Hikmah disebalik ketentuan Allah

Perkongsian kali ini adalah perkongsian julung kali yang menceritakan pengalaman saya sendiri.Perkongsian sebelum ini kalau diteliti hanya terhad di sudut ilmiyah sahaja ,insyaAllah kali ini kita perbaharui dengan berkongsikan sedikit realiti dalam kehidupan sendiri.

Harapan saya,walaupun mesej dari perkongsian ini tidak sama bagi setiap pembaca,kerana setiap insan mempunyai sudut pandang yang berbeza tetapi apa-apa pun diharap perkongsian yang serba kekurangan ini mampu untuk memberikan manfaat.

Selepas tamat pembelajaran di Pusat Asasi Sains Universiti Malaysia , orang tua ku mengharap agar aku boleh meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi di bidang perubatan.Semasa itu berlaku pergelutan kecil antara aku dan orang tua ku.Kerjaya dokter ini tidak begitu menyenangkan aku kerana dengan beberapa alasan.

Antara alasan yang aku kemukakan :
  • takut darah
  • terlalu kasihan sampai nanti tak boleh rawat pesakit
  • tak suka dengan bekerja di dalam hospital ,mahu keluar-keluar juga sebab aku jenis tak boleh duduk diam
  • dan macam-macam lagi

Tetapi yang menghairankan aku mengapa begitu mudah untuk mereka menjawab.Apa jawapan mereka.

Tenang sahaja,semua itu boleh dilatih nanti.

Aku diam sahaja.Selepas itu tidak cukup dengan alasan tadi ,aku menambah lagi.Kali ini aku berharap agar mereka tidak mampu menjawab.

Kalau boleh tak mahu kerja yang balik lewat dan tidak tersusun jadualnya,sebab nanti rasa kasihan pada keluarga sendiri,lebih-lebih lagi pada orang yang setia menunggu di rumah nanti.Maksudnya bukan jiwa saya untuk kerjaya sebegini.

Kalau orang tua aku mahu menjawab rasanya mereka boleh menjawab,tetapi mereka adalah jenis yang tidak suka memaksa.Seandainya mereka lihat ada unsur-unsur paksaan dalam permintaan mereka, mereka akan berdiam dan menjawab.

Yelah,kalau kau nak..kau nak la..(jawapan common dari mama tercinta)

Allah maha mengetahui lebih dari aku mengetahui.

Pada waktu itu adalah fasa menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.Harapanku ingin memasuki Universiti Malaya kerana faktor dekat dan sudah biasa dengan selok beloknya.Dalam ketenangan itu tiba-tiba datang satu surat tawaran yang diminta untuk ditemuduga.Aku lihat tawaran ini dari Universiti Perubatan Royal Collage.Lebih mengejutkan aku lokasi universiti ini terletak di Ipoh perak.Ah sudah,tentu orang tua aku setuju sebab kami orang Perak.Kalau ada apa-apa kau balik kampung sahaja ( aku agak aje jawapan ini tapi benar-benar terjadi )


Aku setuju untuk pergi.Sehari sebelum bertolak tiba-tiba abah mengajak aku untuk membeli baju.Mereka tahu yang aku ini tiada baju kemeja.Apabila suda sampai di tempat baju-baju :

Abah : Kau ade baju tak

Aku : Pakai amin punye sudah (amin adik aku yang sangat tenang dalam hidupnya)

Abah : Kau beli seluar saje lah.

Akhirnya pergi ke sana hanya membeli seluar sahaja.Ini rasanya pertama kali abah membawa aku membeli barang-barang macam ini kerana sebelum ini mama yang belikan.Terharu.

Sepanjang perjalanan ke Ipoh abah menerangkan aku tentang procedure-procedure ketika sesi temuduga.Aku ingat abah akan terang itu sahaja tiba-tiba sampai cara menjawab sekali.Akhirnya kami mencari soalan yang berkemungkinan akan ditanya ( mirip-mirip soalan sport la ni) dan abah cuba menjawab secara ilmiah.Jawapan yang abah berikan sangat mantap,mungkin pengalaman bekerja sebagai anggota Badan Pencegah Rasuah dan sekarang sudah menjadi pengarah di bahagian Tata Tertib membuat beliau arif dalam ayat-ayat untuk mempengaruhi ( saiko ) orang.Abah sudah siap-siap terjemahkan ke dalam bahasa inggeris atas faktor lemahnya aku dalam bahasa inggeris ketika itu,tapi sekarang pun biasa-biasa juga.Ini balasan menolak ajakan kakak dulu ketika dia mengajak untuk belajar bahasa inggeris bersama.Maafkan saya kakak.( boleh ambil iktibar ni )

Sedar-sedar kami sudah sampai di Ipoh,terkejut aku dibuatnya.Kiranya sepanjang perjalanan tadi aku habiskan masa berbincang dengan abah.Kami bermalam di rumah makcik yang berada di Ipoh.Aku terharu kerana dapat tidur disebelah abah( sebelum ini takut-takut ).Aku susah untuk lelapkan mata kerana berfikir untuk hari esok.


Hari esok suda tiba , sedar-sedar abah yang saterika baju aku,dengan tali leher pun diseterikakan juga.Sekali lagi terharu.Sampainya di Royal College Perak , ramainya manusia yang akan ditemuduga.Keadaanku makin panik.Ini pertama kali ditemuduga secara formal (sebelum ini disekolah macam main-main aje).Dipendekkan cerita semasa aku sedang ditemuduga,soalan-soalan yang diajukan dari dua orang dokter ini seakan-akan sama dengan soalan-soalan yang telah abah berikan.Dengan pantasnya aku copy paste sahaja apa yang abah sudah terangkan.Mereka juga melihat sijil-sijil yang telah aku sediakan di atas meja.Kadang-kadang mereka senyum kadang-kadang air muka mereka mengerikan.


Tak disangka-sangka tiba-tiba mereka bertanya , do you like to read newspaper .Kalian tahu tak apa aku jawab.Mestilah YES , sebab abah menyuruh aku yakin dan cuba mempengaruhi hati mereka dengan menggunakan apa yang ada termasuklah impresi muka .Abah kata mesti impress-impress.OK.If you like to read,can you tell me what are the news that happen in Vietnam about 3 month ago.Aku diam seketika dan membalas.Dokter, boleh saya terangkan , actually im only interested to read the sport news but I will train and force my self to read all of news in newspaper.Saya tahu seorang dokter perlu menyiapkan diri mereka dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan. ( sempat lagi dengan kata-kata manis ).

Ingatkan selamat tapi kene marah juga.Selepas itu mereke beri banyak nasihat untuk terus maju.Aku rasa lama sangat.Bila aku keluar semua di luar kehairanan,mengapa terlalu lama.Kebanyakan orang dalam 15 minit tapi aku kene 40 minit.Dalam perjalanan pulang aku beritahu abah apa soalan-soalan yang ditanya.Abah terus memuji diri beliau yang memang patut diberikan pujian,tetapi abah nampak cemas bila aku keluar dari bilik temuduga tadi.( aku sedang tafsirkan sesuatu mengapa wajah abah begitu cemas ketika itu ).

Abah beritahu student yang akan terpilih untuk masuk ke college itu terlalu sedikit dalam 20-30 orang tetapi yang datang interview tersebut dalam ratusan student.Aku kate pade abah mana mungkin aku dapat,bahasa inggeris pun tunggang langgang dan ruang pun sangat terhad.Abah diam sahaja.

Selang beberapa lama abah meminta aku untuk pergi mencuba entrance exam pula.Jika lepas exam itu aku akan berpeluang ke Indonesia untuk melanjutkan pelajaran di Universitas Padjadjaran dalam bidang perubatan.Nak menjawab tapi mukanya garang ( menakutkan ).Rasanya untuk aku ceritakan pengalaman dalam menduduki entrance exam ini akan dikongsikan dalam posting yang akan datang.

Selama beberapa hari akhirnya surat sampai ke rumah.Belum sempat aku lihat rupa-rupanya abah dah buka dan beritahu yang aku dapat tawaran memasuki college perubatan itu dengan biasiswa MARA.Orang tua aku nampaknya gembira tetapi aku masih lagi tidak punyai perasaan.

Kesimpulannya ,berkat doa dan pengorbanan abah dan mama serta izin Allah SWT membuatkan aku berjaya mendapat twaran dalam bidang perubatan yan orang tua ku harapkan.Tetapi adakah aku berjaya melanjutkan pelajaran disana dan bagaimana cerita di sebaliknya.InsyaAllah akan diteruskan dalam posting-posting yang akan datang.

Banyak sebenarnya pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini.Dari sudut faktor-faktor yang menghambat seseorang dari menguasai bahasa Inggeris ( tolak ajakan kakak ) sehingga ke pengorbanan ayah dan ibu (tidur bersama dan saterika tali leher ) jelas tergambar di dalam kisah sebentar tadi.

Renung-renungkan dan semoga berjaya mengambil pengajaran dan manfaat.

Untuk Mu Teman Seperjuangan

Posting ini saya ambil dari laman web i luv islam untuk dijadikan iktibar buat teman-teman yang akan menjadi dokter tidak lama lagi.

Pada suatu masa dahulu, di waktu kemuncak British Empire dan sebelum kebangkitan kuasa baru Jepun, ada seorang pelajar perubatan. Dia akan menghadapi peperiksaan klinikal ke atas kanak-kanak, jadi dia pun mengulangkaji dan berlatih untuk menghadapi peperiksaan tersebut.


Pada hari peperiksaan, dia telah diminta untuk merawat seorang kanak-kanak kecil yang berumur 4 tahun. Setelah 30 minit, dia akan diminta menceritakan hasil rawatannya kepada sang doktor besar.




Semasa merawat kanak-kanak tersebut, si pelajar sangat risau dan takut. Jadi untuk mengatasi kerisauannya, dia senantiasa menghabiskan ayatnya dengan perkataan ''fabulous''... Lalu dia pun terus merawat kanak-kanak sambil bercakap-cakap & mendengar peristiwa yang berlaku kepada kanak-kanak itu daripada ibunya yang berda di sisi, tanpa melupakan menyebut perkataan ''fabulous'' pada sela-sela waktu tertentu...

Setelah sesi rawatan, tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk si pelajar membentangkan kes kanak-kanak kepada si doktor besar. Si pelajar terus membentang, namun si doktor sekadar membuat muka 20 pence, tidak menunjukkan riak wajah suka, benci mahupun duka.

Setelah mendengar cerita si pelajar, si doktor mengambil keputusan untuk bertanya sendiri kepada pasangan anak dan ibu sendiri sebelum memberikan markah teakhir kepada si pelajar. Doktor pun bertanya kepada si ibu;

''how was this student just now?''

Dengan tidak semena-mena, si kanak-kanak berteriak;

''Fabulous!! ''

Si ibu hanya sekadar tersenyum mendengar kepetahan anaknya bercakap, lalu diikuti oleh senyuman sang doktor.

Namun yang pastinya, senyuman si pelajarlah yang paling panjang sekali =)


Moral of the story

1. Senantiasa hiasi diri anda dengan kata-kata yang postitif & senyuman, agar dunia melihat anda senantiasa postif, dan apa yang lebih penting, agar anda lebih positif akan diri anda.

2. ''The Law of Repetition'' merupakan satu hukum alam yang sangat berkesan terutamanya dalam pendidikan kepada anak-anak kecil. Pastikan anak-anak kecil sentiasa bergelumangan dalam suasana yang positif untuk pembesaran yang postif.

pencegahan penyakit melalui kisah ashabul kahfi



Kisah Ashabul kahf menceritakan tentang beberapa orang pemuda dengan seekor anjing yang ditidurkan Allah selama 309 tahun.

Ashabul kahfi adalah para pemuda yang beriman kepada Allah yang keluar dari negeri untuk menyelamatkan aqidah daripada ditangkap oleh Maharaja Rome yang zalim.

Disebabkan atas niat yang tulus Allah memudahkan sehingga mereka menjumpai sebuah gua dan tertidur di dalamnya sampai waktu yang sangat panjang.

Ajaibnya,mereka tertidur tanpa memerlukan makan dan minum.Allah membolak-balikkan tubuh mereka sehingga tidaklah membeku darah pada salah satu bagian tubuhnya.Ini semua termasuk hikmah Allah.

Allah berfirman, “Dan kamu mengira mereka itu bangun padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri.”

(QS Al Kahfi: 18).

Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: Sudah berapa lamakah kamu berada (disini?).”

Mereka menjawab: “Kita berada (disini) sehari atau setengah hari.”
Berkata (yang lain lagi): “Tuhan lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini).

Maka suruhlah salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorang pun.

(QS Al Kahfi : 19)

Pada akhirnya, ketika para Ashabul Kahfi itu terbangun,pemerintahan telah berganti. Para penduduk negeri telah berganti kepada penduduk yang bertakwa kepada Allah. Dan ketika mereka mengetahui kisah para pemuda itu,tidak lama kemudian para Ashabul kahfi pun meninggal dunia. Selanjutnya para penguasa di waktu itu berkeinginan untuk membangunkan masjid di atas kuburan-kuburannya.

Allah berfirman, “Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata: Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan di atasnya.”

(QS Al Kahfi: 21).

Namun begitu terdapat satu ayat dalam Surah Al-Kahfi yang benar-benar menarik perhatian saya iaitu firman ALLAH SWT :

dan kamu sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika kamu melihat mereka, tentulah kamu akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah kamu akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.

(Surah Al-Kahfi : 18 )

Ayat “dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri” membawa maksud pemuda-pemuda itu tidur dalam posisi yang tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah.Ini kerana perlakuan membalik-balikkan badan dapat dijadikan langkah pencegahan daripada mendapat pelbagai jenis penyakit.

Antaranya :

Bed sore


Bedsore adalah satu penyakit yang merosakkan kulit dan tissue yang berpunca dari tekanan berlebihan.Tekanan ini mampu memusnahkan saluran darah.Apabila saluran darah ini pecah maka oksigen dan nutrient yang sepatutnya dibekalkan kepada cell menjadi terhenti.Ini mengakibatkan cell-cell yang terlibat mati.

Penyakit ini sering terjadi di bahagian paha dan punggung kerana bahagian ini sering terdedah kepada tekanan sewaktu duduk atau baring.

Pesakit yang tidak mampu bangun untuk mengubah posisi sering diancam penyakit ini.

Bukan itu sahaja,tindakan Allah membolak-balikkan pemuda-pemuda itu telah menyelamatkan mereka dari terjadinya muscle atropy.Sudah pasti 309 tahun itu adalah satu tempoh yang sangat lama.

Muscle atrophy



Muscle atrophy bermaksud kehilangan tissue muscle akibat dari kekurangan aktiviti fizikal.

Kondisi ini juga sering terjadi pada pesakit yang terlantar atau orang malas yang tidak mahu bergerak.

Bayangkan pesakit yang terlantar selama sebulan di hospital boleh mengalami pengurangan jisim muscle sebanyak 10 peratus apatah lagi 309 tahun.Inilah hikmah dan kekuasaan Allah SWT.Apa gunanya mereka bernyawa tetapi tidak mampu untuk begerak.Ketiadaan otot menyebabkan seseorang tidak mampu menghasilkan pergerakan.

Langkah pencegahan kedua penyakit ini telah Allah tunjukkan kepada manusia sekian lama,sebelum manusia mengetahuinya.

SUBHANALLAH

Hari kematian VS Hari peperiksaan


VS





Syukur kepada Allah kerana masih lagi memberi sedikit kekuatan untuk menulis dan berkongsi walaupun dalam kondisi serba tidak kena (dimana hari-hari tenang telah bertukar menjadi detik-detik yang mencemaskan).

Sebagai seorang pelajar apakah yang mampu mencemaskan kehidupannya walaupun dia dianggap sebagai manusia yang paling tenang di atas muka bumi ini.

Tidak lain dan tidak bukan ia adalah hari dimana manusia akan mula mendekatkan diri kepada Allah,yakni hari peperiksaan.

Apabila sampai kepada hari yang saya maksudkan,sejadah lebih sering dibentangkan dan alunan suci ayat Quran juga mula kedengaran.


Debaran exam yang dirasai telah menyumbangkan idea untuk penulisan dan perkongsian kali ini.

Saya sangat suka menggunakan hari peperiksaan ini sebagai perumpamaan dalam mengukur tahap keimanan sehari-hari.

Manusia ini cenderung dan mudah untuk memahami sesuatu perkara hasil dari pemerhatian dan pengalaman mereka.Ini yang membuatkan ayat Al-Quran banyak dihiasi dan dimampatkan dengan perumpamaan-perumpamaan yang baik.

Pada perkongsian yang lepas,hari peperiksaan juga telah menjadi satu perumpamaan untuk kita mengenal erti iman.

Erti iman disini bermaksud suatu kepercayaan dalam diri yang mampu membawa tubuh seseorang dalam merealisasikan apa yang diyakini.

Bagaimana sikap malas kita sehari-hari mampu membuatkan minggu-minggu terakhir sebelum hari peperiksaan diceriakan dengan susunan buku dan kertas tutorial yang bertebaran disana-sini.

MENGAPA INI SEMUA BOLEH TERJADI

Dalam buku yang ditulis oleh Said Hawwa yang berjudul Tazkiyatun Nafs telah dibincangkan mengenai satu konsep kehidupan yang terdiri daripada unsur-unsur kecil yang dinamakan sebagai muraqabah,muhasabah,mujahadah dan mu’aqabah.

Hati manusia ini memerlukan ikatan janji harian bahkan saat demi saat untuk memastikan manusia sentiasa berada di jalan yang benar.Jika manusia tidak mengikat jiwanya dengan ikatan janji maka mereka akan mendapati diri mereka banyak menyimpang dan hati mereka akan keras dan lalai.

Dari sinilah terbitnya sarana penyucian jiwa yang telah dipegang teguh oleh para ahli yang berusaha untuk mencapai keredhaan Allah.

Perumpamaan hari peperiksaan dengan konsep ini juga sebenarnya banyak persamaan.Saya tertarik untuk mengambil konsep muhasabah dan mu’aqabah untuk dibincangkan .

Muhasabah

Muhasabah bermaksud menilai keadaan diri untuk mencari kejelasan apakah bertambah atau berkurang potensi diri.

Muhasabah juga bermaksud memeriksa dan evaluasi .

Dari Syadad bin Aus r.a. dari Rasulullah saw., bahwa beliau berkata, ‘Orang yang pandai adalah yang menghisab (mengevaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt.

(HR. Imam Turmudzi, ia berkata, ‘Hadits ini adalah hadits hasan’)

Hadits di atas dibuka Rasulullah dengan sabdanya, ‘Orang yang pandai adalah yang mengevaluasi dirinya (muhasabah ) serta beramal untuk kehidupan setelah kematiannya.

Jika ditinjau dari sudut kehidupan seorang pelajar juga terdapat persamaan ini.

Seorang pelajar sering memikirkan potensi diri dan menjalankan usha-usha untuk menambahkan keupayaan mereka.Dengan kata lain mereka selalu bermuhasabah.Mereka juga bukan sekadar bermuhasabah malah melaksanakannya seperti belajar,berbincang,memahami dan menghafal.

Mereka mampu melakukan kerana mereka sangat beriman kepada hari peperiksaan,maka jadilah mereka pelajar-pelajar yang pandai.

Jika direnung,sikap mereka sama seperti hadis yang mengatakan orang yang pandai adalah yang menghisab (mengevaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian.

Saya hanya perlu membuat sedikit pembetulan iaitu pelajar yang pandai adalah pelajar yang selalu menghisab (mengevaluasi) dirinya serta belajar untuk peperiksaannya kemudian hari.Saya berharap konsep muhasabah dalam diri seorang pelajar ini jelas difahami oleh kalian.Bagaimana pula dengan konsep mu’aqabah.

Mu’aqabah

Mu’aqabah pula bermaksud menghukum diri atas segala kelalaiannya.

Betapa pun manusia muhasabah jiwanya,ia tetap tidak terlepas dari pelbagai kemaksiatan,maka seharusnya jangan dibiarkan begitu sahaja.Jika jiwa itu dibiarkan begitu sahaja ,ia akan mudah melakukan kesalahan dan merasa senang dengannya sehingga sulit dipisahkan,maka hukuman sangat wajar dilaksanakan.

Sebagaimana hadis Abu Thalhah ketika kekhusyukan hatinya dalam solat terganggu oleh seekor burung di kebunnya,lalu ia menyedekahkan kebun itu sebagai penebus kesalahan .Dan sebagaimana juga Umar r.a. memukul kedua kakinya dengan cemati setiap malam seraya berkata, ‘ apa yang telah kau perbuat hari ini ‘.

Demikianlah orang-orang yang bersikap tegas dalam memberikan hukuman kepada diri mereka.

Kehidupan seorang pelajar yang pandai juga tidak terlepas dari konsep ini.Saya melihat segelintir pelajar selalu menghukum diri dengan alasan supaya tidak menyimpang terlalu jauh dari matlamat mereka.Saya terharu dengan sikap ini.Mereka seperti Abu Thalhah dan Umar r.a. ,cuma perbezaannya adalah apa yang diperjuangkan oleh mereka.

Jikalau Umar r.a. memukul kakinya menggunakan cemati akibat memikirkan apa yang telah diperbuat hari ini,seorang pelajar juga sanggup memukul kepalanya dengan menggunakan buku dan pen akibat tidur di siang hari.Sekali lagi mereka ada persamaan tetapi yang membezakan adalah misi perjuangan.

Alangkah baiknya jika pelajar ini mampu mengadakan konsep muhasabah dan mu’aqabah dalam meyakini kepastian datangnya hari kematian.Semestinya tindak tanduk kita akan menyerupai Abu Thalhah,Umar dan sahabat-sahabat yang lain.

Hari kematian itu adalah hari yang tidak diketahui oleh sesiapa dan sepatutnya menjadikan kita bimbang dan lebih berusaha berbanding usha-usha sempena hari peperiksaan.Apakan daya, mungkin keyakinan pada hari peperiksaan lebih dititik beratkan berbanding hari kematian,sehingga mengaburi mata kita dari kebenaran.

-Semoga bermanfaat-
 
Related Posts with Thumbnails
© 2009 - menuju perubahan | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top