Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Pengalaman menjadi atlet alimpaido

Minggu lepas saya dan teman-teman berpeluang terlibat dalam satu majlis sukan rakyat jawa barat yang dikenal sebagai alimpaido.



Terlalu banyak kenangan suka dan duka yang terjadi dalam menjayakan program tersebut.


Antara kenangan manis yang boleh dikenang adalah ketika dilaungkan kontinjen Malaysia turut hadir dalam menjayakan sukan ini.Kami dijemput bertujuan memeriahkan majlis.Sepatutnya china dan korea juga turut serta tetapi mungkin takut kalah,mereka tidak hadir di hari perlawanan.


Sebelum acara bermula,atlet alimpaido Malaysia sudah bertubi-tubi menyarankan agar kita balik sahaja.Ada yang mengatakan takut memalukan negara.Sampai masa yang ditunggu-tunggu dan diminta untuk berada di garisan mula,atlet alimpaido Malaysia sudah bersepah-sepah dan tidak tentu arah.Ada yang baru tukar pakaian dan ada juga yang mengatakan ‘mari kita memalukan diri di khayalak ramai’.

Negatif sungguh semangat atlet Malaysia.


Walaupun penilaian negatif telah diajukan tetapi dengan kuasa dan izin Allah,atlet Malaysia telah berjaya mengharumkan nama Negara dengan memenangi pusingan yang pertama.


Terima kasih kepada atlet kita dan shukur kepada Allah yang tidak terhingga.


Malaysia boleh !









Bersemangat atlet Malaysia menempuh liku-liku dalam pertandingan tersebut.Motor kecil yang sewajarnya ditunggang oleh anak kecil sekitar 7-8 tahun telah dirosakkan oleh seorang atlet Malaysia.Tempat pemegangnya tertanggal ketika pertandingan,tetapi dengan semangat Malaysia boleh,Dia cuba memasang semula dan berusaha meneruskan perlumbaan.



Terlalu banyak kenangan yang boleh diceritakan di dalam pusingan pertama ini,tetapi cukuplah sekadar itu,kerana mungkin penceritaan yang dalam nanti memalukan atlet kita sendiri.



Setelah pusingan pertama,nampaknya atlet Malaysia sudah mula yakin dengan upaya sendiri.


Bermulanya pusingan kedua,nampaknya musuh kita dari Sulawesi utara juga agak handal dalam bermain sukan rakyat.Pasukan Malaysia agak tertekan,hanya mendahului sedikit sahaja di hadapan lawan.Dengan izin Allah dan sokongan rakan seperjuangan seorang atlet Malaysia dalam acara menembak telah berjaya menjatuhkan objek sasaran dengan sekali tembakan sahaja.Dari situlah kemenangan Malaysia buat kali kedua tercapai.



Dengan kemenangan itu layaklah kontinjen Malaysia untuk memasuki pusingan seterusnya yang akan dijalankan keesokan harinya.


Sekali lagi Malaysia Boleh !


Sekarang saya akan menceritakan pula kenangan duka yang saya dapatkan sepanjang acara tersebut.Saya mula dengan ucapan alhamdulillah,tanda syukur saya kepada Allah akibat dari ujian yang diberi.


Pertama,atlet-atlet Malaysia kebanyakannya mengalami cedera ringan akibat dari kelalaian sendiri dan juga keterlanjuran pihak lain.Keterlanjuran yang saya maksudkan itu boleh saya definasikan begini.Ada satu acara ini yang permainannya melibatkan dua biji batu.Satu batu diletakkan di atas kaki dan perlu ditujukan ke satu batu lagi sebagai sasaran.Atlet-atlet Malaysia ketika itu berada dihadapan mereka untuk sesi latihan.Batu-batu yang dituju itu jikalau sedikit terlanjur akan mengenai kaki-kaki kami.Ini yang saya maksudkan keterlanjuran dari pihak lain.


Kenangan yang paling saya tidak boleh lupakan adalah ketika dalam perjalanan ke sana pada hari ke dua sukan alimpaido.Ketika itu jalan sesak,memang susah untuk bergerak.Tiba-tiba motor yang ditunggang saya dihimpit oleh sebuah kereta dan sebuah lori kecil.Dengan izin Allah kaki saya yang diletakkan di atas tanah itu dilenyek oleh lori kecil tadi.Pada mulanya sekadar rasa panas,lama-kelamaan rasa sakit yang dinanti-nanti itu muncul juga.Saya bershukur kerana yang terkena gilingan tayar itu adalah kaki saya bukannya kaki teman dibelakang.


Inilah serba sedikit perkongsian cerita ketika berpeluang menjadi atlet Malaysia dalam sukan rakyat alimpaido Jawa Barat.


Sayangnya GEBU

Petang tadi saya ke rumah adik junior di Cikuda.


Cantik sungguh pemandangan rumah mereka.Tanah tinggi dan berangin,nyaman rasanya.


Saja habiskan masa petang dengan hal yang menguji kesabaran (memancing).


Kami memancing belakang rumah mereka.Yang jadi sabar itu apabila tarik umpan rasa berat macam ikan tapi realitinya hanya lumut dan sampah.


Rasanya ikan-ikan itu semuanya sudah kenyang.Mana tak kenyang dari pagi lagi mereka suda bertenggek disitu.


Tambahan pula makanan-makanan yang tak habis juga dibuang di dalam kolam,jadi sumber rezeki utama bagi ikan-ikan.


Budak-budak ni senang ,nak mancing dari tingkat atas pun boleh.Baling je umpan.Tunggu sampai ikan sentap (rumah atas kolam).


Mudah-mudah.


Untuk pengetahuan sudah 3 hari mereka makan ikan bakar hasil dari memancing.Mengapa mereka boleh bertahan,sebab 3 hari itu juga mereka telah latih kesabaran hati dan nurani.


Nasi yang masuk ke dalam mulut mereka juga dimasak oleh ibu rumah (bertuah).


Pendek kata kehidupan mereka kini sungguh bahagia.Tak seperti junior –junior saya dulu di asrama


Tengah bakar ikan,aku boleh larikan diri sebentar ke rumah senior ni.Dah lame tak jumpe dia.Walaupun takut kedatangan kita ni dihalau tapi tak tahu mengapa kaki ini terus melangkah dan melangkah.


Ketika di rumah senior terjadi satu peristiwa yang manis sangat.


Kami dikejutkan oleh kehadiran satu makhluk Allah SWT yang sangat indah.


Kebetulan malam tu angin kuat.Pintu yang tidak tertutup rapat dipukul oleh gelora angin malam.


Adengan itu seperti dirancang untuk menyerikan malamku yang sepi lagi dingin.


Ini kali pertama saya lihat kecantikan itu.


Pada masa itu fikiran saya melayang jauh mengenangkan dirinya yang suda meninggal 3 tahun lepas.


Terus saya beri namanya dengan panggilan GEBU (Nama kasih saya ketika masih hidup)


Hati ini rindu sekali .Terus saya dukung dan letak di atas riba.GEBU menggeliat manja di atas ribaan yang penuh dengan rasa kasih.



Seronoknya..



Kegembiraan itu melupakan saya tentang ikan bakar,tapi yang jelas kalau diberi pilihan memang saya tak pergi dah ke sana.


Hilang segala kekusutan kala itu.Bagaimana ada manusia yang sanggup mencederakan kaum mereka.


Semestinya hati nurani mereka sudah tiada di dalam jiwa.


Nabi sampai koyakkan bajunya kerana tidak mahu menggangu kucing yang sedang tidur di atas bajunya.Mulia betul akhlaknya.


Jamal(senior) banyak kali nasihatkan saya ni kucing orang nak buat macam mana.


Saya banyak beri alasan,mungkin dia dah lari jauh,tuan dia biarkan dia,takda orang jaga dia dan banyak lagi.Jawapan itu hadir disebabkan terlalu berharap pada GEBU.


Apakan daya.Sedih pula nak tinggalkan,semoga berjumpa lagi dengan GEBU.



Pesanan saya pada GEBU


  • Disebabkan GEBU betina jadi kena jaga diri betul2

  • Jangan main2 kotor nanti comot.

  • Kalau ingat jalan balik kena balik rumah cepat2.

  • Jangan lupa ziarah saya ye.

  • Nanti di syurga main sama saya ye GEBU (doakan saya masuk dulu)


TATA GEBU..

Bukan sekadar paduan




Saya amat berminat dengan seni paduan suara.

Boleh dikatakan setiap hari akan mendengar paduan suara yang sering dikatakan sebagai voicing.

Sampai membuatkan seorang kawan saya ni sudah tak tahan,mungkin terlalu kagum atau terlalu geli.

Mula berjinak dalam seni ini ketika di sekolah lagi.

Kalau kawan-kawan bertanya macam mane nak buat suare2 tu.Saya jawab ia lahir dari ketulusan hati.hehe : )

Kene banyak dengar.Nanti insting tu datang.

Secara generalnya voicing yang simple akan ada beberapa jenis suara.



1.lead ( kita panggil basic aje atau solo )

2.second (istilah saye aje-suara yang agak tinggi )

3.third (ni agak rendah )

4.Base (ni paling rendah )

Sebenarnya ada banyak lagi jenis2 nya,setiap satu itu ada pecahannya,mengikut kreativiti masing-masing.

Dalam duk seronok2 merakam suara tibe2 membuatkan saya terfikir pada keindahannya.
Keindahan ni terhasil dari gabungan suara2 yang lain.Suara biasa saja tidak cukup untuk membuatkan ia seram sejuk ketika mendengarnya.

Dulu selalu beri contoh,paduan suara ni ibarat kertas yang berlubang-lubang.Suara-suara yang berbeza tu sebenarnya kertas-kertas yang berfungsi untuk menampung lubang-lubang pada kertas asal.

Tujuannya nak menutup kekurangan pade suara asal tadi.

Bila direnung-renungkan banyak sekali pengajaran yang boleh diambil.Hanya mahu atau tidak untuk mengangkat firman Allah yang berbunyi :

“Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi ...”

Dalam paduan suara pun boleh kita kaitkan dengan kebesaran Allah.

Paduan suara ni saling lengkap melengkapi

Dalam Islam menekankan hal ini.

Sebagai contoh,solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu.Ia amat dituntut kerana ibadah ini dapat menutup dan menampung kekurangan di dalam solat fardhu.

Saya ingat satu hadis Rasullulah SAW :

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah:

Sesungguhnya Allah berfirman:

“..Tiada seorang pun daripada hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu lebih Aku cintai daripada ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Di samping itu, hendaklah sentiasa bertaqarrub kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga aku mencintainya.. “

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Berkemungkinan solat sunat yang mengiringi solat fardhu itu membuatkan ibadah kelihatan indah seperti voicing tadi.

Yang akhirnya memikat hati Allah untuk mendapatkan cintaNya.

Banyak lagi jika mahu direnungkan.Konsep bekerjasama juga boleh dijadikan contoh dari paduan suara.

Kelebihan orang lain akan menutupi kelemahan kita.

Konsep paduan juga adalah satu konsep sinergi iaitu penghasilan satu momentum yang lebih kuat dari momentum sebelumnya.

Itulah sebab pada paduan suara yang betul2 sebati,tulus dan ikhlas ia seperti gabungan berpuluh-puluh suara.

Sebagai contoh sinergi : 1 + 1 = 3 atau lebih

Ini juga terbukti dalam usha bekerjasama.

Saling lengkap melengkapi.

Rasa macam nak letak rakaman paduan yang saya buat tapi..(malu)

Yang jelas.

Paduan suara bukan sekadar paduan.Mari hayati lagi.

Hari kematian VS Hari peperiksaan


VS





Syukur kepada Allah kerana masih lagi memberi sedikit kekuatan untuk menulis dan berkongsi walaupun dalam kondisi serba tidak kena (dimana hari-hari tenang telah bertukar menjadi detik-detik yang mencemaskan).

Sebagai seorang pelajar apakah yang mampu mencemaskan kehidupannya walaupun dia dianggap sebagai manusia yang paling tenang di atas muka bumi ini.

Tidak lain dan tidak bukan ia adalah hari dimana manusia akan mula mendekatkan diri kepada Allah,yakni hari peperiksaan.

Apabila sampai kepada hari yang saya maksudkan,sejadah lebih sering dibentangkan dan alunan suci ayat Quran juga mula kedengaran.


Debaran exam yang dirasai telah menyumbangkan idea untuk penulisan dan perkongsian kali ini.

Saya sangat suka menggunakan hari peperiksaan ini sebagai perumpamaan dalam mengukur tahap keimanan sehari-hari.

Manusia ini cenderung dan mudah untuk memahami sesuatu perkara hasil dari pemerhatian dan pengalaman mereka.Ini yang membuatkan ayat Al-Quran banyak dihiasi dan dimampatkan dengan perumpamaan-perumpamaan yang baik.

Pada perkongsian yang lepas,hari peperiksaan juga telah menjadi satu perumpamaan untuk kita mengenal erti iman.

Erti iman disini bermaksud suatu kepercayaan dalam diri yang mampu membawa tubuh seseorang dalam merealisasikan apa yang diyakini.

Bagaimana sikap malas kita sehari-hari mampu membuatkan minggu-minggu terakhir sebelum hari peperiksaan diceriakan dengan susunan buku dan kertas tutorial yang bertebaran disana-sini.

MENGAPA INI SEMUA BOLEH TERJADI

Dalam buku yang ditulis oleh Said Hawwa yang berjudul Tazkiyatun Nafs telah dibincangkan mengenai satu konsep kehidupan yang terdiri daripada unsur-unsur kecil yang dinamakan sebagai muraqabah,muhasabah,mujahadah dan mu’aqabah.

Hati manusia ini memerlukan ikatan janji harian bahkan saat demi saat untuk memastikan manusia sentiasa berada di jalan yang benar.Jika manusia tidak mengikat jiwanya dengan ikatan janji maka mereka akan mendapati diri mereka banyak menyimpang dan hati mereka akan keras dan lalai.

Dari sinilah terbitnya sarana penyucian jiwa yang telah dipegang teguh oleh para ahli yang berusaha untuk mencapai keredhaan Allah.

Perumpamaan hari peperiksaan dengan konsep ini juga sebenarnya banyak persamaan.Saya tertarik untuk mengambil konsep muhasabah dan mu’aqabah untuk dibincangkan .

Muhasabah

Muhasabah bermaksud menilai keadaan diri untuk mencari kejelasan apakah bertambah atau berkurang potensi diri.

Muhasabah juga bermaksud memeriksa dan evaluasi .

Dari Syadad bin Aus r.a. dari Rasulullah saw., bahwa beliau berkata, ‘Orang yang pandai adalah yang menghisab (mengevaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt.

(HR. Imam Turmudzi, ia berkata, ‘Hadits ini adalah hadits hasan’)

Hadits di atas dibuka Rasulullah dengan sabdanya, ‘Orang yang pandai adalah yang mengevaluasi dirinya (muhasabah ) serta beramal untuk kehidupan setelah kematiannya.

Jika ditinjau dari sudut kehidupan seorang pelajar juga terdapat persamaan ini.

Seorang pelajar sering memikirkan potensi diri dan menjalankan usha-usha untuk menambahkan keupayaan mereka.Dengan kata lain mereka selalu bermuhasabah.Mereka juga bukan sekadar bermuhasabah malah melaksanakannya seperti belajar,berbincang,memahami dan menghafal.

Mereka mampu melakukan kerana mereka sangat beriman kepada hari peperiksaan,maka jadilah mereka pelajar-pelajar yang pandai.

Jika direnung,sikap mereka sama seperti hadis yang mengatakan orang yang pandai adalah yang menghisab (mengevaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian.

Saya hanya perlu membuat sedikit pembetulan iaitu pelajar yang pandai adalah pelajar yang selalu menghisab (mengevaluasi) dirinya serta belajar untuk peperiksaannya kemudian hari.Saya berharap konsep muhasabah dalam diri seorang pelajar ini jelas difahami oleh kalian.Bagaimana pula dengan konsep mu’aqabah.

Mu’aqabah

Mu’aqabah pula bermaksud menghukum diri atas segala kelalaiannya.

Betapa pun manusia muhasabah jiwanya,ia tetap tidak terlepas dari pelbagai kemaksiatan,maka seharusnya jangan dibiarkan begitu sahaja.Jika jiwa itu dibiarkan begitu sahaja ,ia akan mudah melakukan kesalahan dan merasa senang dengannya sehingga sulit dipisahkan,maka hukuman sangat wajar dilaksanakan.

Sebagaimana hadis Abu Thalhah ketika kekhusyukan hatinya dalam solat terganggu oleh seekor burung di kebunnya,lalu ia menyedekahkan kebun itu sebagai penebus kesalahan .Dan sebagaimana juga Umar r.a. memukul kedua kakinya dengan cemati setiap malam seraya berkata, ‘ apa yang telah kau perbuat hari ini ‘.

Demikianlah orang-orang yang bersikap tegas dalam memberikan hukuman kepada diri mereka.

Kehidupan seorang pelajar yang pandai juga tidak terlepas dari konsep ini.Saya melihat segelintir pelajar selalu menghukum diri dengan alasan supaya tidak menyimpang terlalu jauh dari matlamat mereka.Saya terharu dengan sikap ini.Mereka seperti Abu Thalhah dan Umar r.a. ,cuma perbezaannya adalah apa yang diperjuangkan oleh mereka.

Jikalau Umar r.a. memukul kakinya menggunakan cemati akibat memikirkan apa yang telah diperbuat hari ini,seorang pelajar juga sanggup memukul kepalanya dengan menggunakan buku dan pen akibat tidur di siang hari.Sekali lagi mereka ada persamaan tetapi yang membezakan adalah misi perjuangan.

Alangkah baiknya jika pelajar ini mampu mengadakan konsep muhasabah dan mu’aqabah dalam meyakini kepastian datangnya hari kematian.Semestinya tindak tanduk kita akan menyerupai Abu Thalhah,Umar dan sahabat-sahabat yang lain.

Hari kematian itu adalah hari yang tidak diketahui oleh sesiapa dan sepatutnya menjadikan kita bimbang dan lebih berusaha berbanding usha-usha sempena hari peperiksaan.Apakan daya, mungkin keyakinan pada hari peperiksaan lebih dititik beratkan berbanding hari kematian,sehingga mengaburi mata kita dari kebenaran.

-Semoga bermanfaat-

Beautiful story.May our hearts open by it








An old man lived on a farm in the mountains of eastern
Kentucky with his young grandson.

Each morning Grandpa was up early sitting at the
kitchen table reading his Qur'an.

His grandson wanted to be just like him and tried to
imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read
the Qur'an just like you but I don't understand it,
and what I do understand I forget as soon as I close
the book.

What good does reading the Qur'an do?'

The Grandfather quietly turned from putting coal in
the stove and replied, 'Take this coal basket down to
the river and bring me back a basket of water.'

The boy did as he was told, but all the water leaked
out before he got back to the house.

The grandfather laughed and said, 'You'll have to move
a little faster next time,' and sent him back to the
river with the basket to try again.

This time the boy ran faster, but again the basket was
empty before he returned home.

Out of breath, he told his grandfather that it was
impossible to carry water in a basket, and he went to
get a bucket instead.

The old man said, 'I don't want a bucket of water; I
want a basket of water.

You're just not trying hard enough,' and he went out
the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he
wanted to show his grandfather that even if he ran as
fast as he could, the water would Leak out before he
got back to the house.

The boy again dipped the basket into river and ran
hard, but when he reached his grandfather the basket
was again empty.

Out of breath, he said, 'See Grandpa, it's useless!'
'So you think it is useless?' The old man said, 'Look
at the basket.'

The boy looked at the basket and for the first time
realized that the basket was different.

It had been transformed from a dirty old coal basket
and was now clean, inside and out.

'Son, that's what happens when you read the Qur'an.
You might not understand or remember everything, but
when you read it, you will be changed, inside and out.

That is the work of Allah in our lives.'

Ucapan Tahniah Buat Hamba Yang Diuji





Senang, bahagia, suka cita, sedih, kecewa dan duka cita adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Ketika mendapatkan sesuatu yang menggembirakan dari kesenangan-kesenangan dunia maka dia akan senang dan gembira. Sebaliknya ketika tidak mendapatkan apa yang diinginkan maka dia merasa sedih dan kecewa.

Setiap manusia yang menjalani kehidupan di dunia ini pasti mempunyai ujian dan rintangan yang setara dengan kemampuannya.

Umat Islam perlu bersyukur dan tidak memutuskan untuk lari dari musibah tetapi selayaknya menjalankan usha-usha untuk menyelesaikannya.

Mengapa kita perlu bershukur dengan ujian yang telah Allah berikan.

Mari kita renung kisah ini:

Suatu ketika, Rasulullah SAW, Abu Bakar, Umar dan Uthman berkunjung sebagai tetamu ke rumah Ali. Di sana mereka dijamu oleh Fatimah, puteri Rasululllah SAW sekaligus isteri Ali bin Abi Thalib. Fatimah menghidangkan untuk mereka semangkuk madu. Ketika mangkuk itu diletakkan,sehelai rambut jatuh melayang dekat mereka. Rasulullah SAW segera meminta para sahabatnya untuk membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut, iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar yang mendapat giliran pertama segera berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar segera berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Rajanya lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Seterusnya disambung oleh Uthman,Ali,Fatimah dan Rasullulah.Akhirnya,Allah SWT sendiri membuat perumpamaan dengan firmanNya dalam hadis Qudsi, "SyurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu. Nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu dan jalan menuju ke syurgaKu lebih sulit dari meniti sehalai rambut"

Mari kita renung perumpamaan yang Allah berikan.Allah mengatakan jalan menuju syurgaNya lebih sulit dari meniti sehelai rambut.Saya ingin bertanya pada teman-teman.Adakah meniti di atas sehelai rambut itu suatu yang boleh dilakukan.Bagi saya ia suatu yang mustahil.Perkara yang luar biasa untuk dilakukan sebagai seorang manusia.

Imposible.

Jadi, jikalau imposible mengapa Allah mengatakan begitu.Allah SWT tidak akan berkata perkara yang tidak ada kepentingan buat manusia.Kata-kata Allah adalah suatu pesanan yang penuh hikmah dan mustahak.

Teman-teman,

Bukanlah meniti di atas sehelai rambut yang mustahak untuk dibincangkan tetapi kesusahan dan keperitan yang ditanggung semasa meniti sehelai rambut yang patut kita rasakan.

Sebagai seorang manusia kita tidak akan mampu untuk meniti di atas sehelai rambut yang begitu halus dan rapuh.Keupayaan untuk meniti dari sudut jasmani tidak akan mampu dilaksanakan oleh manusia tetapi kesusahan dan penderitaan dari aspek rohani mampu dirasakan manusia.

Ucapan saya ini mungkin boleh difahami dari riwayat Al-Bukhari :

Abu Bakar mengatakan: "Anda adalah seorang pemuda yang tangkas, aku tidak meragukan kemampuan anda. Anda adalah penulis wahyu dari Rasulullah SAW. Oleh karena itu telitilah Al-Our'an dan kumpulkanlah....!" Zaid menjawab: "Demi Allah andaikata aku dibebani tugas untuk memindahkan gunung tidaklah akan berat bagiku jika dibandingkan dengan tugas yang dibebankan kepadaku ini".

Zaid bin tsabit juga seorang manusia seperti kita,tidak mungkin fizikalnya mampu untuk menanggung bebanan yang begitu luar biasa.Sekali lagi saya katakan ia mustahil untuk dikerjakan.Kesusahan sebenar yang ditanggung Zaid adalah keperitan rohani(jiwa) dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Inilah antara alasan atau jawapan mengapa Zaid bin tsabit adalah salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga.Perasaan susah yang ditanggung Zaid bin tsabit telah bertempatan dan sesuai dengan apa yang telah diucapkan oleh Allah dalam kisah sebentar tadi.

Meniti di atas sehelai rambut dan berasa seperti dibebani dua buah gunung sebenarnya mustahil untuk dikerjakan dan boleh kita kelaskan dalam kelompok yang sama.Jadi.tidak hairan mengapa Zaid bin tsabit adalah seorang yang dijamin ke syurga Allah SWT.

Kesimpulannya,setiap manusia di dunia ini wajib berasa perit dan susah dalam menjalani kehidupan seharian supaya manusia ini layak untuk memasuki syurga yang telah Allah janjikan.Ucapan tahniah dan tahniah patut kita berikan kepada teman-teman yang sering diuji Allah.Ini kerana Allah SWT telah menghampirkan mereka kepada syurgaNya.

Bagi mereka yang masih berasa senang dan langsung tidak pernah berasa susah dalam melaksanakan suruhan dan larangan Allah sepatutnya perlu berwaspada dan bermuhasabah.Takut-takut Allah tidak mahu menjadikan kita hamba-hamba pilihan yang mampu memasuki syurgaNya.

Kita tidak akan masuk ke syurga Allah selagi kehidupan kita ini tidak diuji dengan bebanan yang setimpal dengan perumpamaan yang telah dijelaskan Allah.Saya berharap dengan perkongsian yang banyak kekurangan ini mampu mengubah persepsi kita untuk bersemangat dalam mengharungi segala ujian dan rintangan yang Allah berikan.

Semoga bermanfaat.

Alhamdulillah...masih ada atas dan bawah



Perkongsian kali ini mempunyai keterkaitan dengan perkongsian yang lepas.Pada perkongsian yang lalu telah kita bincangkan bersama mengapa hukuman yang diberikan kepada Iblis tidak sama dengan hukuman yang diberikan kepada Adam.Adakah Allah mengadakan ‘double standard’ disini.Kalau begitu dimanakan salah satu sifat Allah yang maha adil lagi saksama.

Dalam perkongsian lepas telah diberitahu yang hukuman Allah ke atas dua makhluknya ini adalah hukuman yang melibatkan kes yang berbeza. Satu makhluk yang takbur dan satu makhluk yang sedar akan kelemahan diri. Melakukan kesalahan bukan perkara yang paling menimbulkan kemurkaan Allah, tetapi enggan akur dan bertaubat itulah membawa kemurkaan besar di sisiNya.

Allah maha adil lagi maha bijaksana.Allah maha mengetahui jiwa hamba-hambanya.

Kali ini akan diteruskan lagi dengan satu perkongsian mengenai hal yang berlaku setelah Iblis dilaknat oleh Allah SWT.

Di dalam Al Qur'an, akan kita dapati sebuah rakaman dialog antara Allah dengan iblis yang dihukum oleh Allah. Dalam dialog tersebut, iblis bersumpah, bersumpah untuk selalu menyesatkan manusia. Hal tersebut terekam dalam surat Al A'raf ayat 16-17 berikut ini:

"Iblis menjawab: 'Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan men-dapati kebanyakan mereka bersyukur (ta'at).'"

(QS. Al A'raf : 16-17)

Teman, dari ayat Al Quran di atas dijelaskan bahwa Iblis akan selalu menghalang-halangi kita dari jalan yang lurus. Caranya, dia akan mendatangi kita dari muka, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri kita. Lalu apa maksud dari keempat penjuru itu?

Dalam tafsir Ibnu Katsir dijelaskan bahwa yang dimaksud dengan firman Allah SWT dalam surat Al-A'raf ayat 17 di atas adalah:

"Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka": Iblis akan membuat manusia ragu akan permasalahan akhirat (Min baini Aidihim),

"dan dari belakang mereka": membuat mereka cinta kepada dunia (Wa Min Kholfihim), "dari kanan": urusan-urusan agama akan dibuat tidak jelas (Wa 'An Aimaanihim)

"dan dari kiri mereka": dan manusia akan dibuat tertarik dan senang terhadap kemaksiatan (Wa 'An Syama'ilihim).

Lalu timbul pertanyaan di benak kita, mengapa iblis tidak mendatangi kita dari atas dan dari bawah kita?
Hal tersebut dijelaskan dalam sebuah tafsir Al Qur'an berikut ini:

Al-Fakhrur-Razy dalam tafsirnya berkata: "Diriwayatkan bahwa ketika Iblis mengatakan ucapannya tersebut, maka hati para malaikat menjadi kasihan terhadap manusia mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, bagaimana mungkin manusia bisa melepaskan diri dari gangguan syaitan?" Maka Allah berfirman kepada mereka bahwa bagi manusia masih tersisa dua jalan: ATAS dan BAWAH , jika manusia mengangkat kedua tangannnya dalam do'a dengan penuh kerendah-hatian atau bersujud dengan dahinya di atas tanah dengan penuh kekhusyu'an, Aku akan mengampuni dosa-dosa mereka"

Dalam tafsir yang lain juga dikatakan bahwa Iblis tidak mendatangi kita dari atas, karena rahmat turun kepada manusia dari atas.

Kesimpulannya,cara pertama yang sepatutnya dilakukan manusia dalam mengatasi hasutan dan godaan syaitan adalah dengan memohon kekuatan dari Allah.Allah SWT sahaja yang mampu membantu dari terseret ke lembah dan jurang hina mereka.Di sini ada satu analogi yang selalu saya kongsikan kepada teman-teman untuk menyelami konteks ini.

Syaitan itu ibarat anjing garang yang berada di dalam sebuah rumah yang berhampiran dengan rumah anda.Tuan anjing itu tidak pernah merantai anjingnya dan membiarkan pagar rumahnya terbuka.Mahu atau tidak anda terpaksa melalui rumah itu untuk ke mana-mana misalnya.Setiap kali melintasinya,anjing itu akan menyerang anda.Katakan anda memang hebat berlawan,tidak mungkin tidak ada satu cakaran yang mengenai tubuh anda.Kalau kalian kuat sekalipun,semestinya kalian tidak mahu untuk membuang masa melawan anjing itu.

Jadi,jalan terbaik yang sepatutnya dilakukan adalah memberitahu kepada tuan anjing itu supaya rantaikan anjing itu dan menutup pagar rumahnya.Akhirnya perjalanan kalian lebih selesa dan lancar.

-Semoga bermanfaat-

mengapa aku dilaknat dan dia dirahmat


Aku dilaknat sebegini manakala dia mendapat keredhaan dan rahmat dari yang maha pencipta.

Mari sama-sama kita renungi luahan ini dan cuba meneliti bagaimana perjalanan kehidupan kita seharian.


Allah mengulangi kisah Adam dan Iblis di beberapa tempat di dalam al-Quran. Kisah ini adalah tonggak panduan kepada kehidupan manusia atas muka bumi ini kerana disinilah bermulanya hidayah dan kekufuran


Ringkas ceritanya Iblis yang enggan memberikan penghormatan kepada Adam seperti mana yang Allah perintahkan. Bahkan dia mempertikaikan arahan tersebut. Lantas dia dihukum kufur dan dilaknat.


Sementara Adam yang ditempatkan di syurga, kemudiannya telah ditipu oleh Iblis yang menyebabkan dia melanggar arahan Allah dan mendekati pokok larangan. Kesannya, dia dihukum dengan ditempatkannya di atas muka bumi namun disertai dengan keampunan dan rahmat Allah.


Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 34-37:


34 : (maksudnya) Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”, lalu mereka semua tunduk melainkan Iblis; dia enggan dan takbur, dan menjadilah dia daripada golongan yang kafir.


35 : Dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah daripada makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu daripada golongan zalim.


36 : Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”.


37 : Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.


Pada mereka yang tidak faham kisah ini mungkin menganggap adanya sikap tidak adil dalam hukuman Tuhan terhadap dua makhluknya. Setiap mereka telah melakukan satu kesalahan, tetapi yang satu dihukum begitu berat sehingga kiamat, sementara satu yang lain dihukum dengan hukuman yang tidak kelihatan terlalu berat, bahkan diampun dan dirahmati.


Sekali pandang tanpa penelitian, mungkin ada yang tersalah anggap, seakan Iblis memang sengaja hendak dihukum demikian rupa, sedangkan Adam pula diampunkan, padahal sama-sama melakukan satu kesalahan.



Sebenarnya tidak! Sama sekali tidak sama antara kesalahan Iblis dan Adam. Iblis menderhakai Allah atas kesombongan dan ketakaburan. Dia bukan sahaja tidak taat kepada arahan Allah, tetapi dia mencabar peraturan atau hukum yang telah Allah tetapkan. Dia menganggap hukum itu tidak wajar, sekaligus dia mencabar kemutlakan hak Allah dalam menetapkan hukum.


Sementara Adam melakukan penderhakaan disebabkan kecuaian, kesilapan dan mengikut perasaan sehingga melupai hukum. Dalam Surah al-A’raf, Allah menceritakan bagaimana jawapan Iblis terhadap penderhakaannya, firman Allah: (maksudnya):


“Apakah yang menghalangmu untuk sujud ketika Aku perintahkanmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan dari tanah”.

(ayat 12).


Namun Adam yang juga bersalah tidak pernah mencabar peraturan Allah. Adam tidak pernah menyatakan bahawa kewujudan pokok berkenaan di syurga amat tidak sesuai dan boleh mengelirukan maka dia tidak patut dianggap bersalah. Tidak pula Adam mempertikaikan mengapa Iblis itu diwujudkan dan diberi peluang menggodanya.



Sebaliknya, dengan penuh keinsafan dan perasaan kehambaan akur atas kesalahan diri lantas memohon keampunan dan taubat. Dalam Surah al-A’raf juga Allah menyebut:


Mereka berdua berkata: “Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalaulah Engkau tidak mengampunkan kami dan kasihani kami, nescaya kami tergolong daripada orang-orang yang rugi”.


Kesalahan memang kesalahan. Namun titik tolak kesalahan dan sikap atas kesalahan amat berbeza antara Iblis dan Adam. Iblis bukan sahaja menderhaka, bahkan mempertikaikan atau meremehkan peraturan Allah.


Sedangkan Adam dan isterinya, apabila melakukan dosa, menginsafi diri dan memohon keampunan Allah atas dosa tersebut. Justeru itu, hukuman Allah ke atas dua makhluknya tersebut tidak sama disebabkan perbezaan nilai kesalahan.


Kisah Iblis dan Adam diulang berkali-kali dalam al-Quran agar kita mengambil pengajaran dalam kehidupan. Setiap ulangan ada isu dan pengajarannya yang tersendiri. Kita seperti bapa kita Adam, terdedah kepada salah dan silap, cuai dan alpa yang akhirnya menjerumuskan kita ke dalam dosa.


Namun, seperti mana bapa kita Adam, kita tidak akan mempertikaikan hukum atau peraturan yang Allah tetapkan. Kita akui kelemahan diri, tanpa kita menghalalkan kesalahan dan dosa dengan alasan yang menunjukkan kita meremehkan hukum Tuhan.


Kita bukan Iblis yang apabila berdosa bersikap takabur dan enggan akur atas kelemahan diri, sebaliknya menuding sesalahan kepada peraturan yang Allah tetapkan. Sesiapa yang bertindak seperti Iblis, maka dia menjadi kafir. Sementara sesiapa yang bersikap seperti Adam, maka dia mendapat keampunan tuhannya.


Allah menceritakan kisah bapa kita Adam, agar kita mencontohinya apabila melakukan kesalahan. Melakukan kesalahan bukan perkara yang paling menimbulkan kemurkaan Allah, tetapi enggan akur dan bertaubat itulah membawa kemurkaan besar di sisiNya.


Kita anak Adam, teladani sikap bapa kita. Sabda Nabi s.a.w.


“Semua anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat”


(Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).

cayang came comey


Sempena wukuf di Arafah hari ini (18 Disember) dan Hari Raya Korban esok (di Arab Saudi), disiarkan Kisah Dari Tanah Suci ini untuk iktibar bersama. Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.


Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.


Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.
Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.


Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.


Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.


Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.


Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.
Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.


Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.


Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.


Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.


Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.


Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.


Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..


Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.
Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.


Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.


Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti.


Amin.


cemburunya..

asslamualaikum buat pembaca,, seperti yg sudah dijanjikan berikutan posting berkenaan dgn ujian, penulis ingin membawakan anda dengan satu kisah benar yang menyentuh hati buat hati-hati yang merindukan kekasihnya... tulisan ini difowardkan dalam sebuah email dari seorang sahabat.. semoga kita dapat menghayati dan mengambil iktibar atas ujian dan nikmat yg diberi Allah kepada manusia terpilih ini....kerinduan yang sudah tidak tertanggung lagi...

...................................@;----..............................

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. .. Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari.

Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.

Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.." Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik.

Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).

Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu.

Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. .. Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... "

Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak. Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah.

Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia.

Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.."

Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan... Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya

(al-Ahzab:56)

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W... banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu' alam

U.J.I.A.N= penyeri kehidupan

"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan hanya dengan mengatakan, ''kami telah beriman'' dan mereka tidak diuji?"
Al-'Ankabut; 2


Sudah menjadi satu perencah dalam kehidupan, UJIAN adalah penyedap rasa seumpama ajinamoto yang melazatkan hidangan.begitu juga hidup, pasti tak bermakna jika tiada makhluk bernama UJIAN, CUBAAN, DUGAAN, MASALAH, EXAMINATION, dan yang sekufu dengannya.


Jika kita menjadi seorang manusia yang suka membuat pemerhatian dan menggunakan akal untuk hidup.. berikut adalah antara cara-cara yang amat populer dilakuan sebahagian manusia untuk menyelesaikan masalah.senarai dimulakan dengan yang paling ringan.

Kategori ringan
1- tiada perasaan
2- menangis
3- ketawa
4- makan
5- melakukan perkara-perkara luar tabiat:
contoh>> menari2 dkhalayak ramai,http://www.smileycodes.info
membasuh semua baju dalam loker kemudian menseterikanya semula, seorang yang pemalas tiba2 menjadi rajin untuk mengemas rumah 3 tingkat. dan seterusnya...

Ketegori medium
6- menceritakan masalah pada orang yg sepatutnya
7- berdiam diri bertafakur dan mencari jalan keluar sendiri
8- berfikir secara waras dan merasionalkan diri untuk menyelesaikan masalah

Kategori berat
9- putus asa dengan rahmat tuhan
10- mencederakan diri atau orang sekelilingnya..@mengamuk xtentu hala
11- melakukan percubaan membunuh diri
12- mencari masalah lain sebelum masalah yg sedia ada selesai
13- berfoya-foya, mengambil dadah dan arak

Kategori extrime
14- membunuh diri dengan kejam
15- membuang bayi
16- mengebomkan diri
17- membunuh orang lain kemudian membunuh diri sendiri
18- keluar dari agama
19- gila

http://www.smileycodes.info

Banyak lagi cara-cara sebenarnya penyelesaian masalah yg kreatif yg xmampu difikirkan oleh orang-orang yg mampu mengawal emosi dengan baik.

Disini penulis ingin berkongsi cara penyelesaian masalah yg boleh dilakukan sebagai seorang umat islam yg sopan, mempunyai maruah diri dan menurut jalan yg Allah telah berikan.

1- bersabarlah dengan ujian dari allah kerana

" dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. sungguh Allah itu benar-benar maha pengampun lagi maha penyayang." surah an-nahl;18

nikmat Allah itu tidak mampu kita hitungkan kerana terlalu banyak. kalau dalam bahasa arabnya "لا تحصى عدد نعمة الله". Ingatlah, Allah hanya membukakan satu pintu rahmat daripada sembilan pintu rahmat yang diciptakannya buat hambaNya. buatlah penelitian bermula dengan apa yg Allah berikan pada diri anda sendiri, tubuh badan anda, keluarga anda..bayangkan jika salah satu dari itu hilang, barulah kita akan terasa nikmat yg Allah berikan selama ini, adakah ia telah disyukuri?

maka, bersabarlah.. kerana sabar itu kunci kejayaan. penulis akan membawakan kepada anda satu kisah benar pada posting yg akan datang berkisar tentang kesabaran. nantikan!

2- bersyukurlah atas ujian yg didugakan

"allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka(sehingga hidayah itu tidak masuk ke dalam hati mereka), penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat" surah al-baqarah; 7

3- rasionalkan diri

4- berprasangka baik terhadap allah yg menurunkan ujian sebagai tanda kasih sayangNya-

"sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh 19 apabila ia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah 20 dan apabila mendapat kebaikan(harta) ia menjadi kikir 21" al-maarij;19-21

sememangnya, Allah telah menjadikan manusia itu mudah mengeluh, kebanyakan antara kita amat mudah mengeluh apabila timpa kesusahan dan amat bongkak dan menjadi sangat angkuh jika dikurniakan nikmat.. tetapi ini bukanlah alasan kepada kita untuk mudah berputus asa, dan mengeluh mengatakan Allah itu dan dan ini atas segala musibah yg ditimpakan. tetapi, kita hendaklah berprasangka baik, dan merasakan Allah menurunkan musibah itu bukan sesuka hati tanpa sebab. dan berbahagialah bagi orang2 yg sabar!

"bukankah Allah hakim yang paling adil?" surah at-tin;8

5- tidak berputus asa dari rahmat allah

berbaloikah jika kita berputus asa dengan rahmat Allah? tinggikah nilai ujian kita jika jika nak dibandingkan dengan usaha nabi nuh berdakwah kepada kaum baginda tanpa penat dan jemu selama 900 tahun?dan hanya beberpa orang sahaja yg merima dakwahnya.. Allah telah merakamkan ketidak putusasaan baginda sebagai pengajaran buat hambanya di dalam al- quran dalam ayat ini

" dia (nuh) berkata, " ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam 5 tetapi seruanku itu tidak menambah(iman) mereka, justeru mereka lari dari (dr kebenaran) 6 dan sesungguhnya aku setiap kali menyeru mereka (untuk beriman) agar engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jarinya ke telinganya dan menutupkan bajunya (ke wajahnya) dan tetap (mengingkari) dan sanagt menyombongkan diri 7" surah nuh; 5-7

nah! sampai negitu sekali respons kaumnya.. setiap hari tidak pernah kenal putus asa untuk kebaikan orang lain. kalau baginda itu ikutkan hati, lebih baik saje berlenggang kaki..menikmati rehat di rumah...dan boleh saje baginda berkata 'akukan nabi..' tetapi mengapa baginda itu tidak melakukan semacam itu?

6- merasai ujian sebagai satu kemanisan sebagai rahmat dari allah

7- merasakan diri diberi kepercayaan oleh allah untuk menghadapinya

ayat ini sangat bermakna sekali...Allah telah memberi semangat kepada anda sebelum Dia menurunkan ujiannya pada anda...

"dan mohonlah pertolongan(pada Allah) dengan jalan sabar dan solat, dan (solat) itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yg khusyuk." al-baqarah; 45

8- meningkatkan hubungan dengan Allah

9- mengubah persepsi terhadap ujian

ingatlah, ujian itu bukannya permainan, bukan saja-saja dan mesti ada sebabnya. justeru, hendaklah kita sentiasa berhusnu-zhan dgn Nya. ayat di bawah ini sangat memberi penjelasan bawaha setiap yang terjadi ada hikmahnya..

"...tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi mu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" al-baqarah;216



Allah sudah sediakan jalan yg paling lengkap buat kita wahai seorang muslim yg beriman. kita boleh menyalahkan tuhan sekiranya dia tidak menyediakan jalan buat hambaNYa yg diturunkan ujian. tetapi ingat! Allah itu maha mengetahui lebih mengetahui dari apa yg kita ketahui tntg ujian yg diturunkn dan penyelesaian yg terbaik buat hambanya.

Ingatlah...

"Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang padamu (cubaan) seperti (yg dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu.mereke ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagau cubaan), sehingga rasul dan orang-orang yg beriman bersamanya berkata, "kapankah datang pertolongan Allah?" ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." surah al-baqarah: 214

Sesungguhnya allah tidak akn menguji hambanya dengn apa yg tdk mampu dhadapinya.
terpulang pada diri anda jalan manakah yg anda ambil utk menyelesaikan masalah.Adakah terjun bangunan dan bunuh diri itu pilihan anda? Jika itu yg berkenan di hati.. usahlah menambahkan beban masalah anda dengan azab allah d akhirat!

Pulanglah pada yg tabie'.. jalan yg tepat.. dan jalan yg diredhai..

Dan igtlah... ramai lagi org2 yg diuji lebih hebat dr diri kita sendiri..dan marilah kita ambil iktibar..

Selamat menyelesaikan masalah!=)
Apa pandangan anda


Roda tidak boleh bergerak tanpa paksinya.

Demikian halnya dengan kehidupan yang tidak dapat berjalan dengan baik tanpa pandangan hidup,visi,prinsip,dan paradigma.

Jika kita salah memilih paradigma,maka kita akan mengalami kegagalan dalam mencapai kebahagiaan.

Cermati gambar berikut:




Apabila diteliti gambar tersebut,kita akan beranggapan bahawa ia adalah wanita tua yang kecantikannya telah memudar atau wanita muda yang penuh dengan keayuannya.

Bagi orang yang melihatnya sebagai wanita yang cantik,
dia akan berkata : Aku akan menikahi wanita cantik,sebagaimana wanita yang ada dalam gambar ini.
Sedangkan bagi orang yang melihat sebagai wanita tua,
dia akan berkata : Semoga aku tidak menikah dengan wanita setua itu.

Perbezaan dalam menilai gambar tersebut mempengaruhi hal yang akan dilakukan.Objek yang dilihat sama,tetapi pendapat setiap orang berbeza-beza.Perbezaan ini terhasil kerana dari sudut pandang yang subjektif.

Hal ini serupa juga dengan kecenderungan menilai dunia yang tidak sesuai dengan keadaan sebenarnya.

Ketika kita menjelaskan sesuatu yang dilihat,bermaksud kita menerangkan persepsi dan paradigma kita.

Saat orang lain tidak sepakat dengan kita ,kita segera berfikir bahawa ada yang salah pada dirinya.

Sesungguhnya,orang-orang yang tulus akan menyedari bahawa setiap orang berbeza-beza dalam melihat dan menilai sesuatu.



Seandainya kita berfikir bahawa orang yang ada di seberang laut adalah isteri yang kita cintai,maka laut tersebut akan dianggap sebagai pemisah.Meskipun demikian,kita juga boleh menganggap bahawa laut itu dapat menghubungkan isteri dengan kita.

Penilaian ini tergantung sudut pandang kita yang akan mempengaruhi tindakan dan perasaan dalam menjalani kehidupan.Maka ,lihatlah dunia ini supaya mampu menuntut kita agar lebih bersikap positif,bukan bersikap negatif.

Kalian benar,memang terlalu susah untuk dilaksanakan.

Untuk memahami besarnya bahaya yang disebabkan oleh kesalahan dalam menilai sesuatu,cermatilah kisah ini:

Di seberang lautan ada sebuah kota yang tidak berpenghuni.Rumah-rumah di sana tidak terawat.Rumput tumbuh di atap-atap rumah yang sudah buruk,dan jalanan dipenuhi rumput yang sudah tinggi dan bunga liar.Pemandangan seperti itu menunjukkan bahawa kota itu telah mati.Padahal dahulu,kota tersebut makmur dan aman.



Suatu hari,seorang tabib sedang berjalan di sepanjang kota.Matanya dipenuhi air mata,dan kepalanya selalu menunduk.Ia berjalan ke pusat kota dan pinggir kota.Semua orang hanya melihatnya,dan tidak berani bertanya kepadanya.

Orang ramai beranggapan bahawa ada orang yang meninggal dunia di dalam kota yang membawa wabah penyakit.Mereka kuatir akan diri mereka dan keluarga mereka.Orang-orang menjadi panik dan yakin bahawa wabah telah menyerang kota mereka.Akhirnya terjadilah kekacauan di seluruh kota.Semua warga saling berebut agar dapat keluar dari kota.

Beberapa hari kemudian,tabib itu kembali ke kota.Ia tidak mengetahui apa yang terjadi.Sepertinya,sebelum ia meninggalkan kota dia berasa seakan-akan baru saja ia mengupas bawang untuk bumbu masakannya,dan matanya terasa pedih kerana mengupasnya.Dengan sekelip mata sahaja kotanya menjadi sepi.

Kisah ini jelas menggambarkan betapa bahayanya 'salah lihat'.Sebenarnya bukan faktor nyata yang membuatkan kota itu mati tetapi kesalahan yang hanya diandaikan yang membuatkan luputnya keteguhan kota itu.Inilah pentingnya sebuah visi,paradigma,dan prinsip hidup.

Steven R.Covey menganalogikan paradigma dengan sebuah peta perjalanan.Jika peta yang kita gunakan salah,maka kita akan tersesat.Demikianlah dengan paradigma yang salah.Paradigma yang keliru semakin menjauhkan kita dari kebahagian.Oleh itu ,kita harus menentukan paradigma hidup yang benar.

Terkait hal itu,Thoreau berkata, Untuk mengubah sesuatu ,kita harus mengubah akarnya terlebih dahulu,yakni paradigma yang berpengaruh terhadap perilaku kita.
 
Related Posts with Thumbnails
© 2009 - menuju perubahan | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top