terkejut sahaja!!!??

















Berikut adalah salah satu berita terkini dari web HaluanPALESTIN mengenai saudara seISLAM kita yg berjuang tanpa membawa senjata menuju ke Gaza..untk memberi bantuan kepada saudara2 kita disana..apakah nasib mereka di sana? adakah anda tahu tntg ini? jika tidak tahu...sila ambil tahu jika anda juga mengaku dn bersama ISLAM...

31 Mei – Rumah Putih menyampaikan rasa “sangat kecewa” atas kehilangan nyawa dan kecederaan terhadap aktivis konvoi Flotilla setelah Israel menyerang konvoi tersebut di perairan antarabangsa yang membawa bantuan ke Gaza, sehingga menyebabkan kematian.

“Amerika Syarikat sangat menyesali sehingga hilangnya nyawa dan kecederaan yang dihadapi, dan saat ini kami berusaha untuk memahami situasi sekitar tragedi ini,” kata juru bicara Rumah Putih, William Burton.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengarahkan penyiasatan penuh dan merasa terkejut atas tindakan Israel menyerbu dan membunuh aktivis konvoi tersebut.

“Sangat penting untuk kita adakan kajian penuh bagi menentukan dengan tepat bagaimana pertumpahan darah boleh berlaku. Saya percaya Israel perlu memberikan penjelasan lengkap,” katanya dalam sidang akhbar di ibu negara Uganda Kampala.

PBB mengutuk keganasan terhadap orang awam di perairan antarabangsa.

Perancis menjadi Negara Eropah pertama yang memberi respon terhadap kejadian tersebut. Menteri Luar Negeri Perancin, Bernard Kouchner mengatakan beliau “sangat terkejut”.

Ramai aktivis yang berada di atas kapal-kapal bantuan tersebut adalah warganegara Eropah dan penganalisis telah menjangkakan respon diplomatik yang amat keras dari Kesatuan Eropah dan negara-negara anggotanya terhadap Israel. Kesatuan Eropah menuntut kajian sepenuhnya di buat.

Jerman juga menyatakan kejutannya dengan tindakan Israel. Jerman adalah salah satu sekutu paling setia Israel, mempersoalkan apakah tindakan yang diambil oleh pasukan komando Israel bersikap profesional.

Kementerian luar negeri Greek dalam kenyataan rasminya hari ini mengatakan, mereka sudah memanggil Duta Besar Israel dan menuntut laporan “segera” laporan atas nasib sekitar 30 warga Greek yang ikut serta dalam rombongan kemanusiaan itu.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Greek memutuskan untuk menarik diri dari latihan ketenteraan bersama dengan Israel sebagai bentuk protes atas serangan Israel terhadap konvoi tersebut.

Sehingga saat ini, dilaporkan 20 orang telah terbunuh dan lebih dari 30 orang cedera setelah Israel menyerang konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza seperti peralatan pendidikan, peralatan perubatan, bahan makanan dan bahan pembinaan. (Haaretz/hp/em)


jadi... adakah reaksi anda juga terkejut?? jgn jadi seperti mereka.. hanya t
erkejut dn bahkan berpura-pura terkejut... tidakkh ia bagaikan sebuah kepelikan bila amerika si sekutu terkuat israel jahannam itu boleh bereaksi terkejut... mmg sudah menjadi sesuatu yg termaktub dn tidak perlu diberi penjelasan lagi, wlupn sy tidak bynk mengetahui tntg konspirasi2 ciptaan mereka, tp sy harap anda jg tahu, yg kita seharusnya bangun dr tidur,lakukanlah sesuatu biar pn kecil untk menggalas beban dlm pembelaan ISLAM.. jika anda tidak buta..maka anda akan melihat...melihat dgn mata hati.. tp jika anda tidak dpt melihat...maka bersegeralah mencari jalan pulang sebelum hati itu ditutup serapat-rapatnya..nauzubillah..

tolonglah... lakukan sesuatu...
berdoalah...untuk mereka... yg berjuang dlm jalan ini...dn berdoalah... untk semua umat ISLAM... agar bangkit! tidak dipijak2 musuh ALLAH lg.

2 comments:

para pencariMu said...

MIND CONTROL..kospirasi hebat ciptaan mereka.

Memang umat Islam harus bangkit..sedar dari lena yang panjang..Bangunlah, kita cipta sejarah baru, kita cipta sejarah baru mengenai umat yang gemilang, terbilang, bermaruah dan tidak menunduk segan di hadapan orang pagan. Jangan hanya duduk diam dan hanya mampu berbangga dengan sejarah kegemilangan generasi Islam terdahulu yang sudah menjadi bahan sejarah. Buatlah sesuatu, jika kita mampu buat sesuatu secara   ‘think global’ , maka buatlah dengan berbekalkan segala sumber yang ada. Tetapi jika kita hanya mampu ‘think local’ , maka buatlah. Jangan berasa kecil dan membandingkan diri dengan ulama besar jika kita hanya mampu mengajak seorang sahaja jiran pergi ke surau setiap hari kerana kita hanya ‘think local’. Tetapi yakinlah, jika semua orang hanya mampu buat ‘think local’ secara serentak, maka ia juga akan menjadi ‘think global’.

Wake up Muslim!

p/s:Al Fatihah buat para syuhada.InsyaAllah mati mereka bukan mati yang sia2..mati mereka mati berjuang..


para pencariMu said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

 
Related Posts with Thumbnails
© 2009 - menuju perubahan | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top