Showing posts with label pengalaman diri. Show all posts
Showing posts with label pengalaman diri. Show all posts

hikmah disebalik ketentuan Allah - 2

Manusia secara lumrah akan bersemangat dalam usha untuk mencapai segala kepentingan mereka , lebih-lebih lagi usha yang mereka nampak kesan dan kelebihannya.Bagi yang lebih mempercayai akan kekuasaan penciptanya,mereka akan cuba membalut dan menghiasi usha mereka dengan doa-doa yang indah serta tawakal yang tulus dan tiada putus.Buat golongan yang kurang bergantung dan lebih memandang kepada usha sendiri,maka kuranglah doa dan tawakal kepada Tuhannya.Bervariasinya rasa ketergantungan kepada Tuhan ini telah melahirkan bermacam-macam pandangan tentang peratus usha dan peratus doa dalam melangkah menuju cita-cita.Ada yang meletakkan usha dan doa sama peratusnya , ada yang mengatakan usha seharusnya melebihi doa dan sebaliknya.


Secara jelas usha yang dilakukan tidak mengurangkan langsung tahap tawakal manusia kepada Allah.


Kalau ditanya saya berapa pula peratus yang akan saya berikan kepada usha dan doa,senang saya katakan kedua-duanya adalah sama iaitu usha 100% dan doa juga 100%.Ini kerana kedua-kedua itu bergerak selari dalam kehidupan seorang hamba.


Posting kali ini adalah posting lanjutan dari perkongsian yang lepas.Semoga perkongsian kali ini dan lepas mampu memberikan serba sedikit pengajaran dan manfaat kepada kalian dengan izin Allah SWT.


Semasa menunggu tawaran dari Collage Royal Perak,abah meminta aku untuk menduduki entrance exam yang menawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Indonesia.Aku berasa terlalu berat untuk menerimanya kerana pada ketika itu sudah berbulan-bulan meninggalkan PASUM.Aku sudah lama tidak melihat buku,kalian boleh bayangkan bagaimana perasaan seorang pelajar yang baru habis dari peperiksaan.Sudah pasti banyak sekali formula-formula yang terlupa,bukan sengaja tetapi itulah hakikatnya.


Pada mulanya aku minta untuk tidak menerima pelawaan abah tetapi setelah abah katakan kita perlu bersedia dengan perkara-perkara yang bakal terjadi , secara tiba-tiba lembut hatiku untuk menerima keputusannya.Abah kata kita harus siap dengan jalan kedua kerana kita tidak tahu adakah jalan pertama yang kita lakukan akan berjaya .( kata-kata dari pakar motivasiku sejak kecil )


Sungguh berat untuk aku menanggungnya,pada waktu itu jugalah terlalu banyak urusan yang perlu aku selesaikan.Tambahan pula kawan-kawan aku juga sudah selesai foundation dan matriks,ini membuatkan ajakan teman-teman menjadi bertubi-tubi.Persediaan untuk entrance exam hanya beberapa hari,sehinggakan pada satu hari aku terpaksa membawa buku ketika bersama teman-teman.Aku tak dapat lupakan kenangan itu , terlalu berat bagi pelajar yang tidak terlalu rajin seperti aku.


Setibanya hari exam,baru aku tahu yang calculator tidak boleh dibawa.Terkejut aku,kerana ketika di PASUM aku masih menggunakan calculator sedangkan pelajar-pelajar KTT sebagai contohnya sudah lama membiasakan mengira tanpa menggunakan calculator (KTT memang ujiannya adalah di entrance exam,jadi mereka telah dibiasakan untuk tidak menggunakan kalkulator ).Pucat aku dibuatnya.Selesai sahaja exam aku terus pulang ke rumah dengan perasaan yang keliru,adakah aku mampu untuk lepas kelayakan yang dikenakan oleh pihak universiti disana. Sekarang ini aku menyimpan dua persoalan yang besar iaitu penerimaan Royal Collage Perak dan University Padjadjaran Indonesia.


Selang beberapa hari ,aku dikejutkan dengan berita tentang keputusan tawaran universiti di Malaysia ,lekas-lekas aku semak.Ternyata aku berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di USM.Sekali lagi aku kehairanan,mengapa aku masih tidak punya perasaan untuk kejayaan ini.Apakah rahsia disebalik semua ini.Kalian mahu tahu , pada hari itu jugalah hari pertama aku mendengar ucapan tahniah dari mulut abah.Sejujur aku katakan abah tidak biasa untuk semua ini,tetapi aku yakin kasih sayang beliau besar sekali,cuma beliau tidak suka disedari.Kadang-kadang sebahagian lelaki tidak pandai menzahirkan kasih sayangnya .Ini dibuktikan semasa aku terbangun dari tidur aku dapati abah perlahan-perlahan cuba untuk selimutkan kami adik beradik.Aku pura-pura tidak menyedarinya.



Abah terlalu gembira mendengar khabaran itu,beliau katakan anak-anaknya mahu mengikuti jejaknya.Beliau juga lepasan dari USM , kakak juga dari USM dan kini aku pula mendapat tawaran dari USM.Tetapi mengapa aku tidak berasa apa-apa ,mengapa ya Allah ,adakah ada kerang disebalik kuey teow.


Selang beberapa hari kemudian,tawaran dari Royal Collage Perak pun sampai ,sebagaimana yang telah aku ceritakan dalam posting sebelum ini.Dipendekkan cerita selama itu aku banyak bertanya dan merenung baik buruk setiap tawaran supaya aku berjaya membuat pilihan yang tepat.Akhirnya aku membuat keputusan untuk ke USM.Sesudah keputusan dibuat,aku mula menyiapkan segala kelengkapan untuk ke sana.Alhamdulilah selesai juga kerja-kerja packing barang ni , ketika itu juga telefonku berbunyi ,kelihatan seperti number baru ni.


Orang yang telefon : kamu lepas exam entrance tu dulu,dan sekarang kamu berjaya melanjutkan pelajaran ke universitas padjadjaran


Masa itu aku sekadar mendengar kerana kelengkapan telah aku siapkan untuk ke USM,mungkin rezeki aku di USM.Apabila aku memberitahu hal ini kepada abah dan mama,mereka turut gembira tetapi kegembiraan mereka ketika mendengar tawaran USM lebih besar dari yang ini.Aku juga sempat bertanya pada mama,mana yang lebih baik , mama kate USM la baik,takde jauh sangat.Kalau kita tanya pada ibu memang jawapan mereka begitu ,tetapi mengapa hati aku berat dan gelisah.


Malam sebelum aku harus bertolak ke USM,aku sempat merenung dan meneliti di manakah sepatutnya aku pergi.Malam itu aku mendapat satu kekuatan dan keyakinan tetapi aku tidak sempat untuk katakan apa-apa kerana terlena ( kemungkinan keyakinan ini akan aku kongsikan dalam posting yg akan datang ).Pagi sebelum bertolak aku beritahu abah yang aku tak jadi ke USM,aku pun tidak mengerti mengapa aku katakan begitu,hanya hati yang membuat mulut ku berbicara.Abah terus kata ,kau ni jangan main-main ,buat keputusan betul-betul(dalam keadaan agak mara dan memberontak ).Aku rasa bersalah sangat,aku tahu abah memang mengharapkan sangat aku ke USM tapi apa boleh buat.Abah macam serba tak kena,mungkin terlalu risau.


Tinggal beberapa hari sahaja lagi,passport dan sebagainya belum disiapkan.Mama telah bertungkus lumus menemani aku untuk menyiapkan passport dan menyelesaikan surat-surat dari MARA.Aku masih teringat lagi ketika membuat passport,proses pembikinan passport menjadi tergendala kerana kad pengenalan aku tidak boleh dibaca , sudah tentu perlu membuat kad pengenalan baru.Mama geleng kepala sahaja,masa sudah suntuk.Kenangan yang tidak boleh dilupakan juga,aku dan mama mencari teksi untuk ke pejabat pendaftaran.Hati aku seakan-akan berkata mengapa begitu sukar untuk aku selesaikan urusan ini.Terharu dan sayu juga aku dibuatnya,melihat keadaan mama dan abah.(ampunkan anakmu ini yang tidak sudah-sudah menyusahkan kalian )



Diringkaskan cerita,akhirnya aku sampai juga ke Indonesia.Berat sekali rasa hati kerana perlu berjauhan dengan orang-orang yang aku sayang , namun aku harus tabah.Aku berasa sedikit kuat apabila seorang kenalan ku selalu menasihati dan memberi semangat yang tidak putus-putus walaupun aku tahu beliau sangat berat di atas pemergianku.Aku amat hargai jasa baikmu.


InsyaAllah pada posting yang akan datang saya akan berkongsikan sedikit lagi tentang kondisi saya sesampainya di Indonesia,dan ujian-ujian yang terlalu banyak yang Allah sediakan buat menguji keimanan hambaNya.


Kesimpulannya ,manusia hanya boleh berusha ,berdoa dan tawakal dalam mencapai sesuatu yang dihajatinya,tetapi jika Allah SWT telah menetapkan sesuatu ,tidak siapa pun mampu mengubahnya walaupun seluruh manusia bergabung tenaga.


Jika kita sudah memenuhi tanggungjawab kita sebagai seorang hamba maka kita serahkan semuanya pada Allah SWT.Sebagaimana kisah di atas,saat genting dan segala kelengkapan tidak mampu membawa saya ke USM jikalau takdir sudah menetapkan tidak.Tetapi saya yakin pada Allah SWT,apabila kita telah berusha,berdoa dan tawakal maka insyaAllah pengakhirannya baik selagi kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT.Kalau pun tidak baik ini hak Allah ke atas diri hambaNya,sememangnya kehidupan ini memang satu tempat yang Allah jadikan untuk menguji siapakan yang paling baik amalannya.


Perhitungan Allah itu maha luas dan sesekali tidak sama dengan perhitungan manusia.Manusia sering kali dipengaruhi oleh persekitaran dalam membuat suatu andaian dan jangkaan.Manusia akan cuba memberikan yang terbaik kepada orang yang disayanginya tetapi Allah akan memberikan seberapa banyak ujian kepada hamba yang disayangiNya.Ujian dari Allah itu bukanlah bermaksud satu kesusahan malah sebenarnya satu medium untuk meningkatkan derajat hamba-hambaNya.Allah ingin menyiapkan mereka supaya menjadi manusia yang lebih baik.


InsyaAllah masih ada satu posting lagi untuk kisah ini.Semoga setiap perkongsian ada manfaat dan maafkan saya jika dalam perkongsian ini terdapat banyak kelemahan.

Hikmah disebalik ketentuan Allah

Perkongsian kali ini adalah perkongsian julung kali yang menceritakan pengalaman saya sendiri.Perkongsian sebelum ini kalau diteliti hanya terhad di sudut ilmiyah sahaja ,insyaAllah kali ini kita perbaharui dengan berkongsikan sedikit realiti dalam kehidupan sendiri.

Harapan saya,walaupun mesej dari perkongsian ini tidak sama bagi setiap pembaca,kerana setiap insan mempunyai sudut pandang yang berbeza tetapi apa-apa pun diharap perkongsian yang serba kekurangan ini mampu untuk memberikan manfaat.

Selepas tamat pembelajaran di Pusat Asasi Sains Universiti Malaysia , orang tua ku mengharap agar aku boleh meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi di bidang perubatan.Semasa itu berlaku pergelutan kecil antara aku dan orang tua ku.Kerjaya dokter ini tidak begitu menyenangkan aku kerana dengan beberapa alasan.

Antara alasan yang aku kemukakan :
  • takut darah
  • terlalu kasihan sampai nanti tak boleh rawat pesakit
  • tak suka dengan bekerja di dalam hospital ,mahu keluar-keluar juga sebab aku jenis tak boleh duduk diam
  • dan macam-macam lagi

Tetapi yang menghairankan aku mengapa begitu mudah untuk mereka menjawab.Apa jawapan mereka.

Tenang sahaja,semua itu boleh dilatih nanti.

Aku diam sahaja.Selepas itu tidak cukup dengan alasan tadi ,aku menambah lagi.Kali ini aku berharap agar mereka tidak mampu menjawab.

Kalau boleh tak mahu kerja yang balik lewat dan tidak tersusun jadualnya,sebab nanti rasa kasihan pada keluarga sendiri,lebih-lebih lagi pada orang yang setia menunggu di rumah nanti.Maksudnya bukan jiwa saya untuk kerjaya sebegini.

Kalau orang tua aku mahu menjawab rasanya mereka boleh menjawab,tetapi mereka adalah jenis yang tidak suka memaksa.Seandainya mereka lihat ada unsur-unsur paksaan dalam permintaan mereka, mereka akan berdiam dan menjawab.

Yelah,kalau kau nak..kau nak la..(jawapan common dari mama tercinta)

Allah maha mengetahui lebih dari aku mengetahui.

Pada waktu itu adalah fasa menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.Harapanku ingin memasuki Universiti Malaya kerana faktor dekat dan sudah biasa dengan selok beloknya.Dalam ketenangan itu tiba-tiba datang satu surat tawaran yang diminta untuk ditemuduga.Aku lihat tawaran ini dari Universiti Perubatan Royal Collage.Lebih mengejutkan aku lokasi universiti ini terletak di Ipoh perak.Ah sudah,tentu orang tua aku setuju sebab kami orang Perak.Kalau ada apa-apa kau balik kampung sahaja ( aku agak aje jawapan ini tapi benar-benar terjadi )


Aku setuju untuk pergi.Sehari sebelum bertolak tiba-tiba abah mengajak aku untuk membeli baju.Mereka tahu yang aku ini tiada baju kemeja.Apabila suda sampai di tempat baju-baju :

Abah : Kau ade baju tak

Aku : Pakai amin punye sudah (amin adik aku yang sangat tenang dalam hidupnya)

Abah : Kau beli seluar saje lah.

Akhirnya pergi ke sana hanya membeli seluar sahaja.Ini rasanya pertama kali abah membawa aku membeli barang-barang macam ini kerana sebelum ini mama yang belikan.Terharu.

Sepanjang perjalanan ke Ipoh abah menerangkan aku tentang procedure-procedure ketika sesi temuduga.Aku ingat abah akan terang itu sahaja tiba-tiba sampai cara menjawab sekali.Akhirnya kami mencari soalan yang berkemungkinan akan ditanya ( mirip-mirip soalan sport la ni) dan abah cuba menjawab secara ilmiah.Jawapan yang abah berikan sangat mantap,mungkin pengalaman bekerja sebagai anggota Badan Pencegah Rasuah dan sekarang sudah menjadi pengarah di bahagian Tata Tertib membuat beliau arif dalam ayat-ayat untuk mempengaruhi ( saiko ) orang.Abah sudah siap-siap terjemahkan ke dalam bahasa inggeris atas faktor lemahnya aku dalam bahasa inggeris ketika itu,tapi sekarang pun biasa-biasa juga.Ini balasan menolak ajakan kakak dulu ketika dia mengajak untuk belajar bahasa inggeris bersama.Maafkan saya kakak.( boleh ambil iktibar ni )

Sedar-sedar kami sudah sampai di Ipoh,terkejut aku dibuatnya.Kiranya sepanjang perjalanan tadi aku habiskan masa berbincang dengan abah.Kami bermalam di rumah makcik yang berada di Ipoh.Aku terharu kerana dapat tidur disebelah abah( sebelum ini takut-takut ).Aku susah untuk lelapkan mata kerana berfikir untuk hari esok.


Hari esok suda tiba , sedar-sedar abah yang saterika baju aku,dengan tali leher pun diseterikakan juga.Sekali lagi terharu.Sampainya di Royal College Perak , ramainya manusia yang akan ditemuduga.Keadaanku makin panik.Ini pertama kali ditemuduga secara formal (sebelum ini disekolah macam main-main aje).Dipendekkan cerita semasa aku sedang ditemuduga,soalan-soalan yang diajukan dari dua orang dokter ini seakan-akan sama dengan soalan-soalan yang telah abah berikan.Dengan pantasnya aku copy paste sahaja apa yang abah sudah terangkan.Mereka juga melihat sijil-sijil yang telah aku sediakan di atas meja.Kadang-kadang mereka senyum kadang-kadang air muka mereka mengerikan.


Tak disangka-sangka tiba-tiba mereka bertanya , do you like to read newspaper .Kalian tahu tak apa aku jawab.Mestilah YES , sebab abah menyuruh aku yakin dan cuba mempengaruhi hati mereka dengan menggunakan apa yang ada termasuklah impresi muka .Abah kata mesti impress-impress.OK.If you like to read,can you tell me what are the news that happen in Vietnam about 3 month ago.Aku diam seketika dan membalas.Dokter, boleh saya terangkan , actually im only interested to read the sport news but I will train and force my self to read all of news in newspaper.Saya tahu seorang dokter perlu menyiapkan diri mereka dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan. ( sempat lagi dengan kata-kata manis ).

Ingatkan selamat tapi kene marah juga.Selepas itu mereke beri banyak nasihat untuk terus maju.Aku rasa lama sangat.Bila aku keluar semua di luar kehairanan,mengapa terlalu lama.Kebanyakan orang dalam 15 minit tapi aku kene 40 minit.Dalam perjalanan pulang aku beritahu abah apa soalan-soalan yang ditanya.Abah terus memuji diri beliau yang memang patut diberikan pujian,tetapi abah nampak cemas bila aku keluar dari bilik temuduga tadi.( aku sedang tafsirkan sesuatu mengapa wajah abah begitu cemas ketika itu ).

Abah beritahu student yang akan terpilih untuk masuk ke college itu terlalu sedikit dalam 20-30 orang tetapi yang datang interview tersebut dalam ratusan student.Aku kate pade abah mana mungkin aku dapat,bahasa inggeris pun tunggang langgang dan ruang pun sangat terhad.Abah diam sahaja.

Selang beberapa lama abah meminta aku untuk pergi mencuba entrance exam pula.Jika lepas exam itu aku akan berpeluang ke Indonesia untuk melanjutkan pelajaran di Universitas Padjadjaran dalam bidang perubatan.Nak menjawab tapi mukanya garang ( menakutkan ).Rasanya untuk aku ceritakan pengalaman dalam menduduki entrance exam ini akan dikongsikan dalam posting yang akan datang.

Selama beberapa hari akhirnya surat sampai ke rumah.Belum sempat aku lihat rupa-rupanya abah dah buka dan beritahu yang aku dapat tawaran memasuki college perubatan itu dengan biasiswa MARA.Orang tua aku nampaknya gembira tetapi aku masih lagi tidak punyai perasaan.

Kesimpulannya ,berkat doa dan pengorbanan abah dan mama serta izin Allah SWT membuatkan aku berjaya mendapat twaran dalam bidang perubatan yan orang tua ku harapkan.Tetapi adakah aku berjaya melanjutkan pelajaran disana dan bagaimana cerita di sebaliknya.InsyaAllah akan diteruskan dalam posting-posting yang akan datang.

Banyak sebenarnya pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini.Dari sudut faktor-faktor yang menghambat seseorang dari menguasai bahasa Inggeris ( tolak ajakan kakak ) sehingga ke pengorbanan ayah dan ibu (tidur bersama dan saterika tali leher ) jelas tergambar di dalam kisah sebentar tadi.

Renung-renungkan dan semoga berjaya mengambil pengajaran dan manfaat.
 
Related Posts with Thumbnails
© 2009 - menuju perubahan | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top