Pengalaman menjadi atlet alimpaido

Minggu lepas saya dan teman-teman berpeluang terlibat dalam satu majlis sukan rakyat jawa barat yang dikenal sebagai alimpaido.



Terlalu banyak kenangan suka dan duka yang terjadi dalam menjayakan program tersebut.


Antara kenangan manis yang boleh dikenang adalah ketika dilaungkan kontinjen Malaysia turut hadir dalam menjayakan sukan ini.Kami dijemput bertujuan memeriahkan majlis.Sepatutnya china dan korea juga turut serta tetapi mungkin takut kalah,mereka tidak hadir di hari perlawanan.


Sebelum acara bermula,atlet alimpaido Malaysia sudah bertubi-tubi menyarankan agar kita balik sahaja.Ada yang mengatakan takut memalukan negara.Sampai masa yang ditunggu-tunggu dan diminta untuk berada di garisan mula,atlet alimpaido Malaysia sudah bersepah-sepah dan tidak tentu arah.Ada yang baru tukar pakaian dan ada juga yang mengatakan ‘mari kita memalukan diri di khayalak ramai’.

Negatif sungguh semangat atlet Malaysia.


Walaupun penilaian negatif telah diajukan tetapi dengan kuasa dan izin Allah,atlet Malaysia telah berjaya mengharumkan nama Negara dengan memenangi pusingan yang pertama.


Terima kasih kepada atlet kita dan shukur kepada Allah yang tidak terhingga.


Malaysia boleh !









Bersemangat atlet Malaysia menempuh liku-liku dalam pertandingan tersebut.Motor kecil yang sewajarnya ditunggang oleh anak kecil sekitar 7-8 tahun telah dirosakkan oleh seorang atlet Malaysia.Tempat pemegangnya tertanggal ketika pertandingan,tetapi dengan semangat Malaysia boleh,Dia cuba memasang semula dan berusaha meneruskan perlumbaan.



Terlalu banyak kenangan yang boleh diceritakan di dalam pusingan pertama ini,tetapi cukuplah sekadar itu,kerana mungkin penceritaan yang dalam nanti memalukan atlet kita sendiri.



Setelah pusingan pertama,nampaknya atlet Malaysia sudah mula yakin dengan upaya sendiri.


Bermulanya pusingan kedua,nampaknya musuh kita dari Sulawesi utara juga agak handal dalam bermain sukan rakyat.Pasukan Malaysia agak tertekan,hanya mendahului sedikit sahaja di hadapan lawan.Dengan izin Allah dan sokongan rakan seperjuangan seorang atlet Malaysia dalam acara menembak telah berjaya menjatuhkan objek sasaran dengan sekali tembakan sahaja.Dari situlah kemenangan Malaysia buat kali kedua tercapai.



Dengan kemenangan itu layaklah kontinjen Malaysia untuk memasuki pusingan seterusnya yang akan dijalankan keesokan harinya.


Sekali lagi Malaysia Boleh !


Sekarang saya akan menceritakan pula kenangan duka yang saya dapatkan sepanjang acara tersebut.Saya mula dengan ucapan alhamdulillah,tanda syukur saya kepada Allah akibat dari ujian yang diberi.


Pertama,atlet-atlet Malaysia kebanyakannya mengalami cedera ringan akibat dari kelalaian sendiri dan juga keterlanjuran pihak lain.Keterlanjuran yang saya maksudkan itu boleh saya definasikan begini.Ada satu acara ini yang permainannya melibatkan dua biji batu.Satu batu diletakkan di atas kaki dan perlu ditujukan ke satu batu lagi sebagai sasaran.Atlet-atlet Malaysia ketika itu berada dihadapan mereka untuk sesi latihan.Batu-batu yang dituju itu jikalau sedikit terlanjur akan mengenai kaki-kaki kami.Ini yang saya maksudkan keterlanjuran dari pihak lain.


Kenangan yang paling saya tidak boleh lupakan adalah ketika dalam perjalanan ke sana pada hari ke dua sukan alimpaido.Ketika itu jalan sesak,memang susah untuk bergerak.Tiba-tiba motor yang ditunggang saya dihimpit oleh sebuah kereta dan sebuah lori kecil.Dengan izin Allah kaki saya yang diletakkan di atas tanah itu dilenyek oleh lori kecil tadi.Pada mulanya sekadar rasa panas,lama-kelamaan rasa sakit yang dinanti-nanti itu muncul juga.Saya bershukur kerana yang terkena gilingan tayar itu adalah kaki saya bukannya kaki teman dibelakang.


Inilah serba sedikit perkongsian cerita ketika berpeluang menjadi atlet Malaysia dalam sukan rakyat alimpaido Jawa Barat.


Posting ini sekadar hiasan.Tetapi kalau boleh mendatangkan manfaat.Alhamdulilah.

Wahai mama ni ke beg kipas yang makce nak.nanti mama tanya makce berape yang beliau mahu ye.





Sayangnya GEBU

Petang tadi saya ke rumah adik junior di Cikuda.


Cantik sungguh pemandangan rumah mereka.Tanah tinggi dan berangin,nyaman rasanya.


Saja habiskan masa petang dengan hal yang menguji kesabaran (memancing).


Kami memancing belakang rumah mereka.Yang jadi sabar itu apabila tarik umpan rasa berat macam ikan tapi realitinya hanya lumut dan sampah.


Rasanya ikan-ikan itu semuanya sudah kenyang.Mana tak kenyang dari pagi lagi mereka suda bertenggek disitu.


Tambahan pula makanan-makanan yang tak habis juga dibuang di dalam kolam,jadi sumber rezeki utama bagi ikan-ikan.


Budak-budak ni senang ,nak mancing dari tingkat atas pun boleh.Baling je umpan.Tunggu sampai ikan sentap (rumah atas kolam).


Mudah-mudah.


Untuk pengetahuan sudah 3 hari mereka makan ikan bakar hasil dari memancing.Mengapa mereka boleh bertahan,sebab 3 hari itu juga mereka telah latih kesabaran hati dan nurani.


Nasi yang masuk ke dalam mulut mereka juga dimasak oleh ibu rumah (bertuah).


Pendek kata kehidupan mereka kini sungguh bahagia.Tak seperti junior –junior saya dulu di asrama


Tengah bakar ikan,aku boleh larikan diri sebentar ke rumah senior ni.Dah lame tak jumpe dia.Walaupun takut kedatangan kita ni dihalau tapi tak tahu mengapa kaki ini terus melangkah dan melangkah.


Ketika di rumah senior terjadi satu peristiwa yang manis sangat.


Kami dikejutkan oleh kehadiran satu makhluk Allah SWT yang sangat indah.


Kebetulan malam tu angin kuat.Pintu yang tidak tertutup rapat dipukul oleh gelora angin malam.


Adengan itu seperti dirancang untuk menyerikan malamku yang sepi lagi dingin.


Ini kali pertama saya lihat kecantikan itu.


Pada masa itu fikiran saya melayang jauh mengenangkan dirinya yang suda meninggal 3 tahun lepas.


Terus saya beri namanya dengan panggilan GEBU (Nama kasih saya ketika masih hidup)


Hati ini rindu sekali .Terus saya dukung dan letak di atas riba.GEBU menggeliat manja di atas ribaan yang penuh dengan rasa kasih.



Seronoknya..



Kegembiraan itu melupakan saya tentang ikan bakar,tapi yang jelas kalau diberi pilihan memang saya tak pergi dah ke sana.


Hilang segala kekusutan kala itu.Bagaimana ada manusia yang sanggup mencederakan kaum mereka.


Semestinya hati nurani mereka sudah tiada di dalam jiwa.


Nabi sampai koyakkan bajunya kerana tidak mahu menggangu kucing yang sedang tidur di atas bajunya.Mulia betul akhlaknya.


Jamal(senior) banyak kali nasihatkan saya ni kucing orang nak buat macam mana.


Saya banyak beri alasan,mungkin dia dah lari jauh,tuan dia biarkan dia,takda orang jaga dia dan banyak lagi.Jawapan itu hadir disebabkan terlalu berharap pada GEBU.


Apakan daya.Sedih pula nak tinggalkan,semoga berjumpa lagi dengan GEBU.



Pesanan saya pada GEBU


  • Disebabkan GEBU betina jadi kena jaga diri betul2

  • Jangan main2 kotor nanti comot.

  • Kalau ingat jalan balik kena balik rumah cepat2.

  • Jangan lupa ziarah saya ye.

  • Nanti di syurga main sama saya ye GEBU (doakan saya masuk dulu)


TATA GEBU..

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu


Pengenalan


Kita semua mesti pernah berdoa.Tidak seorang manusia pun dalam dunia ini yang tidak pernah berasa kesulitan.Kita semua memerlukan Allah.Setiap individu pastinya mempunyai hajat dan harapan.Kita semua tanpa kecuali pasti punya pemintaan kepada Allah.


Inilah yang disebut doa.



Dalil


Dengan fitrah yang dibekalkan ini maka Allah SWT berfirman:


“Dan Tuhanmu berfirman, ‘ Berdoalah kepada Ku,niscaya akan Ku perkenankan kepadamu. “


Tetapi,


Mengapa kadang-kadang doa yang dipohon tidak dimakbulkan Allah.


Adakah Allah tidak mampu menunaikannya atau telah berdusta mengenai firmanNya itu.


Tidak,mana mungkin Allah berdusta.


Boleh jadi keyakinan dalam berdoa nya itu sangat rapuh.Berkemungkinan juga permintaan hambaNya itu tidak bermanfaat bagi yang bersangkutan.


Bahkan,dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas :Allah berfirman ,


  • Jibril,hamba-Ku menyeru-Ku.Benar Tuhanku,jawab Jibril.


  • Jibril,hamba-Ku mendesak dalam meminta.Benar Tuhanku,jawab Jibril.


  • Jibril,Tunda pemberian untuk hamba-Ku,Aku senang mendengar suaranya.


Ini membuktikan penangguhan Allah SWT dalam mengabulkan doa membuktikan yang Allah sangat mencintainya.


Pengalaman diri


Sedikit pengalaman tentang doa ingin saya kongsikan.Dulu masa di sekolah,saya ni rindu sangat pada mak.Selepas solat magrib saya pun doa pada Allah agar mak datang malam tu,tak beritahu pun minta mak datang.Habis doa saja kawan tepuk belakang kata mak saya tunggu di luar.Saya pun terpinga-pinga.Rasa macam dimainkan,tapi siapa tahu mungkin memang mak datang betul3.


Saya jenguk di luar memang betul mak saya datang.Ketika itu yang terlintas di hati ini hanya Tuhan yang tahu.Mak berdiri menunggu di kereta.Saya cerita hal ini pada mak,mak kata lain kali doa banyak2 lagi.Itulah buat kali pertama dalam kesedaran saya bersama roh yang doa dimakbulkan secara langsung.Kalau direnungkan dan diteliti sememangnya Allah SWT ini tidak terikat dengan sesuatu apa pun,bahkan waktu.Waktu itu sendiri hambaNya.


Allah sudah tahu yang saya akan berdoa begitu,disebabkan itu Allah menggerakkan naluri mak satu jam sebelum (anggaran) saya berdoa.


Sentuhan jiwa

Khas buat mak yang tunggu di luar ketika itu


Dihati ini hanya Tuhan yang tahu

Dihati ini aku rindu padamu

Tulus sanubari menantikan hadirmu

Hanyalah kau ibu pilihanku


Pengajaran


Janganlah terburu-buru dalam berdoa kerana :


Rasulullah SAW bersabda: Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku.


(Riwayat Imam al-Bukhari)



 
Related Posts with Thumbnails
© 2009 - menuju perubahan | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top