Hikmah disebalik ketentuan Allah

Perkongsian kali ini adalah perkongsian julung kali yang menceritakan pengalaman saya sendiri.Perkongsian sebelum ini kalau diteliti hanya terhad di sudut ilmiyah sahaja ,insyaAllah kali ini kita perbaharui dengan berkongsikan sedikit realiti dalam kehidupan sendiri.

Harapan saya,walaupun mesej dari perkongsian ini tidak sama bagi setiap pembaca,kerana setiap insan mempunyai sudut pandang yang berbeza tetapi apa-apa pun diharap perkongsian yang serba kekurangan ini mampu untuk memberikan manfaat.

Selepas tamat pembelajaran di Pusat Asasi Sains Universiti Malaysia , orang tua ku mengharap agar aku boleh meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi di bidang perubatan.Semasa itu berlaku pergelutan kecil antara aku dan orang tua ku.Kerjaya dokter ini tidak begitu menyenangkan aku kerana dengan beberapa alasan.

Antara alasan yang aku kemukakan :
  • takut darah
  • terlalu kasihan sampai nanti tak boleh rawat pesakit
  • tak suka dengan bekerja di dalam hospital ,mahu keluar-keluar juga sebab aku jenis tak boleh duduk diam
  • dan macam-macam lagi

Tetapi yang menghairankan aku mengapa begitu mudah untuk mereka menjawab.Apa jawapan mereka.

Tenang sahaja,semua itu boleh dilatih nanti.

Aku diam sahaja.Selepas itu tidak cukup dengan alasan tadi ,aku menambah lagi.Kali ini aku berharap agar mereka tidak mampu menjawab.

Kalau boleh tak mahu kerja yang balik lewat dan tidak tersusun jadualnya,sebab nanti rasa kasihan pada keluarga sendiri,lebih-lebih lagi pada orang yang setia menunggu di rumah nanti.Maksudnya bukan jiwa saya untuk kerjaya sebegini.

Kalau orang tua aku mahu menjawab rasanya mereka boleh menjawab,tetapi mereka adalah jenis yang tidak suka memaksa.Seandainya mereka lihat ada unsur-unsur paksaan dalam permintaan mereka, mereka akan berdiam dan menjawab.

Yelah,kalau kau nak..kau nak la..(jawapan common dari mama tercinta)

Allah maha mengetahui lebih dari aku mengetahui.

Pada waktu itu adalah fasa menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.Harapanku ingin memasuki Universiti Malaya kerana faktor dekat dan sudah biasa dengan selok beloknya.Dalam ketenangan itu tiba-tiba datang satu surat tawaran yang diminta untuk ditemuduga.Aku lihat tawaran ini dari Universiti Perubatan Royal Collage.Lebih mengejutkan aku lokasi universiti ini terletak di Ipoh perak.Ah sudah,tentu orang tua aku setuju sebab kami orang Perak.Kalau ada apa-apa kau balik kampung sahaja ( aku agak aje jawapan ini tapi benar-benar terjadi )


Aku setuju untuk pergi.Sehari sebelum bertolak tiba-tiba abah mengajak aku untuk membeli baju.Mereka tahu yang aku ini tiada baju kemeja.Apabila suda sampai di tempat baju-baju :

Abah : Kau ade baju tak

Aku : Pakai amin punye sudah (amin adik aku yang sangat tenang dalam hidupnya)

Abah : Kau beli seluar saje lah.

Akhirnya pergi ke sana hanya membeli seluar sahaja.Ini rasanya pertama kali abah membawa aku membeli barang-barang macam ini kerana sebelum ini mama yang belikan.Terharu.

Sepanjang perjalanan ke Ipoh abah menerangkan aku tentang procedure-procedure ketika sesi temuduga.Aku ingat abah akan terang itu sahaja tiba-tiba sampai cara menjawab sekali.Akhirnya kami mencari soalan yang berkemungkinan akan ditanya ( mirip-mirip soalan sport la ni) dan abah cuba menjawab secara ilmiah.Jawapan yang abah berikan sangat mantap,mungkin pengalaman bekerja sebagai anggota Badan Pencegah Rasuah dan sekarang sudah menjadi pengarah di bahagian Tata Tertib membuat beliau arif dalam ayat-ayat untuk mempengaruhi ( saiko ) orang.Abah sudah siap-siap terjemahkan ke dalam bahasa inggeris atas faktor lemahnya aku dalam bahasa inggeris ketika itu,tapi sekarang pun biasa-biasa juga.Ini balasan menolak ajakan kakak dulu ketika dia mengajak untuk belajar bahasa inggeris bersama.Maafkan saya kakak.( boleh ambil iktibar ni )

Sedar-sedar kami sudah sampai di Ipoh,terkejut aku dibuatnya.Kiranya sepanjang perjalanan tadi aku habiskan masa berbincang dengan abah.Kami bermalam di rumah makcik yang berada di Ipoh.Aku terharu kerana dapat tidur disebelah abah( sebelum ini takut-takut ).Aku susah untuk lelapkan mata kerana berfikir untuk hari esok.


Hari esok suda tiba , sedar-sedar abah yang saterika baju aku,dengan tali leher pun diseterikakan juga.Sekali lagi terharu.Sampainya di Royal College Perak , ramainya manusia yang akan ditemuduga.Keadaanku makin panik.Ini pertama kali ditemuduga secara formal (sebelum ini disekolah macam main-main aje).Dipendekkan cerita semasa aku sedang ditemuduga,soalan-soalan yang diajukan dari dua orang dokter ini seakan-akan sama dengan soalan-soalan yang telah abah berikan.Dengan pantasnya aku copy paste sahaja apa yang abah sudah terangkan.Mereka juga melihat sijil-sijil yang telah aku sediakan di atas meja.Kadang-kadang mereka senyum kadang-kadang air muka mereka mengerikan.


Tak disangka-sangka tiba-tiba mereka bertanya , do you like to read newspaper .Kalian tahu tak apa aku jawab.Mestilah YES , sebab abah menyuruh aku yakin dan cuba mempengaruhi hati mereka dengan menggunakan apa yang ada termasuklah impresi muka .Abah kata mesti impress-impress.OK.If you like to read,can you tell me what are the news that happen in Vietnam about 3 month ago.Aku diam seketika dan membalas.Dokter, boleh saya terangkan , actually im only interested to read the sport news but I will train and force my self to read all of news in newspaper.Saya tahu seorang dokter perlu menyiapkan diri mereka dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan. ( sempat lagi dengan kata-kata manis ).

Ingatkan selamat tapi kene marah juga.Selepas itu mereke beri banyak nasihat untuk terus maju.Aku rasa lama sangat.Bila aku keluar semua di luar kehairanan,mengapa terlalu lama.Kebanyakan orang dalam 15 minit tapi aku kene 40 minit.Dalam perjalanan pulang aku beritahu abah apa soalan-soalan yang ditanya.Abah terus memuji diri beliau yang memang patut diberikan pujian,tetapi abah nampak cemas bila aku keluar dari bilik temuduga tadi.( aku sedang tafsirkan sesuatu mengapa wajah abah begitu cemas ketika itu ).

Abah beritahu student yang akan terpilih untuk masuk ke college itu terlalu sedikit dalam 20-30 orang tetapi yang datang interview tersebut dalam ratusan student.Aku kate pade abah mana mungkin aku dapat,bahasa inggeris pun tunggang langgang dan ruang pun sangat terhad.Abah diam sahaja.

Selang beberapa lama abah meminta aku untuk pergi mencuba entrance exam pula.Jika lepas exam itu aku akan berpeluang ke Indonesia untuk melanjutkan pelajaran di Universitas Padjadjaran dalam bidang perubatan.Nak menjawab tapi mukanya garang ( menakutkan ).Rasanya untuk aku ceritakan pengalaman dalam menduduki entrance exam ini akan dikongsikan dalam posting yang akan datang.

Selama beberapa hari akhirnya surat sampai ke rumah.Belum sempat aku lihat rupa-rupanya abah dah buka dan beritahu yang aku dapat tawaran memasuki college perubatan itu dengan biasiswa MARA.Orang tua aku nampaknya gembira tetapi aku masih lagi tidak punyai perasaan.

Kesimpulannya ,berkat doa dan pengorbanan abah dan mama serta izin Allah SWT membuatkan aku berjaya mendapat twaran dalam bidang perubatan yan orang tua ku harapkan.Tetapi adakah aku berjaya melanjutkan pelajaran disana dan bagaimana cerita di sebaliknya.InsyaAllah akan diteruskan dalam posting-posting yang akan datang.

Banyak sebenarnya pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini.Dari sudut faktor-faktor yang menghambat seseorang dari menguasai bahasa Inggeris ( tolak ajakan kakak ) sehingga ke pengorbanan ayah dan ibu (tidur bersama dan saterika tali leher ) jelas tergambar di dalam kisah sebentar tadi.

Renung-renungkan dan semoga berjaya mengambil pengajaran dan manfaat.

3 comments:

Sayang Allah said...

Kadang-kadang perasaan ini mahu melanjutkan pelajaran di Royal Collage Perak.
Collage swasta dan dapat biasiswa,orang kata baik kemudahannya.
Tetapi Allah maha mengetahui lebih dari kita mengetahui.
Apabila tiba masanya hikmah terungkap baru kita akan sedari tentang hakikat ketentuannya
Selamat tinggal Royal Collage Perak


para pencariMu said...

Segala puji bagi Allah..yang sentiasa adil dalam mengatur perjalanan hidup hamba-hambaNya..Jika diizinkan Tuhan..Saya akan menunggu next post saudara..untuk mengutip ibrah di sepanjang perjalanan hidup saudara..


Diri Yang Lain said...

em....sy xtau sama ada kamu knl sy @ x
tp pape pn, slmt maju jaya!


Post a Comment

 
Related Posts with Thumbnails
© 2009 - menuju perubahan | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top