Terlalu banyak kenangan suka dan duka yang terjadi dalam menjayakan program tersebut.
Antara kenangan manis yang boleh dikenang adalah ketika dilaungkan kontinjen Malaysia turut hadir dalam menjayakan sukan ini.Kami dijemput bertujuan memeriahkan majlis.Sepatutnya china dan korea juga turut serta tetapi mungkin takut kalah,mereka tidak hadir di hari perlawanan.
Sebelum acara bermula,atlet alimpaido Malaysia sudah bertubi-tubi menyarankan agar kita balik sahaja.Ada yang mengatakan takut memalukan negara.Sampai masa yang ditunggu-tunggu dan diminta untuk berada di garisan mula,atlet alimpaido Malaysia sudah bersepah-sepah dan tidak tentu arah.Ada yang baru tukar pakaian dan ada juga yang mengatakan ‘mari kita memalukan diri di khayalak ramai’.
Negatif sungguh semangat atlet Malaysia.
Walaupun penilaian negatif telah diajukan tetapi dengan kuasa dan izin Allah,atlet Malaysia telah berjaya mengharumkan nama Negara dengan memenangi pusingan yang pertama.
Terima kasih kepada atlet kita dan shukur kepada Allah yang tidak terhingga.
Malaysia boleh !
Bersemangat atlet Malaysia menempuh liku-liku dalam pertandingan tersebut.Motor kecil yang sewajarnya ditunggang oleh anak kecil sekitar 7-8 tahun telah dirosakkan oleh seorang atlet Malaysia.Tempat pemegangnya tertanggal ketika pertandingan,tetapi dengan semangat Malaysia boleh,Dia cuba memasang semula dan berusaha meneruskan perlumbaan.
Terlalu banyak kenangan yang boleh diceritakan di dalam pusingan pertama ini,tetapi cukuplah sekadar itu,kerana mungkin penceritaan yang dalam nanti memalukan atlet kita sendiri.
Setelah pusingan pertama,nampaknya atlet Malaysia sudah mula yakin dengan upaya sendiri.
Bermulanya pusingan kedua,nampaknya musuh kita dari Sulawesi utara juga agak handal dalam bermain sukan rakyat.Pasukan Malaysia agak tertekan,hanya mendahului sedikit sahaja di hadapan lawan.Dengan izin Allah dan sokongan rakan seperjuangan seorang atlet Malaysia dalam acara menembak telah berjaya menjatuhkan objek sasaran dengan sekali tembakan sahaja.Dari situlah kemenangan Malaysia buat kali kedua tercapai.
Dengan kemenangan itu layaklah kontinjen Malaysia untuk memasuki pusingan seterusnya yang akan dijalankan keesokan harinya.
Sekali lagi Malaysia Boleh !
Sekarang saya akan menceritakan pula kenangan duka yang saya dapatkan sepanjang acara tersebut.Saya mula dengan ucapan alhamdulillah,tanda syukur saya kepada Allah akibat dari ujian yang diberi.
Pertama,atlet-atlet Malaysia kebanyakannya mengalami cedera ringan akibat dari kelalaian sendiri dan juga keterlanjuran pihak lain.Keterlanjuran yang saya maksudkan itu boleh saya definasikan begini.Ada satu acara ini yang permainannya melibatkan dua biji batu.Satu batu diletakkan di atas kaki dan perlu ditujukan ke satu batu lagi sebagai sasaran.Atlet-atlet Malaysia ketika itu berada dihadapan mereka untuk sesi latihan.Batu-batu yang dituju itu jikalau sedikit terlanjur akan mengenai kaki-kaki kami.Ini yang saya maksudkan keterlanjuran dari pihak lain.
Kenangan yang paling saya tidak boleh lupakan adalah ketika dalam perjalanan ke sana pada hari ke dua sukan alimpaido.Ketika itu jalan sesak,memang susah untuk bergerak.Tiba-tiba motor yang ditunggang saya dihimpit oleh sebuah kereta dan sebuah lori kecil.Dengan izin Allah kaki saya yang diletakkan di atas tanah itu dilenyek oleh lori kecil tadi.Pada mulanya sekadar rasa panas,lama-kelamaan rasa sakit yang dinanti-nanti itu muncul juga.Saya bershukur kerana yang terkena gilingan tayar itu adalah kaki saya bukannya kaki teman dibelakang.
Inilah serba sedikit perkongsian cerita ketika berpeluang menjadi atlet Malaysia dalam sukan rakyat alimpaido Jawa Barat.
0 comments:
Post a Comment