah at-tin;8

5- tidak berputus asa dari rahmat allah

berbaloikah jika kita berputus asa dengan rahmat Allah? tinggikah nilai ujian kita jika jika nak dibandingkan dengan usaha nabi nuh berdakwah kepada kaum baginda tanpa penat dan jemu selama 900 tahun?dan hanya beberpa orang sahaja yg merima dakwahnya.. Allah telah merakamkan ketidak putusasaan baginda sebagai pengajaran buat hambanya di dalam al- quran dalam ayat ini

" dia (nuh) berkata, " ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam 5 tetapi seruanku itu tidak menambah(iman) mereka, justeru mereka lari dari (dr kebenaran) 6 dan sesungguhnya aku setiap kali menyeru mereka (untuk beriman) agar engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jarinya ke telinganya dan menutupkan bajunya (ke wajahnya) dan tetap (mengingkari) dan sanagt menyombongkan diri 7" surah nuh; 5-7

nah! sampai negitu sekali respons kaumnya.. setiap hari tidak pernah kenal putus asa untuk kebaikan orang lain. kalau baginda itu ikutkan hati, lebih baik saje berlenggang kaki..menikmati rehat di rumah...dan boleh saje baginda berkata 'akukan nabi..' tetapi mengapa baginda itu tidak melakukan semacam itu?

6- merasai ujian sebagai satu kemanisan sebagai rahmat dari allah

7- merasakan diri diberi kepercayaan oleh allah untuk menghadapinya

ayat ini sangat bermakna sekali...Allah telah memberi semangat kepada anda sebelum Dia menurunkan ujiannya pada anda...

"dan mohonlah pertolongan(pada Allah) dengan jalan sabar dan solat, dan (solat) itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yg khusyuk." al-baqarah; 45

8- meningkatkan hubungan dengan Allah

9- mengubah persepsi terhadap ujian

ingatlah, ujian itu bukannya permainan, bukan saja-saja dan mesti ada sebabnya. justeru, hendaklah kita sentiasa berhusnu-zhan dgn Nya. ayat di bawah ini sangat memberi penjelasan bawaha setiap yang terjadi ada hikmahnya..

"...tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi mu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" al-baqarah;216



Allah sudah sediakan jalan yg paling lengkap buat kita wahai seorang muslim yg beriman. kita boleh menyalahkan tuhan sekiranya dia tidak menyediakan jalan buat hambaNYa yg diturunkan ujian. tetapi ingat! Allah itu maha mengetahui lebih mengetahui dari apa yg kita ketahui tntg ujian yg diturunkn dan penyelesaian yg terbaik buat hambanya.

Ingatlah...

"Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang padamu (cubaan) seperti (yg dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu.mereke ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagau cubaan), sehingga rasul dan orang-orang yg beriman bersamanya berkata, "kapankah datang pertolongan Allah?" ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." surah al-baqarah: 214

Sesungguhnya allah tidak akn menguji hambanya dengn apa yg tdk mampu dhadapinya.
terpulang pada diri anda jalan manakah yg anda ambil utk menyelesaikan masalah.Adakah terjun bangunan dan bunuh diri itu pilihan anda? Jika itu yg berkenan di hati.. usahlah menambahkan beban masalah anda dengan azab allah d akhirat!

Pulanglah pada yg tabie'.. jalan yg tepat.. dan jalan yg diredhai..

Dan igtlah... ramai lagi org2 yg diuji lebih hebat dr diri kita sendiri..dan marilah kita ambil iktibar..

Selamat menyelesaikan masalah!=)
Apa pandangan anda


Roda tidak boleh bergerak tanpa paksinya.

Demikian halnya dengan kehidupan yang tidak dapat berjalan dengan baik tanpa pandangan hidup,visi,prinsip,dan paradigma.

Jika kita salah memilih paradigma,maka kita akan mengalami kegagalan dalam mencapai kebahagiaan.

Cermati gambar berikut:




Apabila diteliti gambar tersebut,kita akan beranggapan bahawa ia adalah wanita tua yang kecantikannya telah memudar atau wanita muda yang penuh dengan keayuannya.

Bagi orang yang melihatnya sebagai wanita yang cantik,
dia akan berkata : Aku akan menikahi wanita cantik,sebagaimana wanita yang ada dalam gambar ini.
Sedangkan bagi orang yang melihat sebagai wanita tua,
dia akan berkata : Semoga aku tidak menikah dengan wanita setua itu.

Perbezaan dalam menilai gambar tersebut mempengaruhi hal yang akan dilakukan.Objek yang dilihat sama,tetapi pendapat setiap orang berbeza-beza.Perbezaan ini terhasil kerana dari sudut pandang yang subjektif.

Hal ini serupa juga dengan kecenderungan menilai dunia yang tidak sesuai dengan keadaan sebenarnya.

Ketika kita menjelaskan sesuatu yang dilihat,bermaksud kita menerangkan persepsi dan paradigma kita.

Saat orang lain tidak sepakat dengan kita ,kita segera berfikir bahawa ada yang salah pada dirinya.

Sesungguhnya,orang-orang yang tulus akan menyedari bahawa setiap orang berbeza-beza dalam melihat dan menilai sesuatu.



Seandainya kita berfikir bahawa orang yang ada di seberang laut adalah isteri yang kita cintai,maka laut tersebut akan dianggap sebagai pemisah.Meskipun demikian,kita juga boleh menganggap bahawa laut itu dapat menghubungkan isteri dengan kita.

Penilaian ini tergantung sudut pandang kita yang akan mempengaruhi tindakan dan perasaan dalam menjalani kehidupan.Maka ,lihatlah dunia ini supaya mampu menuntut kita agar lebih bersikap positif,bukan bersikap negatif.

Kalian benar,memang terlalu susah untuk dilaksanakan.

Untuk memahami besarnya bahaya yang disebabkan oleh kesalahan dalam menilai sesuatu,cermatilah kisah ini:

Di seberang lautan ada sebuah kota yang tidak berpenghuni.Rumah-rumah di sana tidak terawat.Rumput tumbuh di atap-atap rumah yang sudah buruk,dan jalanan dipenuhi rumput yang sudah tinggi dan bunga liar.Pemandangan seperti itu menunjukkan bahawa kota itu telah mati.Padahal dahulu,kota tersebut makmur dan aman.



Suatu hari,seorang tabib sedang berjalan di sepanjang kota.Matanya dipenuhi air mata,dan kepalanya selalu menunduk.Ia berjalan ke pusat kota dan pinggir kota.Semua orang hanya melihatnya,dan tidak berani bertanya kepadanya.

Orang ramai beranggapan bahawa ada orang yang meninggal dunia di dalam kota yang membawa wabah penyakit.Mereka kuatir akan diri mereka dan keluarga mereka.Orang-orang menjadi panik dan yakin bahawa wabah telah menyerang kota mereka.Akhirnya terjadilah kekacauan di seluruh kota.Semua warga saling berebut agar dapat keluar dari kota.

Beberapa hari kemudian,tabib itu kembali ke kota.Ia tidak mengetahui apa yang terjadi.Sepertinya,sebelum ia meninggalkan kota dia berasa seakan-akan baru saja ia mengupas bawang untuk bumbu masakannya,dan matanya terasa pedih kerana mengupasnya.Dengan sekelip mata sahaja kotanya menjadi sepi.

Kisah ini jelas menggambarkan betapa bahayanya 'salah lihat'.Sebenarnya bukan faktor nyata yang membuatkan kota itu mati tetapi kesalahan yang hanya diandaikan yang membuatkan luputnya keteguhan kota itu.Inilah pentingnya sebuah visi,paradigma,dan prinsip hidup.

Steven R.Covey menganalogikan paradigma dengan sebuah peta perjalanan.Jika peta yang kita gunakan salah,maka kita akan tersesat.Demikianlah dengan paradigma yang salah.Paradigma yang keliru semakin menjauhkan kita dari kebahagian.Oleh itu ,kita harus menentukan paradigma hidup yang benar.

Terkait hal itu,Thoreau berkata, Untuk mengubah sesuatu ,kita harus mengubah akarnya terlebih dahulu,yakni paradigma yang berpengaruh terhadap perilaku kita.



Rise up young muslim- by THE child's PRAYER..

I sometimes lie awake at night
And wonder at the stars so bright
I dream about my future too
And the things that I will do
Soon the world will count on me
I'm the future they agree
People depend on me somehow
Though small and timid, I am now

So you and I my dearest friend
Must stand together till the end
For we are one by Allah's grace
No matter what our colour or race
We must prepare ourselves today
While we journey on our life's way
So much there is to learn and see
For true believers we must be

Rap:
Yeah, yeah. Come on.
Yeah, yeah. Come on.
Go forward young Muslims, wherever you are
In the shadow of the sun or by the light of a star
Your Supreme protector is Almighty Allah
Go forward young Muslims wherever you are
Go forward young Muslims we feel your pain.
So many places, Palestine,
People are dying, mothers are crying
Bombs are falling from the sky, people asking why.
The only thing that we can do is pray to God, to help them through
But do they realize that Allah hates those who kill and despise.
I think that's no surprise. We must rise up.

Come on young Muslims, gotta rise up.
Come on young Muslims.

Together we must stand in the Masjid to pray,
Pray for a better day, a better way
To make this world a better place.
Cause lets face it, it's out of control.
We need to grab hold of each other, unite as one Ummah.
Like back in the days of the Companions of the Prophet,
Some were young, they were strong and they loved each other
Brothers and sisters and they could die for one another.
Yeah. Yeah.

So stand up young Muslims.
Say it out loud, it's time to be counted.
Right here, right now.
Yeah, right here. Come on, right now.

O Allah we love you so
Give us health and make us grow
Be with us each passing day
While we journey on life's way

Debaran malam pertama



Dialah kubur yang akan memusnahkan jasad


Menunggu hari kebangkitan dan pengiringin manusia ke muka pengadilan


Mananti saat ditiupnya sangkakala.


Tiada satu pun yang mengetahui nasib mereka,kecuali Dzat yang Maha Mengetahui.


Ya ,Itulah kematian.


Sebuah janji yang diberikan kepada hamba.


Tidak peduli budak atau raja,cerdik pandai atau menteri,yang mulia atau yang lemah,kaya atau miskin


Seluruhnya tidak boleh lari dari janji dan ketetapan ilahi yang bernama kematian.




Kematian pasti akan mendatangi setiap makhluk


Kehadirannya tidak boleh ditolak


Demi Allah,seandainya seluruh dokter di dunia hadir niscaya mereka tidak akan sanggup mengembalikan ruhnya.


Tidak ada yang harus dikhawatirkan dalam kematian


Ia adalah pintu yang setiap orang pasti akan memasukinya


Yang menjadi masalah adalah


Apa yang akan terjadi setelah kematian


Apakah berupa taman dan sungai yang mengalir atau berupa kesesatan da api yang bergelojak.



Pada hari wajah mereka dibenamkan ke dalam lautan api.(dikatakan kepada mereka) , Rasakanlah jilatan api neraka ini.

(Al-Qamar : 48 )

Aku sebuah vespa

Aku ingin menceritakan sedikit pengalaman ku semenjak aku dibeli oleh seorang lelaki.


Terlebih dahulu aku perkenalkan diriku.Nama diberi ialah Vespa.Aku berwarna biru dan sebenarnya aku berbaju.Tuan ku telah membuka baju ku dengan alasan wajahku kelihatan tua.


Alhamdulillah.Aku kelihatan muda sekarang.


Aku dilahirkan pada tahun 1988 dan mula berkhidmat dari tahun dilahirkan sehingga kini.


Tenaga aku ini sebanyak 150 cc.Tetapi disebabkan bentukku yang tidak fit seperti teman-temanku yang lain,maka aku ini lebih di ajak untuk bersiar-siar di waktu petang.


Semenjak aku dibeli.Aku sering dikunci dengan rantai besi pada setiap malam.Aku berasa senang hati kerana memikirkan yang aku ini disayangi.


Pada suatu hari aku terdengar perbualan tuanku bersama rakan-rakannya.


Rakan : Kenapa kau beli vespa ni.


Tuan aku: Aku ni tak mampu nak beli yang mahal-mahal.Banyak lagi kepentingan yang mahu dikejar.Cukuplah sekadar punya kenderaan.Biar kenderaan ku tak sehebat orang lain,tp manfaatnya akan dapat disebar kepada semua orang.Siapa yang mahu pakai,silakan.


Ternyata tidak ada rakan-rakan tuanku yang mahu membawaku disebabkan mereka tidak mahir dan susah dalam mengendaliku.


Aku bahagia jika bermanfaat kepada orang lain.


Sebagaimana hadis Rasullulah SAW :


Sebaik-baik manusia adalah yang banyak memberi manfaat kepada manusia


Semalam tuanku telah mengambil gambarku atas permintaan ibunya.Aku sangat malu kerana wajahku ingin dilihat orang lain.






Aku harap aku mendapat tempat di hati ibunya.



Walaupun aku tidak sehebat rakan-rakan yang lain tetapi aku bershukur kerana punyai seorang tuan yang sangat menghargai diriku.


Semoga diriku ini dapat memberikan manfaat kepada sesiapa yang memerlukan.

Salahkah muhasabah


images


Satu hal yang kita mesti amalkan adalah untuk muhasabah diri kita.


Muhasabah bererti kita menilai kembali apakah hasil atau pencapaian yang telah kita capai dalam tempoh tertentu.


Ini dipanggil muhasabah selepas melakukan sesuatu amal. Walaubagaimanapun, muhasabah juga mesti dilakukan sebelum kita melakukan amal.


Berkata Imam Nawawi, beruntunglah sesiapa yang berfikir sebelum dia melakukan amal. Apabila ia baik untuk diri dan agamanya, maka dia meneruskan amalnya. Apabila ia tidak bermanfaat untuk dirinya dan agamanya, maka dia meninggalkannya- Inilah dinamakan muhasabah sebelum beramal.


Muhasabah, susahkah?


Satu hal yang amat dikesalkan bahawa kehidupan kita berlalu begitu sahaja tanpa perbaikan dan kesalahan berulang pada situasi yang sama. Seperti contoh, solat 5 waktu hampir kita ulang sehari-hari dalam kehidupan kita. Namun, masih tidak ramai orang merasakan bahawa solatnya berkesan pada dirinya. Padahal, Allah perintahkan kita untuk mencapai khusyuk dalam solat sehingga solat itu indah dan mencapai tujuannya. Tak banyak manusia sedar bahawa tujuan solat adalah supaya mereka dijauhkan dari hawa nafsu mereka dan solat dapat mengarah mereka untuk hampir kepada Allah SWT.


Rujuk Qur’an-29:45, sesungguhnya solat mampu mencegah kita dari perbuatan keji dan munkar.


Mungkin kurang muhasabah atas solat yang kita lakukan, sehingga solat hanya terjebak pada amalan rutin sahaja, kosong dari penghayatan dan nilai-nilai dari ibadah yang sangat penting ini.


Sampai suatu tahap, manusia pasti tersedar bahawa mereka kurang muhasabah dalam hidup ini. Perhatikan ayat Allah


‘Innahum kanu la yarjuna hisaba’


Ayat ini terdapat dalam surah ke 78-An-Naba. Manusia diseret ke neraka kerana mereka tidak menghisab diri mereka dalam erti kata lain, mereka tidak bermuhasabah!


Renunglah kata-kata indah dari Umar r.a supaya kita teruskan kehidupan kita dengan bermuhasabah diri selalu.


Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab


Sesungguhnya ringannya hisab kita di akhirat tergantung atas amalan muhasabah ini.


Kenapa kita tidak bermuhasabah?

sakit itu nikmat tau



Allah tidak menurunkan penyakit, melainkan Dia telah menurunkan obatnya.”


Sahabat…
Ketika kepala kita mulai terasa pening, badan terasa ngilu dan hawa panas mulai merasuki tubuh. Seketika, aktiviti kita pun terganggu. Ia memaksa kita beristirahat sejenak. Kita pun mulai sibuk mempersiapkan diri ke klinik dan hospital akibat rasa resah yang sentiasa bermain di lubuk hati.


Sahabat …
Betapa rasa takut dan segala rasa, bercampur aduk merasuki hati kita saat ujian sakit menimpa diri atau keluarga kita.Kalau boleh memilih, tentu kita akan memilih sihat. Kerana kegembiraan hati ketika sihat adalah sunnatullah.


Sahabat…
Tidaklah Allah menciptakan sesuatu secara sia-sia. Pasti ada beribu hikmah di balik segala yang terjadi pada diri kita, atau lingkungan kita. Tapi, apa hikmah dibalik penyakit yang Allah timpakan kepada manusia?


Pertama, sihat adalah ujian kesabaran.


Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah Saw, “Sangat menakjubkan urusan orang-orang Mukmin itu. Mereka menerima semua persoalan hidup sebagai kebaikan baginya. Apabila kegembiraan yang diterimanya ia akan bersyukur dan itu adalah kebaikan baginya. Dan apabila kepedihan yang diterimanya maka ia bersabar dan itupun merupakan kebaikan pula baginya.”

(HR.Muslim).


Hadits di atas menjelaskan bahwa yang dituntut dari kebaikan adalah syukur, sedangkan yang dituntut dari kesulitan adalah sabar. Karena kesyukuran dan kesabaran adalah tanda keimanan, dan kedurhakaan adalah tanda kekufuran.


Kedua , sakit adalah penggugur dosa-dosa hamba-Nya. Penyakit yang diderita seorang hamba menjadi sebab diampuninya dosa yang telah dilakukan termasuk dosa-dosa setiap anggota tubuh.


Rasulullah Saw bersabda, “Setiap getaran pembuluh darah dan mata adalah karena dosa. Sedangkan yang dihilangkan Allah dari perbuatan itu lebih banyak lagi.”

(HR. Tabrani).


Ketiga , Orang sakit yang mau bersabar akan mendapatkan pahala dan ditulis untuknya bermacam- macam kebaikan dan ditinggikan derajatnya.


Rasulullah Muhammad Saw bersabda, “Tiadalah tertusuk duri atau benda yang lebih kecil dari itu pada seorang Muslim, kecuali akan ditetapkan untuknya satu derajat dan dihapuskan untuknya satu kesalahan.”

(HR.Muslim dari Aisyah ra).


Keempat , selalu ingat pada Allah. Dalam kondisi sakit akan membuat orang merasa benar-benar lemah, tidak berdaya sehingga ia akan bersungguh-sungguh memohon perlindungan kepada Allah Swt


Kelima , selalu mengingat nikmat Allah. Sakit membuat orang tahu manfaat sehat. Tidak jarang orang merasakan nikmat justru ketika sakit. Begitu banyak nikmat Allah yang selama ini lalai untuk ia syukuri.


Keenam , pembersihan hati dari penyakit. Pendapat Ibnu Qayyim, “Kalau manusia itu tidak pernah mendapat cobaan dengan sakit dan pedih, maka ia akan menjadi manusia ujub dan takabur. Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku. Karenanya, musibah dalam bentuk apapun adalah rahmat Allah yang disiramkan kepadanya. Akan membersihkan karatan jiwanya dan menyucikan ibadahnya.


Itulah ubat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah untuk setiap orang beriman. Ketika ia menjadi bersih dan suci karena penyakitnya, maka martabatnya diangkat dan jiwanya dimuliakan.Pahalanya pun berlimpah-limpah apabila penyakit yang menimpa dirinya diterimanya dengan sabar dan ridha.”



Sahabat…
Semoga kita termasuk orang-orang yang mampu mengambil hikmah dari setiap kejadian yang Allah hamparkan ke hadapan kita, baik pahit maupun manis

Atap yang melindungi



Dalam Al-Quran , Allah meminta perhatian kita tentang ciri-ciri yang sangat menarik dari langit.


firman Allah :

Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara,sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya.

( Al-Anbiya : 32 )



Ciri langit ini telah dibuktikan secara ilmiah yang dilakukan pada abad ke -20.


Atmosfera yang mengelilingi bumi mempunyai fungsi yang sangat penting bagi kelangsungan hidup.Antaranya menghancurkan banyak meteor-meteor besar dan kecil supaya tidak terjatuh dan merosakkan makhluk hidup di permukaan bumi.




Kesan-kesan hasil dari hentaman meteor



Di samping itu, atmosfera menapis sinar cahaya yang berbahaya tetapi membiarkan sinar yang berguna.Cahaya ini sangat penting bagi proses fotosintesis tumbuhan dan kelangsungan hidup setiap makhluk.


Atmosfera juga melindungi bumi dari kesejukan luar angkasa yang membekukan iaitu
sekitar -270 darjah celcius.


Firman Allah :

Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi ini untuk kamu dan Dia berkahendak menuju langit lalu dijadikan-Nya tujuh langit . Dan dia maha mengetahui segala sesuatu.

( Al-Baqarah : 29 )


Dari ayat Quran ini dapat disimpulkan bahawa langit yang membawa erti atmosfera ini mempunyai 7 lapisan.


Para ilmuan telah menemukan atmosfera terdiri daripada 7 lapisan.Lapisan-lapisan ini berbeza sifat fiziknya dari segi jenis gas dan tekanan.


Lapisan ini adalah :

· Troposfir

· Stratosfir

· Ozonosfir

· Mesosfir

· Ionosfir

· Termosfir

· Eksosfir


Setiap lapisan ini mempunyai fungsinya yang tersendiri


Firman Allah :

Lalu diciptakan-Nya tujuh langit dalam dua masa dan pada setiap langit Dia mewahyukan urusan masing-masing.

( fussilat : 12 )


Salah satu dari pelbagai fungsi ini, sebagai contoh, telah dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;

Antaranya ialah lapisan yang paling rendah dipanggil troposfera. Hujan, salji dan angin hanya terjadi di troposfera manakal lapisan stratosfer berfungsi sebagai penyerapan sinar-sinar bahaya dari luar angkasa.





Ionosfer pula memantulkan siaran gelombang radio dari bumi kembali ke pelbagai negara di dunia,sehingga membuat komunikasi jarak jauh menjadu mudah.

Ini adalah satu penemuan fenomena yang menakjubkan, yang tidak dapat diperolehi tanpa kemajuan teknologi abad ke 20 sebagaimana yang telah nyata disebut dalam Al-Qur’an 1400 tahun dahulu.


LIHATLAH KEBENARAN Al-QURAN

Sayang....aku cemburu.



Sungguh terharu melihat kasih sayang yang terbina dalam hati dua insan ini.Perasaan cemburu mula bergelojak dalam hati dan sanubariku.


Benar dan jujur ku katakan yang diri ini sangat merinduinya.


Sayu hatiku melihat kebersamaannya dalam apa jua yang mereka lakukan.


Aku ingin seperti mereka.Aku juga mempunyai fitrah untuk bersama.Aku sering bermimpi untuk mendekatinya dan meluahkan segala isi hatiku kepadanya.


Luahan hati ini hanya layak diberikan kepadanya.Sudah pasti hati ini akan dilunak dan ditenangkan.


Aku merindui untuk mendengar kata-katanya.Kata-kata nasihat dan semangat yang membakar diri untuk lebih berjuang.


Rasa sejuk hati ini jika dapat mendengar nasihat dari mulutnya.Rasa tenang hati ini jika dapat melihat wajah dan senyumannya.


Dalam sekali hati ini ingin menyentuhnya tetapi apakan daya.


Aku sebak mengenangkan kehidupan mereka.Aku sangat mendambakan kehidupan seperti itu.Kehidupan yang penuh dengan perjuangan dalam membina kesenangan buat anak dan cucu mereka.


Pasangan ini sentiasa bersama.Antara diri mereka terdapat kecintaan dan kasih sayang.


Tatkala dia menemaninya,dia sering memudahkan perjalanan dan urusan buat kekasihnya ini.Betapa besarnya kasih sayang mereka.


Aku cemburu...aku cemburu....


Persamaan mereka adalah mencintai kebenaran.Sekiranya mereka mendapati kebenaran,niscaya usia dan darahnya akan dihabiskan untuk menggapai kebenaran tersebut.


Pada suatu ketika, kekasihnya dikelilingi sekumpulan manusia durjana yang sedang menarik dan mendorong beliau.Ramai disitu hanya mampu untuk melihat dan bersimpati sahaja.Tidak seorang yang berani tampil bagi menegakkan kebenaran.


Terdengarlah berita ini di telinganya.


Kemudian datanglah dia dengan hati yang membakar dan dengan membekalkan satu matlamat iaitu hidup atau mati dalam membela kekasihnya.


Walaupun dia seorang yang berperawakan kurus,kecil kedua betisnya,tipis daging pipinya , cekung kedua matanya , tidak tinggi juga tidak pendek,dan badannya sedikit membungkuk.Sifatnya ini berlainan dengan ciri manusia yang lain tetapi semangat dalam membela kebenaran sungguh luar biasa.


Setelah sampai di tempat yang dituju,dia segera menerobos manusia-manusia yang durjana tadi dan menghalangi mereka dari memukul tubuh kekasihnya.


Melihat keadaan itu,mereka meninggalkan kekasihnya dan menyerang dia.Dia dibanting ke tanah lalu dipukul wajahnya terus menerus sehingga wajahnya bengkak dan tidak diketahui lagi bentuk hidungnya.Mengalirlah darah dari wajahnya.Akhirnya dia pengsan.


Setelah tersedar,ayat yang pertama yang dilafazkannya adalah ‘’ Apa yang terjadi pada kekasihku’’.Dia cuba untuk berdiri tetapi tidak dapat berjalan.Akhirnya orang mengangkat dan membawanya ke rumah kekasihnya.


Sesampainya dirumah,terlihatlah kekasihnya.Kekasihnya merasa sangat terharu dan hiba mengenang nasib temannya lalu menuntunnya dan memeluknya.


Apa yang dikata : Wahai kekasihku aku tidak apa-apa,hanya wajahku sahaja yang luka.Sungguh ikhlas pengorbanannya.Sanggup menyembunyikan perasaan sakit dan penderitaan yang dirasakan.


Aku sangat mendambakan kasih sayang sebegini.Siapakah aku yang sekadar seorang insan biasa yang sering lalai dan leka.Adakah layak untuk diri ini mendampingi seorang kekasih yang tinggi kedudukannya.


Walaupun aku sedar kelemahan diriku tetapi hati ini sangat ingin bersamanya.


Aku mengerti Ya Allah,mengapa si dia ditakdirkan untuk dapat bersama-sama dengan kekasihmu.


Dalam masalah ini,kekasihmu bersabda :


Aku tidak mengatakan kepada seorang pun tentang Islam kecuali dia akan mempertimbangkan,ragu-ragu,dan berfikir terlebih serta mengalami kegoncangan, kecuali dialah Abu Bakar.Ketika aku berkata kepadanya tentang Islam,ia tidak lagi mempertimbangkan dan tidak ragu-ragu sama sekali.Dia berkata : ‘’Asyhadu an La Ilaha Illallah wa Asyhadu anna Muhammadar Rasullullah’’.


Dialah ABU BAKAR ASH-SHIDDIQ...........................


Sekiranya iman umat ini diletakkan di satu piringan timbangan dan iman Abu Bakar ditaruh di piringan timbangan yang lain,niscaya keimanan Abu Bakar yang lebih berat.


Kunci keperibadian Abu Bakar adalah mencintai kebenaran.Sekiranya dia mendapati kebenaran ,niscaya usia dan darahnya akan dihabiskan untuk mencapai kebenaran tersebut.Ketika kebenaran melekat pada diri nabi saw,maka ia habiskan umurnya untuk nabi.Ketika nabi telah wafat menghadap Zat yang Maha Tinggi,abu Bakarlah satu-satunya orang yang memiliki pemikiran yang jelas.


Fahami aku dengan benar wahai manusia




Penulisan ini adalah dari permintaan seorang teman yang berusaha mencari jawapan dan kebenaran serta berusaha membuang sifat taklid (mengambil sesuatu tanpa mengerti alasannya) yang menjadi salah satu sikap yang dibenci Allah swt.


Perkongsian ini berkisarkan hal-hal yang berkaitan dengan konsep takdir.


Semoga perkongsian ini dapat menjawab pertanyaannya dan bermanfaat kepada para pembaca.


Antara contoh-contoh soalan yang biasa kita dengar tentang takdir :


  • Adakah kita ini perlu berusaha menjaga iman dan amal untuk mencapai syurga Allah swt.


  • Bagaimana dengan konsep syurga neraka.Jika Allah sudah mengetahui siapa penghuninya maka mengapa Allah mengadakan dunia yang penuh ujian ini buat manusia.


  • Dalam hal nikah,adakah kita perlu berusha untuk memiliki seseorang yang kita kasihi walaupun sudah ditetapkan jodoh itu.


Sejujurnya, hal ini sungguh sukar untuk dijawab dan dijelaskan dalam bentuk yang zahir kerana permasalahan takdir ini termasuk salah satu dari tuntutan keimanan kepada Allah swt.


Kewujudan Allah, malaikat, alam barzakh, syurga , neraka, dosa , pahala, dan takdir adalah antara rukun iman yang telah ditetapkan.Ilmu-ilmu tentang hal-hal ghaib ini hanya boleh diketahui dan diperkatakan hanya melalui kata-kata Allah dan kata-kata rasul yang dibekalkan sahaja.


Rukun iman merupakan dasar kepada konsep keimanan.Ia sangat sukar untuk difahami secara ilmiah kerana manusia ini dijadikan Allah mempunyai takat pemikiran yang terhad.

Inilah tuntutan iman di dalam Islam.Umat Islam perlu untuk beriman kepada sifat Allah dengan apa yang Allah sifatkan dirinya melalui firmannya atau kata-kata rasullulah.


Salah satu sifat yang telah diberitahu Allah swt kepada kita ialah Allah itu maha adil.Ini bermaksud Allah tidak zalim pada hambanya.


Dalam konsep takdir, ujian yang datangnya dari Allah bukan bertujuan menjatuhkan tetapi meningkatkan derajat seseorang.Manusia sendiri yang membawa diri mereka ke arah kebinasaan.Ini sebab segala apa yang telah Allah peruntukan kepada hamba-hambanya adalah sesuai dengan kemampuan mereka.


Penulisan ini berkemungkinan panjang,mungkin memerlukan beberapa posting untuk melengkapkannya.Tujuannya adalah untuk memastikan setiap perkongsian itu dicernakan dengan baik.


''Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit''


Perkongsian kali ini hanyalah satu pengenalan yang memuatkan kisah-kisah sejarah tentang isu takdir yang menjadi perdebatan para ulama pada suatu ketika dahulu.


Setelah wafatnya nabi, para sahabat meneruskan agama ini dengan benar dan melalui jalan yang lurus.Kemudian langkah para sahabat ini diteruskan oleh para tabi’in.Mereka menempuh jalan dan manhaj yang telah ditempuh para sahabat serta menggunakan petunjuk yang telah mereka gunakan.


Selanjutnya pada masa itu,muncul fahaman Qadariyah iaitu fahaman yang mengakui tidak ada takdir.Mereka berpendapat segala sesuatu itu tergantung pada diri sendiri.Jika ia berkehendak,maka ia dapat memberikan petunjuk pada dirinya sendiri dan barang siapa mengkehendaki juga dapat menghinakan dirinya.


Semuanya itu kembali kepada kehendak hamba itu sendiri dan tidak ada hubungannya sama sekali dengan kehendak Tuhan.


Mereka menghilangkan sifat-sifat Allah dan hakikat nama-Nya.Mereka juga menetapkan bahawa Allah itu tidak memiliki pendengaran, pandangan, kekuasaan serta tidak berbicara.Firmannya itu tidak lain hanyalah sekadar suara , huruf yang diciptakan di udara atau di tempat penciptaanya.


Kemudian mereka mengatakan bahawa di alam ini tidak ada sama sekali yang namanya maksiat,kerana pelaku berada dalam ketaatan terhadap kehendak dan keinginan Allah swt.


Sebagaimana yang diungkapkan :


Aku berbuat sesuai dengan apa yang menjadi kehendaknya

Dengan demikian semua perbuatanku adalah suatu ketaatan


Kata mereka :


Jika engkau berbuat maksiat kepada-Nya,beerti engkau telah mentaati kehendak-Nya,kerana orang yang mentaati kehendak-Nya tidak akan dicela, dan pada hakikatnya itu bukan suatu yang dihinakan.



Bahkan kelompok ini juga telah berprasangka buruk kepada Allah dan menganggap Allah benar-benar telah melakukan kezaliman.Mereka berkata : Sesungguhnya semua perintah dan larangan Tuhan itu sama dengan penugasa hamba untuk naik ke langit dan juga seperti tugasa seorang mayat untuk menghidupkan orang yang telah meninggal dunia.Tuhan telah mengazab hamba-hamba-Nya kerana satu perbuatan yang tidak sanggup dikerjakan oleh hamba-Nya.Dan tidak ada seorang pun di dunia ini yang diberikan kebebasan melainkan berada dalam paksaan.

Pada masa yang sama mereka tidak mengakui adanya perbezaan antara jujur dan dusta,kebajikan dan kejahatan,keadilan dan kezaliman, sujud kepada tuhan atau sujud kepada syaitan dan berbuat baik kepada manusia atau berbuat buruk kepada manusia.

Perkara ini terjadi akibat dari diri mereka yang mendakwa segala apa yang mereka lakukan adalah takdir Allah.Apabila mereka tunaikan kehendak Allah maka bagi mereka itu merupakan satu ketaatan,tidak kiralah ia satu hal yang baik atau buruk.Itu sebab, bagi mereka tidak mungkin manusia ini akan bermaksiat.

Kelihatan tiada salah pada awalnya.Mereka mempercayai semuanya dari Allah tetapi pada akhirnya mereka terjerumus ke arah kesesatan yang besar.


Ketika pengetahuan akan kebenaran dan masalah takdir sudah sampai pada tahap yang sangat diperlukan,maka pada masa itu para ulama mula untuk memberikan jawapan bagi setiap persoalan yang berlaku.


Mungkin disini sahaja pengenalan tentang konsep takdir.Pada saat itulah takdir ini telah menjadi satu isu perdebatan dikalangan para ulama.


Semoga perkongsian ini dapat memberi pengetahuan baru kepada kita dan memberi gambaran betapa pentingnya untuk kita sentiasa beriman secara benar kepada konsep takdir.


Jika konsep ini tidak ditekankan ke dalam prinsip beragama ,maka keberangkalian terbentuknya Qadariah yang baru sangat tinggi di tengah-tengah masyarakat kita.


-Bersambung-

Ruang wanita solehah ini akan digunakan untuk penulis berkongsikan serba sedikit pengetahuan tentang bagaimana untuk menjadi wanita paling bahagia hasil dari karangan Dr. Aidh Al-Qarni.Beliau adalah pengarang buku La Tahzan.


Banggunlah istanamu di syurga



Aku telah turuti tamakku

Hingga ia memperbudakku

Padahal,andai aku puas dengan apa yang ada

Aku pasti bebas merdeka



Perhatikanlah dari generasi ke generasi :

Apakah mereka mati dengan membawa harta,istana,jabatan,kedudukan,emas dan perak mereka.

Apakah mereka dikuburkan bersama mobil dan pesawat-pesawat peribadi mereka.

Sesekali tidak

Semua barang-barang itu mereka tinggalkan begitu sahaja di dunia.bahkan ,baju dan penutup kepala pun mereka tidak bawa.

Mereka dimasukkan ke dalam kubur hanya dengan berbajukan kain kafan


Kemudian mereka ditanya : Siapakah tuhanmu , siapakah nabimu , apa agamamu


Maka,siapkan dirimu untuk menempuhi hari itu : jangan lah kau bersedih wahai muslimah , janganlah kau terlalu menyayangi kenikmatan dunia.

Semua itu adalah fana dan tidak berharga.bahkan, tidak aka nada yang kekal dari dirimu selain amal-amal soleh sahaja.


Allah berfirman :


Barang siapa mengerjakan kebaikan baik laki-laki atau perempuan,dalam keadaan beriman,maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

Keajaiban solat secara perubatan



Perkongsian kali ini berkisarkan tentang kelebihan-kelebihan menunaikan solat dari aspek rohani dan jasmani selain daripada ia satu amanah yang telah dipertanggungjawabkan.


Solat dapat memberi banyak manfaat seperti mana yang kita ketahui.Antaranya :

1- Menjadikan kita seorang hamba yang patuh dan taat pada perintah Allah swt.

2- Melahirkan rasa tenang dan bahagia di dalam jiwa seseorang insan.

3- Mengatur keseimbangan sistem tubuh justeru menyihatkan tubuh badan

4- Membina keperibadian seorang mukmin


Disini terdapat keterkaitan antara pelaksanaan ibadah dengan perubatan.Ikhlaskan hati dan mari kite renungi dan hayati.


Solat sebagai terapi jiwa dan raga


Allah swt berfirman :

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyu.

( Al-Baqarah : 45 )


Solat mengandung keutamaan yang sangat besar dalam menghiburkan kesedihan jiwa,membahagiakan hati, dan menguatkannya,serta melapangkan dada kerana di dalamnya terbentuk hubungan kalbu dengan Allah swt.


Solat juga merupakan amalan yang terbaik,sebagimana sabda nabi saw yang diriwayatkan oleh Ahmad,Ibnu Majah dan Hakim dari Tsauban ra :

Ketahuilah , sesungguhnya sebaik-baik amal perbuatan adalah solat.


Berdiri di hadapan Allah swt dengan melakukan solat memuat rahsia besar dalam mendatangkan kebaikan dan menolak keburukan.

Allah berfirman :

Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.dan sesungguhnya mengingati Allah (solat)adalah lebih besar(keutamaanya dari ibadah-ibadah yang lain).Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

(al-ankabut : 45 )


Titik temu gerakan solat dan yoga



Yoga disebut sebagai salah satu sistem tertua untuk meningkatkan kecerdasan mencakup aspek tubuh,fikiran dan dalaman menurut Jurnal Royal Society of Medicine.Kini , yoga menjadi salah satu trend kesihatan yang tumbuh paling pesat.Ia memang sudah terkenal sejak berabad-abad kerana kekuatan menyembuhkan dari berbagai gerakan( dengan izin Allah ).


Yoga terdiri daripada sejumlah gerakan tubuh yang dilakukan sambil membaca mantra atau menghirup udara segar.


Menariknya, bagi jutaan orang yang mengikuti kelas yoga, solat umat Islam sejak 14 abad lalu ternyata telah memberikan pelbagai manfaat kepada kaum muslimin.Bentuk solat yang dilakukan ini memberi keuntungan dari segi fiikal,mental dan spiritual 5 kali dalam sehari kepada umat Islam.


Kajian menemukan bahawa pelbagai bahagian tubuh ketika dirangsangkan melalui sentuhan, gerakan , atau fikiran dapat menimbulkan gerak balas fizikal dan emosi yang dapat menimbulkan rasa bahagia dan melancarkan fungsi tubuh.Ini hanya dapat dicapai dengan melakukan gerakan solat dengan tertib dan bukannya secara tergesa-gesa.


Berdiri




Gerakan tadasana(gunung) dalam yoga adalah dasar bagi gerakan yoga.Ini mirip sekali dengan gerakan berdiri dalam solat yang menjadi gerakan utamanya.Gerakan ini adalah latihan yang sederhana untuk menegapkan seluruh tubuh seperti kaki,paha dan tulang belakang secara serentak.Gerakan ini juga mengembalikan semula keseimbangan tekanan darah dan pernafasan justeru memberikan banyak keuntungan bagi penderita asma dan jantung.


Meletakkan kedua tangan di atas dada selama proses berdiri dapat merangsang jaringan saraf yang mengawal kesihatan sistem kulit ,otot,usus,hati,dan mata.


Posisi ini memiliki erti penting yang luar biasa seperti meluruskan kemunafikan fikiran manusia,kerana dalam gerakan ini pelaku akan mengukuhkan kakinya ke bumi sementara kepalanya tegak lurus ke langit.


Rukuk




Gerakan rukuk di dalam solat sangat mirip dengan gerakan membungkuk ke depan dalam yoga.Rukuk meregang otot-otot pinggang,paha,kaki,dan betis yang memudahkan darah mengalir ke tubuh bahagian atas .Membentuk sudut yang betul ketika rukuk dapat meregangkan otot-otot perut dan secara tidak langsung melancarkan system penghadaman.


Posisi ini juga meningkatkan aliran darah yang lebih besar ke pelbagai anggota tubuh bahagia
atas seperti kepala,mata ,telinga,hidung dan paru-paru.Ini meningkatkan fungsi setiap bahagian tubuh tersebut kerana menerima kandungan oksigen dan nutrient yang maksimum dari darah.


Kekuatan manusia tergantung kepada kekuatan tulang belakangnya.Kekuatan ini dapat dilatih dengan membungkukkan tubuh ke depan sehingga kepala sejajar dengan lutut.Kerana seluruh saraf berpusat di dalam tulang belakang maka tulang belakang yang sihat amat penting buat kesihatan seluruh tubuh.


Sujud




Dua gerakan yang paling penting di dalam yoga adalah posisi kayang dan posisi tertumpu pada kepala yang sangat membantu dalam memelihara sistem tubuh.Solat juga sudah mempunyai gerakan ini lebih dahulu lagi daripada yoga.Gerakan ini menundukkan kepala di bawah jantung yang dinamakan sujud.Sujud juga merupakan gerakan yang paling penting di dalam solat.Ini boleh dibuktikan dengan lebih dari 90 kali perkataan sujjaad yakni sujud terulang di dalam al-quran.Sujud dianjurkan untuk lebih lama juga merupakan tafsiran kepada kepentingan ini.


Ketika kepala diletakkan lebih rendah daripada jantung maka ini membantu mengalirkan darah yang kaya dengan oksigen ke otak untuk menjaganya tetap sihat dan cergas.Dengan gerakan ini mambantu mengusir kelelahan seseorang sekaligus menyegarkan fikiran.


Ditambah lagi , selama bersujud kedua tangan pelaku solat tetap diletakkan di atas lantai dekat kedua sisi kepala atau telinganya.Ketika bangun dari sujud,kedua tangan ini akan menekan ke tanah dan mengangkat kepala dan berdiri.Ini bersesuaian dengan prinsip hukum Newton III.Tekanan tegak lurus kedua tangan ke arah lantai membantu membentuk otot tangan dan dada dan menghasilkan kekuatan pada kedua tangan .


Duduk



Gerakan duduk dalam solat mirip dengan posisi halilintar di dalam yoga.Gerakan ini menguatkan jari kaki,lutut,paha dan kaki.kaedah ini juga membantu melancarkan proses pencernaan,memudahkan proses pembuangan toksid dan merangsang proses peristalsis di dalam usus besar.


Salam


Di dalam yoga,gerakan yang terakhir adalah gerakan yang memutarkan tulang belakang ke kanan dan ke kiri.Ini menyerupai gerakan solat iaitu ketika memberi salam.Latihan ini membantu melenturkan tulang belakang di samping melatih tulang leher dan beberapa tulang dada supaya memberikan kekuatan tambahan.

....................................................................................................................................................................


Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu teman-teman untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadah kepada Allah swt.

 
Related Posts with Thumbnails
© 2009 - menuju perubahan | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top