Mana dulu


Sebahagaian orang berfikir bahawa yang terpenting dalam agama adalah menghafal quran,mempelajari hukum fikih dan lain-lain lagi.

ilmu adalah yang pertama dan akhlak adalah yang kedua

apakah ini benar,manakah yang lebih dahulu.ilmu atau akhlak.

Allah berfirman, ya tuhan kami,utuskanlah untuk mereka seorang rasul dari kalangan mereka,yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka kitab(Al-quran) dan hikmah(sunnah) serta menyucikan mereka

(al-baqarah : 129)

dalam ayat ini nampak bagaimana pengajaran ilmu lebih di dahulukan dari penyucian hati(akhlak).dengan kata lain posisi ilmu lebih di dahulukan dibanding akhlak.

ayat sejenis ini hanya sekali sahaja di dalam al-quran dan diucapkan oleh nabi ibrahim.

tetapi...

ayat al-quran yang langsung dari Allah dan sebanyak 3 kali di ulang dalam al-quran:

Allah berfirman:

sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat kami kepada kalian) Kami telah mengutuskan kepadamu seorang rasul di antara kalian yang membacakan ayat-ayat kami kepada kalian dan menyucikan kalian dan mengajarkan kepada kalian akan kitab dan hikmah.

(al-baqarah : 151)


Dalam ayat ini jelas sekali yang Allah mendahulukan kesucian hati yakni pembinaan akhlak berbanding ilmu.





Firman Allah ini sebanyak 3 ayat jika dibandingkan dengan ayat yang mendahulukan ilmu daripada akhlak yang hanya satu ayat.


Sabda rasullulah:

sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kemulian akhlak.


kesimpulannya:


  • tiada gunanya jika seseorang itu mempunyai ilmu yang tinggi tetapi tidak dihiasi dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia.
  • kasih sayang dan ketenteraman di dunia ini boleh kita dapati dari kesan akhlak yang sempurna bukan dari ketinggian ilmu seseorang.
  • banyak hadis-hadis yang menceritakan kepada kita tentang ganjaran dan kelebihan bagi orang yang berakhlak
  • banyak juga hadis-hadis nabi yang memberitahu kita tentang keburukan jika kita tidak bersikap dengan akhlak yang baik.

antara hadis-hadis tentang akhlak:

sabda nabi muhamad SAW:

  1. saya adalah penjamin bagi orang yang berakhlak baik dan akan mendapat istana di jannah yang tertinggi.
  2. hamba-hamba yang paling dicintai Allah ialah hamba yang mempunyai akhlak yang paling baik
  3. sesuatu yang paling berat timbangan untuk seseorang mukmin di hari akhirat nanti adalah akhlak yang baik.
  4. demi Allah,tidak dianggap beriman,demi Allah tidak dianggap beriman,demi Allah tidak dianggap beriman '' lalu para sahabat bertanya,'siapakah yang dianggap tidak beriman,wahai rasullullah.rasullulah SAW bersabda '' orang yang tetangganya merasa tidak aman dari gangguannya.

Identiti yang misteri


Epidermal ridge atau cap jari ini adalah elevation dari permukaan dermis yang memasuki kawasan epidermis.Apakah sebenarnya tujuan Allah SWT menciptakan epidermal ridge ini.



Boleh dikategorikannya kepada dua:


  1. epidermal ridge ini adalah untuk menghasilkan satu permukaan yang berliku-liku di atas permukaan kulit kita supaya menghasilkan geseran-geseran yang membantu kita untuk memegang dan berjalan.kawasan yang paling tinggi kandungan epidermal ridge ini adalah di permukaan tangan dan tapak kaki.jadi semua tahu tentang fungsi tapak tangan dan tapak kaki
  2. epidermal ridge ini juga berfungsi untuk menghasilkan identiti kita yang tersendiri atau nama lainnya ialah cap jari.


Kajian masih lagi tidak menjumpai seorang yang mempunyai cap jari yang sama dengan manusia yang lain.



Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini akan bawa bersamanya identiti yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain.





Manusia ini memiliki beberapa rangkaian kromosom yang tersimpan kukuh dalam bentuk genetic dan baka pewarisan.walaupun generasi-generasi silih berganti namun manusia tetap memiliki banyak misteri dan seribu satu keunikan yang sukar di tafsirkan oleh ilmu sains dan teknologi.Melainkan sebenarnya adalah bukti kebesaran dan kekuasaan Allah yang maha mencipta.


Apabila seseorang itu mati dan telah dikuburkan maka tubuh serta jasad manusia itu akan mereput dimamah cacing dan ulat sehingga ia tinggal tulang-belulang yang berserakan.namum menurut janji Allah pada kita,manusia akan dibangkitkan semula dalam rupa bentuk fizikal seperi kehidupan di dunia.bagaimana kulit-kulit yang telah di mamam cacing tetapi masih lagi cell-cell kulit kita itu berjaya ditemukan Allah.



Seorang sahabat nabi muhamad s.a.w yang bernama adwi ibnu abi rabiah betanya:


Adakah selepas kematian ini ada kebangkitan semula.dan bagaimanakah Allah SWT akan mengumpulkan tulang-belulang selepas ianya telah bertukar menjadi habuk.maka Allah SWT telah berfirman melalui maksud ayat surah Al-qiyamah ayat 4 yang bermaksud;


Bukan yang sebagaimana yang disangka itu,bahkan kami berkuasa menyusun dengan sempurnanya segala tulang belulang jarinya.dan tulang yang lebih halus dari yang lain.


Jika kita lihat ayat itu dalam teks arabnya.bunyinya itu merujuk pada perkataan ‘banaanah’ ertinya ‘hujung-hujung jarinya’.Di khaskan di sini penyebutannya adalah untuk menunjukkan betapa rupa bentuknya yang sangat ajaib.begitu halus dan terlalu rapi serta teliti buatan tuhan.epidermal ridge ini juga akan disusunkan oleh Allah SWT di hari yang telah di janjikan itu.bagaimana dengan strukturnya.complex sekali. walaupun tidak mampu untuk kita memikirkan bagaimana Allah menyusunnya.Tetapi inilah yang dikatakan tentang keimanan.Inilah yang membezakan umat islam dan umat yang lain.


Kesimpulanya,akal adalah kurnian Allah kepada makhluk yang bernama manusia.Segala sesuatu penciptaan akan menunjukkan kebesaran dan keagungan Allah SWT.Mereka akan sentiasa memikirkan tentang segala apa yang ada di langit mahupun di bumi untuk melihat kebesaran Allah.orang yang beriman akan menundukkan pandangan(hati) kepada kebesaran Allah.


renungkan firman Allah ini


Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan Allah maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi ini dan penukaran malam dan siang ada tanda-tanda(kekuasaan.kebijaksanaan dan keagungan allah)bagi orang-orang yang berakal.iaitu orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring dan mengiring ,dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata wahai tuhan kami !! tidaklah kau jadikan ini semua satu yang sia-sia,maha suci engkau ,maka peliharalah kami dari azab api neraka..

Menjadi mukmin yang berakhlak


kesempurnaan akhlak merupakan misi utama diutusnya rasul

sebagaimana yang telah dikongsikan dalam fitrah insan dalam bab aqidah,sememangnya para rasul bukan diutuskan Allah semata-mata untuk mengajar manusia mengenali Allah.ini kerana sebelum kelahiran nabi muhamad lagi kafir quraish telah mengenali Allah sebagai tuhan.sebagai buktinya nama bapa nabi kita Abdullah,bermaksud hamba Allah.jadi apa sebenarnya perjuangan para rasul ini jika teras keimanannya adalah sama iaitu mempercayai kewujudan Allah.

perjuangannya adalah menegakkan aqidah dan mendaulatkan ibadah supaya dapat membuahkan akhlak-akhlak yang mulia di dalam diri setiap insan.

rasullulah pernah bersabda akan hal ini:

sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak

hubungan akhlak dengan diutusnya rasullullah juga dapat dilihat dari satu firman Allah yang berbunyi:

'tiadalah kami mengutus kamu,melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam'

(al-anbiya : 107)

renungkan ayat ini dan mari berimaginasi.

mungkin kata-kata dari seorang ulama terkemuka Amru Khalid dapat membantu kita untuk berimaginasi akan hal ini:

Amru Khalid:apabila masyarakat sudah dihimpit dengan pelbagai penipuan,dihimpit banyak kebohongan,dihimpit banyak pengkhianatan,apakah masyarakat seperti itu akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

ketahuilah, tiada rahmat dan kasih sayang bagi alam ini kecuali penghuninya yang berakhlak mulia.

kalau kita mahu merasai rahmat dan kasih sayang Allah,marilah kita memenuhi kehidupan kita dengan akhlak yang baik.

Mungkin ada persoalan yang bole kita timbulkan:
bagaimana caranya kita mampu untuk menghasilkan akhlak yang mulia ini.

sesungguhnya tujuan utama dari setiap ibadah yang dilakukan adalah untuk membina keperibadian akhlak seseorang.jika ibadah tidak membawa kepada kemuliaan akhlak,maka boleh kita katakan bahawa ibadah hanya sekadar gerak tubuh sahaja.

Ini antara bukti yang boleh kita katakan bagaimana ibadah ini boleh membina keperibadian seseorang.

solat


solat akan mengatur akhlak seseorang.

Allah telah berfirman:

Dirikanlah solat.Sesungguhnya solat itu mencegah dari(perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.
(al-ankabut : 45)

dari ayat di atas kita dapat fahami siapa yang solatnya tidak mencegah dari perbuatan-perbuatan keji mungkar,maka solatnya itu hanya sekadar gerakan yang melelahkan.

Allah berfirman di dalam hadis qudsi 'sesungguhnya aku hanya menerima solat seseorang yang merasa rendah hati di hadapan keagungan-KU,tidak bertindak sewenang-wenangnya atas ciptaanku,tidak terus bermaksiat kepada -Ku,tidak lali dari mengingati Ku ,memberi kasih sayang kepada orang miskin dan orang terlantar,dan memberikan kasih sayangnya kepada para janda dan kepada orang-orang yang ditimpa musibah

disini kita dapat lihat hubungan antara solat dengan akhlak yang baik seperti rendah hati dan kasih sayang.solat yang dilakukan itu mempunyai keterkaitan dengan akhlak yang baik.ini sebab,solat yang ikhlas dan khusyuk kepada Allah akan menghasilkan sikap yang mulia dalam diri seseorang insan.

mengapa solat itu dapat melahirkan akhlak yang baik.

  • solat itu mengajar diri seseorang dalam menepati masa.
  • solat juga melatih diri untuk sentiasa dalam keadaan bersih dan suci.
sedekah


Allah berfirman:

ambillah zakat dari sebahagian harta mereka.dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka.
(at-taubah : 103)

tujuan dari zakat adalah mensucikan diri.definisi mensucikan diri yang dimaksudkan oleh Amru khalid ialah satu pendidikan yang mendidik insan agar berakhlak mulia.

sesiapa yang bersedekah,sesungguhnya ia sedang belajar menyayangi dan memuliakan orang lain.jadi,ibada zakat ini pada akhirnya akan mendidik jiwa insan kepada pembentukan akhlak yang mulia.

apakah kelebihan bersedekah yang mendorong seseorang untuk berakhlak:

  • mengambil berat antara sesama manusia
  • menjauhkan diri dari sikap kedekut,sombong dan mementingkan diri
  • melahirkan rasa sayang kepada orang lain
  • memelihara jiwa dari terpaut kepada perhiasan dunia

kelebihan bersedekah ini lama-kelamaan akan membentuk peribadi yang mulia dalam jiwa manusia.

puasa


rasullullah bersabda.

apabila suatu hari seseorang berpuasa,maka jangan mengucapkan kata-kata kesat dan jangan merampas hak orang lain.apabila ia dicela atau ingin diserang maka katakanlah, 'aku sedang berpuasa'

kita dapat melihat bahawa tujuan berpuasa ini adalah untuk pembinaan akhlak.

jadi hari puasamu adalah hari akhlakmu.

pada saat berpuasa seseorang insan tidak diperkenankan untuk melakukan kefasikan,mencela,merampas hak orang lain atau melakukan perbuatan yang buruk.


Menurut Dr Danial Zainal Abidin di dalam bukunya 7 Formula Cemerlang, “Ibadah yang ditetapkan agama mempunyai unsur-unsur mujahadah. Solat yang khusyuk, sebagai contoh, mampu membersihkan hati dan mencegah individu daripada perbuatan keji. Solat subuh membantu individu melawan nafsu tidur yang berlebihan.
Puasa memberikan kekuatan pada invididu yang mengawal nafsu makan, minum dan seks. Zakat membersihkan hati daripada penyakit tamak haloba.

haji


Allah berfirman :

musim haji adalah beberapa bulan yangd diketahui.barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu untuk mengerjakan haji, maka tidak boleh berkata kesat,berbuat fasik dan berbantah-bantahan dalam masa mengerjakan haji.

(al-baqarah : 197)

ibadah haji adalah satu ibadah yang mendorong pelakunya untuk membina akhlaknya.

di saat melaksanakan haji, pada masa itulah seorang islam akan berusha sekuat tenaga untuk berakhlak dengan baik.

pada saat haji seorang islam akan melaksanakannya dalam waktu kurang lebih dua puluh hari dalam kondisi kedisplinan.


taqlid

Taqlid ini bermaksud mengikuti orang lain tanpa mengetahui alasan dan tujuannya.Ia merupakan penghalang bagi kemerdekaan akal dan pengekang akal untuk berfikir.

Oleh sebab itu,Allah memuji orang-orang yang bersikap objektif terhadap berbagai fakta dan dapat membezakan antara satu dengan yang lain,sesudah diteliti ,diperiksa dan dicermati lalu mereka mengambil yang terbaik dan meninggalkan yang lain:


firman Allah :

sampaikanlah berita gembira kepada hamba-hamba-Ku yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya.mereka itulah orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal

(az-zumar: 17-18)


Allah mencela orang-orang yang bertaqlid ,yang tidak mahu berfikir kecuali dengan mengikuti fikiran orang lain.

mereka hanya terus mengikuti perkara lama yang sudah menjadi kebiasaan,meskipun perkara yang baru lebih benar dan lebih bermanfaat bagi mereka.

firman Allah :

'dan apabila dikatakan kepada mereka : ikutilah apa yang diturunkan Allah.mereka menjawab : (tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari perbuatan nenek moyang kami.apakah mereka akan mengikuti juga.Walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengeahui suatau apapun,dan tidak mendapat petunjuk'

(al-baqarah : 170)


mengapa aqidah itu satu dan kekal

sesungguhnya Allah menjadikan aqidah ini berlaku umum bagi seluruh manusia dan kekal sepanjang masa kerana ia mempunyai kesan yang jelas dan banyak memberi manfaat dalam kehidupan individu maupun masyarakat.



terdapat 6 perkara yang menjadi teras kepada keimanan :

beriman kepada Allah dapat memancarkan perasaan-perasaan yang agung,membangkitkan pelbagai kebaikan,membina rasa sentiasa diawasi Allah,memotivasi untuk mencari hal -hal yang mulia dan menjauhka seseorang dari amal yang hina dan tidak bermanfaat.


beriman kepada malaikat dapat mendorong seseorang untuk mencontohi sifat-sifat mereka dalam hal kesucian dan ketakwaan mereka kepada Allah.

beriman kepada kitab-kitab Allah akan hasilkan pengetahuan tentang manhaj(sistem kehidupan) yang benar yang telah digariskan oleh Allah untuk umat manusia,agar dengan melalui manhaj tersebut,hambanya dapat mencapai kehidupan yang lebih baik.

beriman kepada rasul hanya dimaksudkan untuk mengetahui langkah-langkah mereka,berakhlak mereka dan meneladani kehidupan mereka.

beriman kepada hari kiamat akan mendorong seseorang untuk mengerjakan kebaikan dan meninggalkan keburukan

beriman kepada qado dan qadar dapat memberikan bekal kepada seseorang dengan berbagai potensi dan kekuatan yang mampu menghadapi pelbagai kesulitan dan kesusahan.ini membuatkan persoalan-persoalan yang besar menjadi kecil.

demikianlah,aqidah itu bermaksud untuk membersihkan perilaku,menyucikan jiwa dan mengarahkan kepada nilai-nilai yang baik,di samping ia merupakan hakikat kebenaran yang kukuh dan tidak berubah.

membersihkan perilaku dengan jalan menanamkan aqidah agama merupakan salah satu cara pendidikan (uslub tarbiyah) yang paling agung kerana ia memiliki pengaruh terhadap perasaan dan perlakuan.Jadi,menanam aqidah ke dalam jiwa merupakan cara paling tepat untuk mewujudkan usur-unsur yang baik.

Allah banyak merakamkan perihal aqidah ini di dalam alquran.al-quran sentiasa menyebutkan aqidah(iman) di urutan yang pertama dan akan diikuti oleh amal-amal kebaikan.

berikanlah berita gembira kepada orang-orang beriman dan berbuat kebaikan bahawasanya mereka itu akan memperoleh syurga-syurga yang dibawahnya mengalir bebrapa sungai

(al-baqarah : 25)

Jelas sekali hikmahnya,mengapa aqidah atau iman ini dijadikan sebagai prinsip umum dan kekal abadi.apabila kehilangan aqidah(iman) maka rohani akan mengalami kematian.aqidah adalah cahaya yang apabila manusia tidak mendapatkannya maka ia akan tersesat ke dalam berbagai lembah kehinaan.

Tanda-tanda kewujudan Allah


Kemustahilan mengetahui dzat tuhan tidak bererti menafikan keberadaannya.

Sesungguhnya hakikat dzat tuhan tidak dapat diketahui oleh akal.akal tidak akan mampu mengetahui hakikat-nya.ini sebab dzat tuhan itu berada di atas keupayaan manusia yang sememangnya tidak dapat dijangkau oleh akal fikiran.Allah telah menciptakan manusia ini dengan satu keterbatasan yang tertentu.manusia ini terbatas dengan penglihatan,pendengaran,pemikiran,masa(waktu) dan lain-lain lagi tetapi Allah tidak penah terikat pun dengan sesuatu,malah masa(waktu) sendiri adalah hamba Allah.oleh sebab itu Allah mengetahui pekara-pekara yang telah terjadi,sedang terjadi dan akan terjadi.

manusia ini lemah teman-teman.walaupun kecerdasan dan kemampuan akal manusia itu sudah mencapai tahap kemuncaknya,namun ia sangat terbatas dan sangat lemah untuk mengetahui berbagai hakikat.

Akal manusia ini tidak mampu mengetahui hakikat jiwa manusia itu sendiri.pengetahuan tentang jiwa masih merupakan salah satu persoalan yang sulit untuk dipecahkan oleh ilmu pengetahuan.manusia sendiri tidak dapat mengetahui perihal yang ada di dalam diri manusia sendiri,apatah lagi mahu mengetahui perihal penciptanya.

Seorang ahli falak terkenal,Kamil flamaryun, dalam bukunya yang bertajuk ‘kekuatan alam yang misteri’ berkata:

Kami melihat diri kami berfikir,namun apa itu berfikir.

Tidak seorang pun yang dapat menjawab pertanyaan ini dengan pasti.ilmu pengetahuan manusia sampai saat ini masih tidak mampu membuktikan banyak hal.

Penting..penting..

Keterbatasan akal fikiran ,kelemahan untk mengetahui hakikat sesuatu,dan ketidakmampuan akal untuk mengetahui hakikat jiwa manusia itu sendiri tidaklah bermaksud menafikan keberadaannya.

Kelemahan akal untuk mengetahui hakikat jiwa,ketidakmampuan akal untuk mengetahui apa itu jiwa dan berfikir tidak bermaksud menafikan adanya jiwa dan tidak juga menafikan tentang adanya berfikir.

Demikian pula mengenai dzat tuhan.bila manusia tidak mampu mengetahui hakikatnya,maka tidak bermaksud dzat nya tiada, bahkan Allah dan keberadaannya jauh lebih kuat dari segala yang ada.

Meskipun demikian Allah tetap mengemukakan bukti-bukti yang dapat membimbing manusia kepada kebenaran.

alam semesta menegaskan kewujudan tuhan pencipta.


Wujud allah sangat nyata dan terang bagaikan terang-benderangnya matahari.

Segala sesuatu yang ada di alam ini menjadi bukti atas keberadaan tuhan yang maha pencipta.benda-benda alam dan segala unsurnya menegaskan bahwa itu semua ada yang mencipta dan mengaturnya.segala isi di dunia ini seperti planet,tumbuhan,haiwan dan manusia sendiri mempunyai keterkaitan antara satu sama lain.semua ini mempunyai keseimbangannya yang telah diaturkan.mana mungkin segala ini terjadi secara kebetulan.kebetulan tidak akan menghasilkan keseimbangan yang begitu kompleks.ini semua tidak lain dan tidak bukan adalah merupakan bukti adanya Allah az zawajalla.

Akal yang sehat tidak akan dapat membayangkan bahawa benda-benda ini semua terjadinya tanpa ada yang mencipta,sebagaimana akal tidak dapat membayangkan adanya barang buatan tanpa ada yang membuat.

Apabila akal manusia menganggap mustahil terbangnya pesawat di udara atau menyelamnya kapal selam di lautan tanpa adanya pembuat pesawat dan pembuat kapal,maka hal ini menetapkan secara pasti akan kemustahilan adanya alam yang sangat indah ini tanpa adanya pengatur yang mengaturkan urusannya.

Fitrah sebagai bukti adanya Allah.

Perasaan yang tertanam di dalam jiwa setiap manusia ingin bertuhan ini adalah antara satu bukti tentang kewujudan tuhan yang maha suci.

Perasaan ini merupakan pembawaan manusia sejak dilahirkan lagi.perasaan ini disebut perasaan fitrah.di atas perasaan fitrah inilah Allah menciptaan manusia itu.manusia tidak perlu di ajar untuk mengenali tuhannya.ia satu fitrah sebagaimana ibu kasihkan anaknya.lelaki inginkan permpuan dan permpuan inginkan lelaki.

Inilah yang biasa diungkapkan dengan naluri keagamaan.

Pengalaman


  • berapa banyak orang berdoa kepada tuhan-nya,lalu tuhan mengabulkan doanya.
  • berapa banyak penyakit yang dideritai manusia lalu Dia menyembuhkannya.
  • berapa banyak kepedihan yang dialami manusia lalu Dia meringankannya.
  • berapa banyak kesempitan yang menghimpit lalu Dia melonggarkannya

sesungguhnya pengalaman-pengalaman manusia akan membimbingnya dan menghantarkannya kepada Allah.

Pengalaman ini dapat mengungkap hakikat kebenaran tuhan kerana tidak dapat dijelaskan melalui inderanya.seringkali manusia kehilangan semua kemudahan yang dapat menghasilkan kebaikan bagi mereka.apabila mereke menghadap tuhan dengan sepenuh hati,maka keinginan yang diinginkan itu akan terwujud.

Lantas dengan apa kita menafsirkan ini semua.apakah ada penafsiran yang lebih tepat selain mengatakan bahawa di balik itu semua ada tuhan yang maha kuasa.

Dukungan ilahi

Di antara bukti adanya tuhan adalah orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah lebih tinggi ilmunya,lebih banyak adabnya,lebih suci jiwanya,lebih bersih hatinya,lebih banyak pengorbanannya,lebih besar keprihatinannya kepada orang lain dan lebih banyak manfaatnya daripada orang yang tidak beriman.

Rasa-rasanya faktor apa yang dapat mengubah watak dan kecenderungan tersebut kepada kebenaran,kebaikan,keindahan dan kesempurnaan.

Mengapa mereka tidak seperti orang-orang lain yang tidak beriman kepada Allah,iaitu keras wataknya,kotor jiwanya,gelap hatinya,rosak akhlaknya dan pelbagai lagi unsure-unsur negative

Tidak ada rahsia di balik itu kerana orang-orang beriman ini mendapat dukungan dari ilahi dengan diberikan pelbagai potensi dan kekuatan sehingga mencapai kesempurnaan.

Ini merupakan bukti yang kuat atas adanya kekuatan rohani yang tersembunyi.

Keterangan agama

Di antara hal yang dapat dipergunakan sebagai bukti atas adanya tuhan yang sebenarnya adalah bahawa orang-orang pilihan dari hamba-hamba Allah semuanya menyeru umat manusia kepada Allah.semenjak nabi Adam hingga nabi muhamad.

Bukti-bukti atas kebenaran seruan mereka ini telah nyata,iaitu pertolongan Allah pada mereka,sedangkan ajaran orang-orang kafir direndahkan.

Bukti manakah yang lebih kuat dari perkataan orang-orang berdakwah yang mengajak manusia menyembahNya dan memperoleh pertolongan-nya.

Akal dan ilmu pengetahuan tidak ada satu pun bukti yang boleh dijadikan sebagai sandaran dalam meniadakan dan mengingkari kewujudan Allah.

Malah kita boleh mempersoalkan kepada mereka yang tidak percaya kepada kewujudan tuhan tentang apa bukti mereka yang mengatakan tuhan itu tidak wujud.sila berikan dalil kepada kami.

Islam adalah iman dan amal


Islam adalah agama Allah yang diwahyukan kepada nabi muhamanad SAW dan intinya adalah iman dan amal atau dengan kata lainnya aqidah dan syariah.

Iman ini mencerminkan aqidah dan hal-hal yang menjadi landasan syariat islam.Dan dari dasar-dasar ini keluarlah cabang-cabangnya.

Amal pula mencerminkan syariah dan cabang-cabang yang dianggap sebagai tindak tanduk bagi iman dan aqidah





Iman dan amal ini kedua-duanya berkaitan satu sama lain seperti keterkaitan antara buah dengan pohon,atau keterkaitan akibat dan sebab-sebabnya,atau pendahuluan dan kesimpulannya.apabila pohonnya teguh(yakni iman),kukuh dan sehat maka akan menghasilkan buah(amal) yang ranum,manis dan segar.iman dan amal ini tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.bak kata pepatah melayu. ’bagai aur dengan tebing’ .Akibat dari keterkaitan yang mustahak ini banyak sekali firman Allah SWT yang membuktikan keterkaitan antara dua hal yang sangat utama ini.Antara ayat-ayat Allah yang menyebutkan keterkaitan antara iman dan amal ini ialah:

sebagai contoh firman Allah:

“beritakanlah kabar gembira kepada orang-orang beriman dan berbuat kebaikan ,bahawasanya
mereka itu akan memperoleh surga yang di bawahnya mengalir beberapa sungai”

(Al-baqarah:25)

“Barang siapa yang mengejarkan kebaikan ,baik lelaki mahupun permpuan dan ia seorang yang beriman,maka pastilah kami (Allah) akan memberinya kehidupan yang baik dan pasti kami akan beri balasan dengan pahalanya,menurut apa yang telah dikerjakan dengan sebaik-baiknya”

(an-nahl:97)

“sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,maka tuhan yang maha pengasih akan memancarkan dalam(hati) mereke rasa kasih saying”

(maryam:96)


Jika kalian melihat dengan teliti firman Allah SWT ini,kalian akan mendapati selepas dari kata-kata beriman Allah SWT akan meneruskan dengan ungkapan amal soleh,mengejarkan kebaikan dan berbuat kebaikan,ini semua boleh kita kategorikannya sebagai amal.Jelas ni sini iman dan amal itu tidak dapat dipisahkan.

hipotesis yang dapat kita buat disini ialah

“semakin tinggi iman semakin tinggi amal manakala semakin rendah iman semakin rendahlah amal”.

Dan analogi yang dapat kita kongsikan tentang situasi ini adalah tentang perihal sebuah kereta.kereta tidak akan dapat begerak jika salah satu dari kedua-dua tayar hadapan dan belakangnya tidak ada.maka untuk memastikan sebuah kereta itu bejaya digerakkan dengan baik,wajiblah kita memastikan kereta itu siap dengan tayar hadapan dan tayar belakangnya.jika kita mahu pergerakan kereta kita itu lebih lancar di dalam perjalanan,maka sudah pasti kita akan menyiapkan kereta kita itu dengan tayar-tayar yang lebih berkualiti.
Untuk kita mengharungi perjalanan di dalam kehidupan kita sehari-hari ini,kita juga memerlukan iman dan amal yang sungguh berkualiti sesuai dengan analogi yang diberikan tadi




Kesimpulannya disini,perkara utama yang sangat perlu ditekankan jika kita benar-benar mahu mengambil islam sebagai manhaj hidup kita ialah tentang hal iman dan amal.Dengan mempunyai iman yang kuat maka ia akan melahirkan amal-amal yang luar biasa.Hal ini boleh dibuktikan dengan kita mengkaji kisah-kisah para sahabat.Walaupun keadaan mereka yang sungguh terseksa dengan pelbagai ujian dan rintangan namun mereka dapat menghasilkan ibadah yang sangat menakjubkan.Tindakan-tindakan mereka sungguh luar biasa jika dibandingkan dengan kekuatan yang ada di dalam diri manusia itu sendiri.
Kekuatan mereka juga sangat ditonjolkan ketika mana mereka melakukan ketaatan kepada Allah SWT.Jadi apa sebenarnya rahsia mereka yang mampu memberikan mereka kekuatan sebegini mantap.Tidak lain dan tidak bukan adalah dari iman yang sangat kukuh dan teguh.

iman mereka bagaikan mutiara yang senantiasa bercahaya.



Jadi,kekuatan kita untuk melakukan ibadah kepada allah SWT juga akan menjadi lebih mantap hasil dari sebuah iman yang teguh dan kukuh.Ini kerana dengan mempunyai iman yang kukuh segala ibadah yang kita lakukan seharian mempunyai ruhnya yang tersendiri.Kita seharusnya mengerti dan mengetahui mengapa kita perlu melakukan ibadah-ibadah ini.Memang secara logik akalnya kita akan senantiasa bersemangat melakukan hal-hal yang kita mengetahui manfaatnya dan berasa lemah untuk melakukan sesuatu yang tidak ada kebaikannya.Bukan sahaja hal –hal yang kecil malah hal-hal yang besar juga menjadi ringan apabila kita sangat mencintainya.

Selamat berjaya dalam kita mengambil islam sebagai jalan hidup,jangan membuang waktu lagi,kematian itu sangat hampir sekali dengan kita cuma kita sahaja yang melupakannya.ingatlah wahai teman-teman.tiada bekal lagi yang boleh kalian bawakan setelah kematianmu.hamba Allah yang daif ini beharap agar kalian sangat sedar tentang hakikat ini.jangan menangguh lagi.




Cara membina dan meningkatkan iman

Apabila kita sudah memahami konsep iman dan amal yang merupakan inti utama dalam pembentukan seorang muslim.Oleh itu,semestinya dan sepatutnya akan wujud satu persoalan dalam hati kita yang akan mengatakan :

bagaimana cara-cara untuk membina dan meningkatkan iman tersebut sehingga berjaya menghasilkan amal-amal yang sungguh luar biasa.

Disini yang akan cuba menceritakan bagaimana para rasul menyampaikan iman atau aqidah ini kepada umat manusia.cara mereka mudah difahami,sederhana dan logik.

Pertama,para rasul mengajak mereka untuk memperhatikan kerajaan langit dan bumi

Kedua,para rasul membangkitkan akal mereka untuk berfikir tentang ayat-ayat Allah atau kata lain tanda-tanda kekuasaan Allah.

Ketiga,para rasul juga mengambil jalan untukmengingatkan mereke kembali kepada fitrah mereka yang beragama.

Keempat,rasul-rasul cuba menumbuhkan kesedaran akan adanya satu alam lain di balik alam materi ini.

Dengan cara inilah rasullullah SAW menanamkan aqidah ke dalam jiwa umatnya,mengarahkan pandangan dan pikiran mereka,membangkitkan akal dan mengingatkan mereka dengan fitrah yang telah semula jadi tertanam dalam hati umatnya dan merawat dengan pendidikan hingga berjaya mencapai puncak kejayaan.

Sebelum yang berkongsi ilmu bagaimana cara-cara untuk membina dan meningkatkan iman,yang mahu menjelaskan apa sebenarnya kandungan iman itu.

Iman ini sebenarnya meliputi 6 pekare :

  • percaya kepada Allah
  • percaya kepada malaikat
  • percaya kepada kitab
  • percaya kepada rasul
  • percaya kepada hari kiamat
  • percaya kepada qada dan qadar

bagaimanakan cara-cara untuk kita mengenal dan mempercayai kewujudan Allah SWT.

Mengenal Allah ini mempunyai 2 cara iaitu :

  • 1) memikirkan dan memperhatikan segala sesuatu yang diciptakan Allah
  • 2) mengenal nama-nama Allah

mengenal Allah melalui tafakkur(berfikir)



sesungguhnya setiap organ tubuh mempunyai tugas,sedangkan tugas akal adalah merenungkan, memperhatikan dan memikirkan.jika potensi ini tidak digunakan maka hilanglah kerja akal dan tidak berfungsi pula tugasnya yang terpenting.

Islam mengkehendaki agar akal bangkit melepaskan diri dari dibelenggu dan bangun dari tidurnya.lalu islam mengajak untuk memperhatikan dan memikirkan

Sebagaimana firman Allah SWT :

Katakanlah : perhatikanlah apa yang ada di langit dan dan di bumi (yunus:101)

Katakanlah : sesungguhnya aku hendak memperingatkan kepadamu suatu hal saja,iaitu supaya kamu menghadap Allah kemudian kamu pikirkan muhamad (saba:46)

Orang yang mengingkari nikmat akal fikiran,tidak mempergunakannya sesuai dengan tujuan penciptaannya,dan melupakan ayat-ayat Allah bererti menempatkan diri di tempat yang hina dan tercela.

Sebagaimana firman Allah SWT :

Dan banyak sekali tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi dan mereke melaluinya,sedang mereka berpaling daripadanya.

( yusuf : 105)

Tidak memfungsikan akal dapat menurunkan derajat manusia ke tingkatan yang lebih rendah dari derajat binatang.

Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia,mereka mempunyai hati tetapi tidak di pergunakannya untuk memahami(ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi)tidak dipergunakannya untuk melihat(tanda-tanda kekuasaan allah),dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakannya untuk mendengarkan(ayat-ayat Allah).mereka itu sebagai binatang ternak,bahkan mereka lebih sesat lagi,mereka itulah orang-orang yang lalai.

(al-araf:179)

















Tujuan berfikir

Diantara tujuan berfikir paling mulia yang dikehendaki islam adalah untuk membangkitkan akal dan memfungsikannya untuk merenung dan memikirkan sesuatu yang boleh memberi petunjuk kepada manusia agar memahami undang-undang kehidupan,hukum hakam yang berlaku bagi alam semesta dan berbagai hakikat segala sesuatu.

Ini supaya,petunjuk ini menjadi pemangkin yang dapat menyingkap tentang adanya pembuat dan pencipta ala mini,dan selanjutnya petunjuk ini akan menggerakkan fitrah yang berada di hati setiap manusia itu untuk membimbingnya kepada hakikat yang lebih besar lagi yakni mengenal Allah.

 
Related Posts with Thumbnails
© 2009 - menuju perubahan | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top