Bukan sekadar paduan




Saya amat berminat dengan seni paduan suara.

Boleh dikatakan setiap hari akan mendengar paduan suara yang sering dikatakan sebagai voicing.

Sampai membuatkan seorang kawan saya ni sudah tak tahan,mungkin terlalu kagum atau terlalu geli.

Mula berjinak dalam seni ini ketika di sekolah lagi.

Kalau kawan-kawan bertanya macam mane nak buat suare2 tu.Saya jawab ia lahir dari ketulusan hati.hehe : )

Kene banyak dengar.Nanti insting tu datang.

Secara generalnya voicing yang simple akan ada beberapa jenis suara.



1.lead ( kita panggil basic aje atau solo )

2.second (istilah saye aje-suara yang agak tinggi )

3.third (ni agak rendah )

4.Base (ni paling rendah )

Sebenarnya ada banyak lagi jenis2 nya,setiap satu itu ada pecahannya,mengikut kreativiti masing-masing.

Dalam duk seronok2 merakam suara tibe2 membuatkan saya terfikir pada keindahannya.
Keindahan ni terhasil dari gabungan suara2 yang lain.Suara biasa saja tidak cukup untuk membuatkan ia seram sejuk ketika mendengarnya.

Dulu selalu beri contoh,paduan suara ni ibarat kertas yang berlubang-lubang.Suara-suara yang berbeza tu sebenarnya kertas-kertas yang berfungsi untuk menampung lubang-lubang pada kertas asal.

Tujuannya nak menutup kekurangan pade suara asal tadi.

Bila direnung-renungkan banyak sekali pengajaran yang boleh diambil.Hanya mahu atau tidak untuk mengangkat firman Allah yang berbunyi :

“Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi ...”

Dalam paduan suara pun boleh kita kaitkan dengan kebesaran Allah.

Paduan suara ni saling lengkap melengkapi

Dalam Islam menekankan hal ini.

Sebagai contoh,solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu.Ia amat dituntut kerana ibadah ini dapat menutup dan menampung kekurangan di dalam solat fardhu.

Saya ingat satu hadis Rasullulah SAW :

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah:

Sesungguhnya Allah berfirman:

“..Tiada seorang pun daripada hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu lebih Aku cintai daripada ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Di samping itu, hendaklah sentiasa bertaqarrub kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga aku mencintainya.. “

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Berkemungkinan solat sunat yang mengiringi solat fardhu itu membuatkan ibadah kelihatan indah seperti voicing tadi.

Yang akhirnya memikat hati Allah untuk mendapatkan cintaNya.

Banyak lagi jika mahu direnungkan.Konsep bekerjasama juga boleh dijadikan contoh dari paduan suara.

Kelebihan orang lain akan menutupi kelemahan kita.

Konsep paduan juga adalah satu konsep sinergi iaitu penghasilan satu momentum yang lebih kuat dari momentum sebelumnya.

Itulah sebab pada paduan suara yang betul2 sebati,tulus dan ikhlas ia seperti gabungan berpuluh-puluh suara.

Sebagai contoh sinergi : 1 + 1 = 3 atau lebih

Ini juga terbukti dalam usha bekerjasama.

Saling lengkap melengkapi.

Rasa macam nak letak rakaman paduan yang saya buat tapi..(malu)

Yang jelas.

Paduan suara bukan sekadar paduan.Mari hayati lagi.


Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:

Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir.Hampir kehausan membunuhnya.Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut.Dia diampunkan disebabkan kejadian itu

(Riwayat al-Bukhari).

Semalam saya baca artikel di blog dr.Asri (minda tajdid) tentang Pelacur,Anjing dan Kehidupan.Tidak sangka pemahaman saya mengenai hadis ini ada yang membahaskan.
Terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil melalui hadis ini.Antaranya ia boleh digunakan untuk memberi gambaran kepada satu sikap manusia yang suka menghukum sesama manusia.Hukuman yang diberikan hanya terbatas kepada apa yang dilihat sahaja.Tetapi tak mengapa,manusia sama sekali tidak akan mampu memberi manfaat malah mendatangkan keburukan sama sekali.

Allah maha mengetahui.

Saya ambil sedikit bahagian dari ulasan dr.Asri ini untuk dikongsikan bersama.

HINA DAN MULIA

Perkataan yang digunakan dalam hadis tentang perempuan tersebut ialah mumisah iaitu perempuan yang terkenal dengan perbuatan zina, seperti perempuan lacur. Perempuan seperti itu sentiasa buruk pada nilaian mana-mana masyarakat pun.

Namun, seorang wanita penzina mendapat keampunan Allah S.W.T disebabkan seekor anjing. Siapalah pelacur atau penzina di mata manusia, dan apalah yang ada pada seekor anjing pada penilaian manusia?! Namun, air yang diberikan oleh pelacur atau penzina kepada anjing menyebabkan dia mendapat rahmat dan keampunan. Apatah lagi jika seorang yang baik memberikan bantuan kemanusiaan kepada sesama insan.

BANYAK DAN SEDIKIT

Bahkan kadang-kala mungkin ada amalan yang sedikit tapi nilaiannya lebih besar dari amalan yang banyak. Ini disebabkan apa yang terkandung dalam jiwa pengamalnya. Seorang miskin yang menderma RM 10, mungkin akan mendapat ganjaran yang lebih dari seorang kaya yang menderma RM1000. Sekalipun nilainya cuma RM10, tetapi itulah kadar yang dia termampu.

Kadar itu pula besar bagi dirinya yang hanya bergaji 10 atau 15 ringgit sehari.
Dia mengeluarkan RM 10 dengan penuh erti dan berat, sekalipun mungkin lekeh bagi orang lain. Dia keluarkannya dengan penuh ikhlas dan insaf terhadap kurniaan Allah. Sudah pasti derma seperti itu berbeza di sisi Allah dibandingkan derma RM1000 yang dikeluarkan oleh seorang berharta dengan kesombongan, atau kurang keikhlasan, atau ada tujuan tertentu; tanpa rasa insaf dan mengharap ganjaran Allah. Sekalipun RM10 lebih kecil, tetapi ia lebih bernilai di sisi Allah. Namun, jika kadar yang besar dikeluarkan dengan jiwa yang luhur, pastilah ganjarannya lebih.


INSAFI DIRI

Hadis ini juga mengingatkan kita agar jangan memandang hina kepada orang lain. Ya, perbuatan yang salah memang dihukum salah, dosa tetap dosa. Namun, kedudukan pelakunya di sisi Allah, hanya Allah Yang Maha Tahu. Mungkin satu hari mereka mendapat keampunan melebihi orang lain. Ini semua kerana keikhlasan dan keinsafan jiwa setiap insan tidaklah sama. Mungkin seseorang kelihatan baik kerana lahir dalam suasana yang baik. Seseorang lain mungkin menjadi jahat kerana keadaan hidup yang melingkunginya. Namun, jika pada dalam jantung hatinya keikhlasan, kejujuran dan keinsafan diri, dia akan menemui jalan keampunan Tuhan Yang Maha Adil Lagi Penyayang. Semoga kita semua tawaduk serta insaf terhadap kelemahan diri sendiri dan kelebihan yang mungkin dimiliki oleh orang lain, sehingga dia mungkin disayangi Allah lebih daripada kita! Dengan keinsafan dan perasaan tawaduk itu, diharapkan kita juga mendapat keampunan Allah!

Saya merenung panjang setiap kali mengingati hadis ini. Betapa luasnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Betapa luas peluang yang diberikan untuk setiap insan mendapat keampunanNya, yang lantas akan memasuki syurga yang tidak tergambar keindahan dan segala kurnia yang ada dalamnya. Betapa Allah itu Pengasih, kadang-kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar.

Manusia mudah sekali untuk menghukum.Setiap insan tidak sama ujiannya.Pengadilan Allah terhadap manusia adalah sesuai dengan kekuatan yang diberikan.

Rasulullah saw. bersabda, “Berbuatlah sesuai dengan kemampuanmu..'

Sebagai contoh,iman dan kekuatan yang ada pada diri pelacur tadi tidak sama dengan iman dan kekuatan seorang ulama.Mungkin bagi ulama nilai memberikan air kepada anjing tersebut sesuatu yang sungguh mudah tetapi bagi pelacur sungguh berat akibat posisi imannya yang sangat tipis.


Satu lagi contoh,kekuatan yang diberikan kepada hamba A sebanyak 1000 manakala hamba B sebanyak 10 tetapi hamba A tadi berjaya mengambil 10 darinya dan hamba B mampu menggunakan 5 dari kekuatan tersebut.Dari kaca mata manusia sudah pasti yang baik itu adalah hamba A kerana nilainya lebih besar dari hamba B.Inilah kelemahan penilaian manusia.Sedangkan jika dibandingkan sepatutnya hamba A mampu untuk menggunakan kekuatan yang diberikan itu lebih banyak lagi.walaupun hamba B hanya 5 tetapi jika dibandingkan dia mampu menggunakan separuh kekuatannya.

Adakah ganjaran amal tersebut sama bagi seorang ulama dan pelacur tadi.Semestinya tidak.

Rasullulah SAW bersabda: “Sesungguhnya balasan terbesar dari ujian yang berat..

Berkemungkinan dengan kondisi iman yang sangat tipis maka pemberian air kepada anjing itu adalah satu hal yang sangat berat untuk dilakukan.Usha pelacur itu boleh kita bandingkan dengan pengorbanan ulama yang masuk ke medan perang.Apabila ia berjaya melakukannya ia ibarat seperti seorang ulama yang masuk ke medan pertempuran.Semuanya dikembalikan kepada Allah kerana DIA yang maha adil dan maha bijaksana.

Sikap menghukum dan mengadili sebenarnya tidak layak bagi manusia.Tugas manusia adalah apabila melihat sesuatu yang salah selayaknya membantu dan menasihati.Bukannya selesa dan ambil jalan mudah dengan memberikan cemuhan.

Tujuan Hidup

Tanpa tujuan hidup anda seperti kapal tanpa nakhoda.Perjalanan akan melanggar batu karang dan hancur berkeping-keping.Jika tujuan hidup memiliki posisi yang sangat penting,mengapa manusia tidak menentukan tujuan hidup mereka?


Allah menegaskan tentang pentingnya memandang masa depan.Allah berfirman :


Hendaknya setiap orang memperhatikan apa yang ia perbuat untuk hari esok.


Mengapa kita takut menatap masa depan dan menyiapkan diri untuk menghadapinya?


Ada beberapa alasan yang membuat kita sukar menentukan tujuan untuk masa depan


Pertama : rasa takut


Rasa takut dan was-was adalah dua musuh besar manusia.2 perasaan ini mesti dihindari sejauh mungkin.Jika tidak kondisi ini akan menghalang seseorang untuk berfikir dan memberikan tumpuan dalam kehidupan.


Manusia takut akan kegagalan dan penolakan.


Ketakutan terjadi kerana trauma.Pengalaman di masa lalu membuatkan mereka memiliki mental yang rapuh.Hal inilah yang membuat manusia tidak mahu lagi mencuba demi menghindarkan diri dari perasaan sakit yang pernah ia rasakan di masa lalu.


Seorang penakut adalah orang yang terpenjara dalam prasangka dan keraguan malah tidak memiliki rasa percaya diri.


Kepada orang seperti ini,Thomas Edison berkata,sebahagian besar orang gagal adalah mereka yang takut untuk mencuba.


Oleh sebab itu,langkah pertama untuk mewujudkan tujuan hidup adalah dengan memerangi rasa takut dengan keberanian dalam menerima kesalahan di masa lalu untuk memperbaikinya.


Kedua : tidak percaya diri


Seseorang tidak akan mampu melakukan sesuatu pekerjaan jika hatinya tidak percaya akan kelebihan diri.Golongan ini selalu berasa tidak akan berjaya.Mereka menganggap kejayaan itu milik orang lain.Orang seperti ini akan bingung dalam menjalani kehidupan.


Bukan hal yang mustahil untuk diubah jika kita memiliki keinginan untuk berubah.Jika tidak ,kita akan menjadi seorang yang pasif dalam menerima segala keputusan.Kita tidak akan pernah memandang betapa pentingnya tujuan hidup.


Kata Kennedy, ‘Jika orang merasa puas dengan posisi kedua,ia tidak akan sampai ke posisi yang lebih tinggi.


Ketiga : menunda


Sikap ini mencuri umur seseorang.Ia menyia-nyiakan waktu tanpa ada rencana dan tujuan apa pun dalam hidup.


Menunda secara sederhana adalah menangguhkan pekerjaan hari ini untuk esok.Menangguhkan sesuatu yang mestinya diselesaikan hari ini hingga umur habis dan hidup hanya berisi lamunan yang tak berguna.


Orang yang menunda-nunda pekerjaan akan terbiasa dengan kata nanti sahaja.Orang seperti ini akan selalu mencari alasan untuk tidak melakukan pekerjaan.


Orang yang menunda-nunda pekerjaan percaya akan tujuan hidup tetapi tidak ghairah dalam meraihnya.Sejatinya dia lebih dekat dengan lamunan daripada percaya pada tujuan hidup.


Semua orang tahu hidup ini hanya sekali ,tapi hanya segelintir yang menyedari hakikat ini.Manusia cenderung abaikan ,padahal memperhatikannya berikan manfaat yang sangat berguna.


Perkongsian ini saya ambil sedikit dari buku yang berjudul ‘’Jangan Tunda Untuk Sejahtera’’ yang ditulis oleh Dr.Ibrahim Elfiky.


Semoga bermanfaat.

jangan salah sangka

Semoga sharing yang serba kekurangan ini mampu menggambarkan bagaimana ketentuan Allah yang selalu dipersoalkan manusia terkandung hikmah yang bermakna.Bagi saya yang mustahak adalah usha,doa dan tawakal .Selanjutnya kita serah pada Allah kerana Dia yang lebih mengetahui mana yang baik dan buruk buat hambaNya.


Perlu rasanya untuk saya kongsikan satu pengalaman seorang sahabat supaya dengan kisah ini membantu dalam menggambarkan kebijaksanaan Allah dalam mengatur urusan hamba-hamba-Nya.


Kami ketika itu sibuk melakukan persiapan untuk SPM.Semasa study ,saya sempat bertanya pada seorang sahabat yang rajin banget ini.Kau nanti nak ambil ape lepas SPM.Dia kate nak ambil kejuruteraan kapal terbang.Semoga tertunai la hajat kau,kau rajin belaja insyaAllah berjaya.


Diringkaskan cerita,setelah result SPM keluar.Saya dapat tahu sahabat saya itu hanya mendapat 3 A sahaja.Dia kata mana mungkin nak dapat bidang tu kalau result macam ini.Apa yang boleh kami katakan ketika itu pada dia hanya bersabar,kerana dia telah berusaha,berdoa dan tawakal.


Diringkaskan lagi,semasa keputusan sambung belaja telah keluar.Seingat saya dia tidak dapat kos yang dia mahukan.Dia ada hasrat untuk menukar minatnya tetapi tak berapa lama selepas itu ada tawaran yang sampai ke rumahnya.Tawaran itu memberitahu yang dia berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke bidang yang dia harapkan selama ini.Bukan dia sahaja yang terkejut malah hati saya pun turut merasainya.Inilah hikmah usha,doa dan tawakal kepada Allah.


Allah maha penyayang lagi maha mengasihani.


Banyak hikmah yang boleh diungkap dalam ketentuan Allah ini.Terlalu banyak hikmah disebalik kejadian.Antara hikmah-Nya.


Manusia ini sebenarnya sering terlupa dan lalai dalam mengingati Allah apatah lagi untuk bersyukur.Benarlah kata-kata Allah yang bermaksud :


Dan sedikit sekali daripada hamba-Ku yang tahu berterima kasih (bersyukur )’


( Saba : 13 )


Terkadang kita salah sangka pada Allah.Pemberian Allah yang nampak kekurangan bukan bertujuan untuk mencacatkan perancangan tetapi sebenarnya untuk menghiaskan lagi perjalanan hamba-hamba yang telah memenuhi kehendak-Nya.


Mari bayangkan sekiranya Allah memberi terus keputusan yang cemerlang tadi.Semestinya hati kita terlalu senang dengan kejayaan tersebut lantas melupai Sang Pengurnia.Kalau kita mengatakan tidak dan mengatakan ‘AKU AKAN BERSHUKUR DENGAN KURNIA YANG DIBERIKAN’,Allah lebih mengetahui sejauh mana kebenaran kata-kata kita.Kerana itu Allah lebih memberi jalan yang tidak menyenangkan supaya hambaNya tidak tersungkur apabila disenangkan dengan pemberianNya.


Jika diteliti,pemberian Allah yang penuh hikmah ini sebenarnya menjadikan seseorang itu terus bersama Allah.Saya ambil contoh kisah tadi,disebabkan resultnya yang rendah niscaya doa dan tawakalnya akan menjadi lebih banyak berbanding apabila mendapat result yang tinggi.


TAHU TAK MENGAPA


Ini sebab,apabila result yang baik,dia akan berasa mudah mendapatkan bidang itu berbanding result yang rendah.Ini membuatkan doa dan tawakal menjadi sedikit lantas membawa dia menjauhi Allah SWT.


Kesimpulannya,dengan result yang rendah tadi menyebabkan manusia akan lebih dekat dengan Allah SWT.Dan jika perasan,sudah tentu rasa syukur ketika mendapat result yang rendah lebih besar berbanding result yang tinggi.Ini kerana kejayaan itu sesuatu yang tidak diduga-duga.Kata teman saya ‘ Aku tak jangka langsung boleh dapat.Bila dapat rasa macam tak percaya,rasa syukur sangat-sangat kalau nak dibandingkan dengan result yang baik dulu.


Kadang-kadang Tuhan sembunyikan

matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan

tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak

memberi kita pelangi

Ini lah kebijaksanaan Allah SWT.Bukan tak mahu beri tetapi kuatir jika diberinya result yang baik,hamba-Nya akan melupakan Dia,dan mula hanyut dibawa ombak kesenangan.Walaupun begitu,Allah tetap tidak mencacatkan hasratnya untuk mendapatkan bidang kejuruteraan itu malah menghias lagi cita-citanya dengan rasa penuh sabar dan shukur kepada Allah.


Semoga bermanfaat.

Kenapa Yahudi Bijak

Artikel ini saya dapatkan dari seorang sahabat disini.Semoga bermanfaat dan sekurang-kurangnya memberi sedikit inspirasi kepada umat Islam dalam mendidik generasi mereka.

Buang yang KERUH , ambil yang JERNIH dari kisah ini.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.


Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.



Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

bukan sekadar tomyam udang diganti ayam


Sebarkan kebaikan sebenarnya sangat mudah.Kebanyakan orang melihat kebaikan ini sesuatu yang amat berat dilaksanakan.

Tidak pula kurang pada segelintir yang mengangap kebaikan ini hanya boleh tersebar melalui majlis-majlis yang berbentuk rasmi sahaja.

Kalau kita listkan kebaikan yang Allah perintahkan mesti melebihi keburukan yang dilarang-Nya.

Bukan hanya ke majlis ilmu sahaja boleh kita sebarkan kebaikan,ternyata di setiap tugasan kita seharian terkandung keistimewaan ini.

Semalam saya keluar makan,kedai makan ini diuruskan oleh sepasang suami isteri.Saya teringin nak makan tomyam.Kalau di Malaysia ade macam-macam jenis tomyam,ade ayam,daging,campur dan makanan laut.Tapi,tomyam di kedai mereka ini hanya udang sahaja.Saya beritahu mereka untuk gantikan daging ayam dengan udang.Semasa menjamu selera abang itu suka bersembang tentang kehidupan yang boleh direlatekan dengan agama.Satu pekara yang selalu diberitahu dia adalah :

“ Kita di dunia ini tinggal pilih ,mahu yang baik atau yang buruk.Jika baik yang kita pilih maka baik kesudahannya manakala jika yang dipilih itu buruk,nantikan sahaja kesannya “

Dalam hati,saya mengatakan dimana-mana sahaja boleh kita sebarkan kebaikan,walaupun ringkas pesanannya tapi disitu tercatat satu kebaikan dari Allah.Kalau saya pula mempraktikan dan menyampaikan kepada orang lain , sudah berganda-ganda pahalanya.

Konsep ini seperti multilevel marketing yang dikatakan jalan mudah untuk zaman sekarang mencari pendapatan,ramai orang sanggup melaksanakannya kerana percaya akan hasil yang kadang-kadang tidak berlaku pun kepada semua orang.Tapi hal ini tidak berlaku pula pada perkara yang lebih mustahak.Kebaikan berganda-ganda yang pasti akan diberikan Allah sangat berat untuk dilakukan.

Selesai makan,nak pergi bayar,saya lihat harganya 9 ribu rupiah.Saya berikan 10 ribu ,tapi dapat wang baki 3 ribu.Saya fikirkan dia silap.Saya pulangkan semula 2 ribu.Isterinya jawab ,ayam lebih murah dari udang,jadi tak boleh sama dengan harga ini.Kira 7 ribu sahaja.Dalam hati saya kata jujur betul mereka ini.

Kebaikan yang ditunjukkan mereka ini tidak memerlukan modal apapun.Jikalau mereka niatkan kejujuran itu di jalan Allah,mereka boleh diibaratkan sebagai ‘pedagang niat’.Tahu tak siapa yang menjadi contoh dalam istilah ini.Para sahabat nabi merupakan contoh terbaik dalam menggambarkan pedagang niat.Mereka akan menggabungkan beberapa niat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Ternyata di setiap niat itu terkandung pahalanya sendiri,maka beruntunglah bagi hamba-hamba yang meletakkan beberapa niat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Kesimpulannya,kebaikan itu boleh disebarkan dimana-mana ,sama ada kita mahu atau tidak.Ibadah boleh kita bahagikan kepada tiga iaitu :

  • Ibadah khusus – ibadah wajib seperti solat.Ibadah yang mesti kita lakukan.Meninggalkan berdosa dan melakukannya pahala.

  • Ibadah sunat – ibadah sunat seperti solat sunat.Ibadah tambahan bagi yang wajib.Tujuannya adalah untuk menutup kekurangan pada ibadah wajib.

  • Ibadah umum – Tugas seharian yang dilakukan kerana Allah.

Dalam kehidupan ini tidak mampu untuk hanya solat di masjid dan berbuat amalan sunat.Ibadah wajib dan sunat yang dilakukan jika diteliti hanya mengambil sedikit masa sahaja di dalam kehidupan seharian.Kita perlu bekerja dan banyak tanggungjawab lain,tidak mungkin masa kita boleh dihabiskan duduk di dalam masjid.Jadi,ibadah yang paling banyak yang boleh dilakukan ialah ibadah umum.Ibadah umum ini adalah apa sahaja yang dilakukan sehari-hari yang diniatkan untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Jadi,jangan lepaskan peluang untuk meraih ibadah umum.Jangan lupa untuk melakukan sesuatu kerana Allah SWT.

Mengapa perjalanan itu tidak panjang lagi....



Ternyata kebaikan amat sukar untuk dilakukan.Lebih merisaukan lagi jika sifat futur telah menyerang segala amal yang sebelum ini sering dilakukan.

Untuk mencegah sifat futur ini seharusnya seorang hamba perlu mengetahui mengapa mereka perlu beramal dan apakah kebaikan disebalik amalan tersebut.Ini kerana apabila seorang hamba jahil kepada janji-janji Allah maka amal-amal yang dilakukan itu akan berasa bosan dan tidak lebih untuk mendapatkan pujian dari manusia.

Perkongsian kali ini dengan izin Allah mampu memberi gambaran bagaimana amal yang kita kerjakan selama ini begitu penting dalam menghadapi kehidupan sebenar tidak lama lagi.Semoga kisah ini bejaya membuat kita semangat dan ikhlas dalam beramal.

Seperti yang telah biasa dilakukannya ketika salah satu sahabatnya meninggal dunia Rosulullah mengantar jenazahnya sampai ke kuburan. Dan pada saat pulangnya disempatkannya singgah untuk menghibur dan menenangkan keluarga almarhum supaya tetap bersabar dan tawakal
menerima musibah itu.

Kemudian Rasulullah berkata,” Tidakkah almarhum mengucapkan wasiat sebelum wafatnya?”

Istrinya menjawab, saya mendengar dia mengatakan sesuatu diantara dengkur nafasnya yang tersengal-sengal menjelang ajal” “Apa yang di katakannya?” “saya tidak tahu, ya Rosulullah, apakah ucapannya itu sekedar rintihan sebelum mati, ataukah pekikan pedih karena dasyatnya
sakaratul maut. Cuma, ucapannya memang sulit dipahami lantaran merupakan kalimat yang terpotong-potong. "

“Bagaimana bunyinya?” desak Rasulullah.

Istri yang setia itu menjawab, “suami saya mengatakan “Andaikata lebih panjang lagi….andaikata yang masih baru…. andaikata semuanya….” hanya itulah yang tertangkap sehingga kami bingung dibuatnya. Apakah perkataan-perkataan itu igauan dalam keadaan tidak sadar,ataukah pesan-pesan yang tidak selesai?”

Rasulullah tersenyum.”sungguh yang diucapkan suamimu itu tidak keliru,”ujarnya.

Kisahnya begini. pada suatu hari ia sedang bergegas akan ke masjid untuk melaksanakan shalat jum’at. Ditengah jalan ia berjumpa dengan orang buta yang bertujuan sama. Si buta itu tersaruk-saruk karena tidak ada yang menuntun.

Maka suamimu yang membimbingnya hingga tiba di masjid. Tatkala hendak menghembuskan nafas penghabisan, ia menyaksikan pahala amal sholehnya itu, lalu iapun berkata “andaikan lebih panjang lagi”. Maksud suamimu, andaikata jalan ke masjid itu lebih panjang lagi, pasti pahalanya lebih besar lagi.

Ucapan lainnya ya Rasulullah?”tanya sang istri mulai tertarik.

Nabi menjawab,”adapun ucapannya yang kedua dikatakannya tatkala, ia melihat hasil perbuatannya yang lain. Sebab pada hari berikutnya, waktu ia pergi ke masjid pagi-pagi, sedangkan cuaca dingin sekali, di tepi jalan ia melihat seorang lelaki tua yang tengah duduk menggigil, hampir mati kedinginan.

Kebetulan suamimu membawa sebuah mantel baru, selain yang dipakainya.Maka ia membuka mantelnya yang lama, diberikannya kepada lelaki tersebut. Dan mantelnya yang baru lalu dikenakannya.

Menjelang saat-saat terakhirnya, suamimu melihat balasan amal kebajikannya itu sehingga ia pun menyesal dan berkata, “Cuba andaikan yang masih yang kuberikan kepadanya dan bukan mantelku yang lama, pasti pahalaku jauh lebih besar lagi”.Itulah yang dikatakan suamimu
selengkapnya.

Kemudian, ucapannya yang ketiga, apa maksudnya, ya Rasulullah?” tanya sang istri makin ingin tahu.

Dengan sabar Nabi menjelaskan,”ingatkah kamu pada suatu ketika suamimu datang dalam keadaan sangat lapar dan meminta disediakan makanan? Engkau menghidangkan sepotong roti yang telah dicampur dengan daging. Namun, tatkala hendak dimakannya, tiba- tiba seorang musyafir mengetuk pintu dan meminta makanan.

Suamimu lantas membagi rotinya menjadi dua potong, yang sebelah diberikan kepada musyafir itu. Dengan demikian, pada waktu suamimu akan nazak, ia menyaksikan betapa besarnya pahala dari amalannya itu.Karenanya, ia pun menyesal dan berkata ‘ kalau aku tahu begini hasilnya,
musyafir itu tidak hanya kuberi separuh. Sebab andaikata semuanya
kuberikan kepadanya, sudah pasti ganjaranku akan berlipat ganda.

hikmah disebalik ketentuan Allah - 2

Manusia secara lumrah akan bersemangat dalam usha untuk mencapai segala kepentingan mereka , lebih-lebih lagi usha yang mereka nampak kesan dan kelebihannya.Bagi yang lebih mempercayai akan kekuasaan penciptanya,mereka akan cuba membalut dan menghiasi usha mereka dengan doa-doa yang indah serta tawakal yang tulus dan tiada putus.Buat golongan yang kurang bergantung dan lebih memandang kepada usha sendiri,maka kuranglah doa dan tawakal kepada Tuhannya.Bervariasinya rasa ketergantungan kepada Tuhan ini telah melahirkan bermacam-macam pandangan tentang peratus usha dan peratus doa dalam melangkah menuju cita-cita.Ada yang meletakkan usha dan doa sama peratusnya , ada yang mengatakan usha seharusnya melebihi doa dan sebaliknya.


Secara jelas usha yang dilakukan tidak mengurangkan langsung tahap tawakal manusia kepada Allah.


Kalau ditanya saya berapa pula peratus yang akan saya berikan kepada usha dan doa,senang saya katakan kedua-duanya adalah sama iaitu usha 100% dan doa juga 100%.Ini kerana kedua-kedua itu bergerak selari dalam kehidupan seorang hamba.


Posting kali ini adalah posting lanjutan dari perkongsian yang lepas.Semoga perkongsian kali ini dan lepas mampu memberikan serba sedikit pengajaran dan manfaat kepada kalian dengan izin Allah SWT.


Semasa menunggu tawaran dari Collage Royal Perak,abah meminta aku untuk menduduki entrance exam yang menawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Indonesia.Aku berasa terlalu berat untuk menerimanya kerana pada ketika itu sudah berbulan-bulan meninggalkan PASUM.Aku sudah lama tidak melihat buku,kalian boleh bayangkan bagaimana perasaan seorang pelajar yang baru habis dari peperiksaan.Sudah pasti banyak sekali formula-formula yang terlupa,bukan sengaja tetapi itulah hakikatnya.


Pada mulanya aku minta untuk tidak menerima pelawaan abah tetapi setelah abah katakan kita perlu bersedia dengan perkara-perkara yang bakal terjadi , secara tiba-tiba lembut hatiku untuk menerima keputusannya.Abah kata kita harus siap dengan jalan kedua kerana kita tidak tahu adakah jalan pertama yang kita lakukan akan berjaya .( kata-kata dari pakar motivasiku sejak kecil )


Sungguh berat untuk aku menanggungnya,pada waktu itu jugalah terlalu banyak urusan yang perlu aku selesaikan.Tambahan pula kawan-kawan aku juga sudah selesai foundation dan matriks,ini membuatkan ajakan teman-teman menjadi bertubi-tubi.Persediaan untuk entrance exam hanya beberapa hari,sehinggakan pada satu hari aku terpaksa membawa buku ketika bersama teman-teman.Aku tak dapat lupakan kenangan itu , terlalu berat bagi pelajar yang tidak terlalu rajin seperti aku.


Setibanya hari exam,baru aku tahu yang calculator tidak boleh dibawa.Terkejut aku,kerana ketika di PASUM aku masih menggunakan calculator sedangkan pelajar-pelajar KTT sebagai contohnya sudah lama membiasakan mengira tanpa menggunakan calculator (KTT memang ujiannya adalah di entrance exam,jadi mereka telah dibiasakan untuk tidak menggunakan kalkulator ).Pucat aku dibuatnya.Selesai sahaja exam aku terus pulang ke rumah dengan perasaan yang keliru,adakah aku mampu untuk lepas kelayakan yang dikenakan oleh pihak universiti disana. Sekarang ini aku menyimpan dua persoalan yang besar iaitu penerimaan Royal Collage Perak dan University Padjadjaran Indonesia.


Selang beberapa hari ,aku dikejutkan dengan berita tentang keputusan tawaran universiti di Malaysia ,lekas-lekas aku semak.Ternyata aku berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di USM.Sekali lagi aku kehairanan,mengapa aku masih tidak punya perasaan untuk kejayaan ini.Apakah rahsia disebalik semua ini.Kalian mahu tahu , pada hari itu jugalah hari pertama aku mendengar ucapan tahniah dari mulut abah.Sejujur aku katakan abah tidak biasa untuk semua ini,tetapi aku yakin kasih sayang beliau besar sekali,cuma beliau tidak suka disedari.Kadang-kadang sebahagian lelaki tidak pandai menzahirkan kasih sayangnya .Ini dibuktikan semasa aku terbangun dari tidur aku dapati abah perlahan-perlahan cuba untuk selimutkan kami adik beradik.Aku pura-pura tidak menyedarinya.



Abah terlalu gembira mendengar khabaran itu,beliau katakan anak-anaknya mahu mengikuti jejaknya.Beliau juga lepasan dari USM , kakak juga dari USM dan kini aku pula mendapat tawaran dari USM.Tetapi mengapa aku tidak berasa apa-apa ,mengapa ya Allah ,adakah ada kerang disebalik kuey teow.


Selang beberapa hari kemudian,tawaran dari Royal Collage Perak pun sampai ,sebagaimana yang telah aku ceritakan dalam posting sebelum ini.Dipendekkan cerita selama itu aku banyak bertanya dan merenung baik buruk setiap tawaran supaya aku berjaya membuat pilihan yang tepat.Akhirnya aku membuat keputusan untuk ke USM.Sesudah keputusan dibuat,aku mula menyiapkan segala kelengkapan untuk ke sana.Alhamdulilah selesai juga kerja-kerja packing barang ni , ketika itu juga telefonku berbunyi ,kelihatan seperti number baru ni.


Orang yang telefon : kamu lepas exam entrance tu dulu,dan sekarang kamu berjaya melanjutkan pelajaran ke universitas padjadjaran


Masa itu aku sekadar mendengar kerana kelengkapan telah aku siapkan untuk ke USM,mungkin rezeki aku di USM.Apabila aku memberitahu hal ini kepada abah dan mama,mereka turut gembira tetapi kegembiraan mereka ketika mendengar tawaran USM lebih besar dari yang ini.Aku juga sempat bertanya pada mama,mana yang lebih baik , mama kate USM la baik,takde jauh sangat.Kalau kita tanya pada ibu memang jawapan mereka begitu ,tetapi mengapa hati aku berat dan gelisah.


Malam sebelum aku harus bertolak ke USM,aku sempat merenung dan meneliti di manakah sepatutnya aku pergi.Malam itu aku mendapat satu kekuatan dan keyakinan tetapi aku tidak sempat untuk katakan apa-apa kerana terlena ( kemungkinan keyakinan ini akan aku kongsikan dalam posting yg akan datang ).Pagi sebelum bertolak aku beritahu abah yang aku tak jadi ke USM,aku pun tidak mengerti mengapa aku katakan begitu,hanya hati yang membuat mulut ku berbicara.Abah terus kata ,kau ni jangan main-main ,buat keputusan betul-betul(dalam keadaan agak mara dan memberontak ).Aku rasa bersalah sangat,aku tahu abah memang mengharapkan sangat aku ke USM tapi apa boleh buat.Abah macam serba tak kena,mungkin terlalu risau.


Tinggal beberapa hari sahaja lagi,passport dan sebagainya belum disiapkan.Mama telah bertungkus lumus menemani aku untuk menyiapkan passport dan menyelesaikan surat-surat dari MARA.Aku masih teringat lagi ketika membuat passport,proses pembikinan passport menjadi tergendala kerana kad pengenalan aku tidak boleh dibaca , sudah tentu perlu membuat kad pengenalan baru.Mama geleng kepala sahaja,masa sudah suntuk.Kenangan yang tidak boleh dilupakan juga,aku dan mama mencari teksi untuk ke pejabat pendaftaran.Hati aku seakan-akan berkata mengapa begitu sukar untuk aku selesaikan urusan ini.Terharu dan sayu juga aku dibuatnya,melihat keadaan mama dan abah.(ampunkan anakmu ini yang tidak sudah-sudah menyusahkan kalian )



Diringkaskan cerita,akhirnya aku sampai juga ke Indonesia.Berat sekali rasa hati kerana perlu berjauhan dengan orang-orang yang aku sayang , namun aku harus tabah.Aku berasa sedikit kuat apabila seorang kenalan ku selalu menasihati dan memberi semangat yang tidak putus-putus walaupun aku tahu beliau sangat berat di atas pemergianku.Aku amat hargai jasa baikmu.


InsyaAllah pada posting yang akan datang saya akan berkongsikan sedikit lagi tentang kondisi saya sesampainya di Indonesia,dan ujian-ujian yang terlalu banyak yang Allah sediakan buat menguji keimanan hambaNya.


Kesimpulannya ,manusia hanya boleh berusha ,berdoa dan tawakal dalam mencapai sesuatu yang dihajatinya,tetapi jika Allah SWT telah menetapkan sesuatu ,tidak siapa pun mampu mengubahnya walaupun seluruh manusia bergabung tenaga.


Jika kita sudah memenuhi tanggungjawab kita sebagai seorang hamba maka kita serahkan semuanya pada Allah SWT.Sebagaimana kisah di atas,saat genting dan segala kelengkapan tidak mampu membawa saya ke USM jikalau takdir sudah menetapkan tidak.Tetapi saya yakin pada Allah SWT,apabila kita telah berusha,berdoa dan tawakal maka insyaAllah pengakhirannya baik selagi kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT.Kalau pun tidak baik ini hak Allah ke atas diri hambaNya,sememangnya kehidupan ini memang satu tempat yang Allah jadikan untuk menguji siapakan yang paling baik amalannya.


Perhitungan Allah itu maha luas dan sesekali tidak sama dengan perhitungan manusia.Manusia sering kali dipengaruhi oleh persekitaran dalam membuat suatu andaian dan jangkaan.Manusia akan cuba memberikan yang terbaik kepada orang yang disayanginya tetapi Allah akan memberikan seberapa banyak ujian kepada hamba yang disayangiNya.Ujian dari Allah itu bukanlah bermaksud satu kesusahan malah sebenarnya satu medium untuk meningkatkan derajat hamba-hambaNya.Allah ingin menyiapkan mereka supaya menjadi manusia yang lebih baik.


InsyaAllah masih ada satu posting lagi untuk kisah ini.Semoga setiap perkongsian ada manfaat dan maafkan saya jika dalam perkongsian ini terdapat banyak kelemahan.

 
Related Posts with Thumbnails
© 2009 - menuju perubahan | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top