Fitrah insan

Allah menciptakan manusia dengan membekalkan pelbagai ciri-ciri dan sifat-sifat yang sangat unik dan beraneka ragam.Allah juga menanamkan kepada manusia banyak fitrah.Antara fitrah-fitrah yang Allah bekalkan itu ialah fitrah untuk mengenali tuhannya dan cuba untuk mencari dimana tuhannya.Ini sebab,apabila manusia berusaha mengenali tuhan dan cuba mendekatkan diri mereka kepada tuhan timbullah dalam hati mereka suatu ketenangan yang tidak boleh dijelaskan melalui akal fikiran atau kata-kata.Tidak seperti ketenangan-ketenangan yang dihasilkan dari usha-usha selain dari mengingati tuhan sebagai contoh menghisap rokok,melepak bersama rakan-rakan dan sebagainya.usha-usha ini hanyalah berjaya menghasilkan ketenangan yang sementara dan selepas itu akan mengundang pula kesusahan.Ketenangan dengan mengingati Allah ini adalah satu bentuk ketenangan yang hakiki.

Manusia ini tidak perlu belajar dan diajar untuk menimbulkan perasaan bertuhan di dalam jiwa mereka,sebagaimana perasaan kasih sayang ibu kepada anak-anaknya,perasaan seorang lelaki yang memerlukan seorang wanita dan sebaliknya.Perkara ini berlaku secara semula jadi di dalam jiwa seorang hamba Allah.Manusia-manusia ini akan tetap mencari tuhan mereka.


Disini membuktikan mengapa kebanyakan manusia di dalam dunia ini beragama.Walaupun kebanyakan agama yang mereka anuti itu adalah satu agama yang sesat tetapi mereka mempunyai satu usha yang mana mahu beragama yakni mahu bertuhan.Fitrah mahu bertuhan ini juga dapat dibuktikan lagi dengan sikap satu kaum yang terputus dari ketamadunan moden yang masih lagi mengaku dan percaya kepada kewujudan tuhan.Sebagai contoh orang-orang asli yang berada di tengah-tengah hutan yang jauh dari kemudahan perhubungan dan segala teknologi.mereka juga percaya kepada kewujudan tuhan.Ini ditafsirkan dari penemuan pelbagai aneka berhala yang dipercayai menjadi tempat pemujaan manusia-manusia di perkampungan orang asli.



Jika begitu sifatnya seorang manusia,apa sebenarnya perjuangan para rasul.rasul bukan dihantar ke sesuatu kaum semata-mata untuk mengajar manusia untuk kenal kepada tuhan.Ini kerana dengan tidak dengan kedatangan rasul pun memamg mereka akan percaya kepada kewujudan tuhan hasil dari fitrah yang telah dibekalkan.

Kita boleh bertanya kepada orang hindu,cina dan sebagainya.Rasa-rasanya siapa yang telah menciptakan alam ini,siapa yang menurunkan hujan,yang memberikan rezeki dan siapa yang mengaturkan alam yang begitu indah ini.sudah pasti mereka akan menjawab yang menciptakan semua ini adalah tuhan.Tidak kiralah apa nama tuhan sekalipun yang mereka katakan tetapi ia tetap merujuk kepada kuasa tuhan.

Allah SWT mengutuskan nabi kita kepada kaum quraish dan manusia keseluruhannya.Kaum quraish lebih hebat daripada orang lain.Mereka mempunyai baitullah.Quraish bersumpah dengan nama Allah.Nama bapa nabi kita juga Abdullah yang diberikan datuknya sebelum kelahiran nabi.Mereka kenal Allah.Apabila mereka membuat satu kepungan ekonomi kepada nabi muhamad dan bani hashim,mereka memulakan perjanjian dengan menggunakan nama Allah. Al-quran banyak sekali merakamkan peristiwa ini.firman Allah:

Jika ditanya mereka siapa yang menciptakan langit dan bumi,yang menundukkan bulan dan matahari niscaya kafir quraish itu akan menyatakan Allah.

Jika orang-orang quraish percaya tentang kewujudan Allah mengapa perlu rasul diutuskan.Mengapa perlu rasul bertarung dengan mereka dan mengapa mereka berusha menentang dakwah rasul jika asas keimanan dan kepercayaan mereka sama iaitu tumpuannya tentang kewujudan Allah.Ternyata seruan kepada Islam,seruan kepada agama bukanlah sekadar mempercayai wujudnya Allah.Kerana seruan wujudnya Allah sesuatu yang telah dipercayai manusia keseluruhannya.

Hatta orang melayu sendiri yang mungkin tidak melakukan solat dan tidak pernah menjaga hubungannya dengan allah apabila mendapat tahu yang dirinya sakit dan mungkin hanya mampu untuk hidup dalam beberapa bulan sahaja lagi mengikut ilmu kedokteran,mereka tidak lagi akan mencari dokter malah mencari para ustaz untuk menanyakan bagaimana solat taubat,bagaimana solat hajat dan ibadah-ibadah yang lain.apabila manusia itu berasa putus harapan atau berasa tiada sesiapa yang boleh memberikan pertolongan maka mereka akan kembali kepada fitrah mereka.mereka berusha mencari tuhan mereka.

Jadi persoalannya apa yang membawa para rasul berjuang menegakkan kalimah Allah,dan apa pula yang membawa kaum quraish memerangi rasullullah SAW.

Jika orang Islam mengatakan keimanan mereka setakat beriman kepada Allah dan mempercayai kewujudan Allah,apa bezanya mereka dengan abu jahal.apa juga bezanya mereka dengan abu lahab.Abu jahal dan abu lahab juga beriman kepada kewujudan Allah.Lebih mantap lagi jika ada yang mengatakan sekadar percaya kepada kewujudan Allah,syurga dan neraka.Apa bezanya mereka dan iblis.iblis lebih yakin dari kita tentang semua itu.iblis pernah melihat Allah.kita tidak akan dapat menandingi keimanan iblis tentang ini.

Sebelum menjawab tentang apa sebenarnya perjuangan para rasul ini,mari kita teliti apa yang akan terjadi apabila fitrah yang ada di dalam diri manusia ini tidak dikendalikan dengan wahyu yang di turunkan allah kepada para rasulnya.Hal ini akan menghasilkan kesan-kesan yang negative dan tidak akan membuahkan kesan yang positif.

Saya suka membawa teman-teman menyelami sebuah cerita di mana memperlihatkan kita jelas akan kesan apabila fitrah yang ada di dalam jiwa manusia itu tidak dikendalikan dengan wahyu dari Allah SWT.

Mari kita menyelami kehidupan orang asli yang tinggal jauh ke dalam hutan.fitrah bertuhan itu wujud dalam jiwa mereka tetapi islam tidak sampai ke sana.Oleh sebab itu kita dapati begitu banyak patung-patung berhala di sana.Ini adalah tafsiran kepada usha mereka dalam mencari tuhan.Jika di tanya pada diri kita,apakah jawapan yang boleh kita berikan untuk menjelaskan hakikat ini.

Mungkin di antara penduduk orang asli itu mempunyai seorang yang barangkali IQnya lebih tinggi berbanding orang asli yang lain.Disebabkan fitrah manusia ini memerlukan kuasa yang lebih kuat dalam membantu mereka mengharungi kehidupan,maka si cerdik pandai ini akan bangun dan berkata kepada seluruh penduduknya akan perasaan yang sebenarnya kita memerlukan satu kuasa yang lebih besar dalam memastikan kehidupan kita ini dilindungi olehnya.Mungkin orang ini kita kenali sebagai tok batin.

Tok batin: wahai teman-temanku sekalian,mahukah kalian tahu yang kita ini bukan terjadinya sendiri tetapi kita ini telah diciptakan tuhan.tuhan ini amat berkuasa,dan kita seharusnya meminta pertolongan daripadanya.

Agak-agaknya jika tok batin ini berkempen tentang tuhan,apakah soalan-soalan yang akan ditanya oleh kaumnya.

Kaum asli: baiklah,jika begitu,dimanakah tuhan itu dan bagaimanakah tuhan itu.kami mahu tahu.

Disebabkan rasul atau islam tidak sampai,maka dengan sendirinya tok batin itu tadi akan berkata.

Tok batin: kalau begitu,beri saya tempoh seminggu.saya mahu balik dan fikir.

Tok batin itu pun pulanglah ke rumah dan mula untuk berfikir bagaimanakah tuhan itu sebenarnya.

Teman-teman,apabila manusia itu berkhayal,khayalan manusia itu hanya apa yang ada di persekirannya sahaja.Khayalan manusia itu tidak akan lebih dari apa yang telah mereka lihat,apa yang telah ia sentuh,apa yang telah ia dengar dan apa yang telah ia hidu.begitulah khayalan manusia yang tidak lebih dari apa yang ada di persekitarannya sahaja.manusia ini makhluk yang terbatas dengan apa yang ada pada indranya sahaja.

Sebagai satu contoh,kita akui orang barat ini begitu kreatif dalam menciptakan sesuatu yang baru sebagaimana mereka telah menciptakan makhluk alien yang mereka sendiri tidak pernah melihatnya.Jika kita perhatikan bentuk dan sifat alien yang diciptakan ini,sebenarnya alien ini tidak lebih dari haiwan-haiwan yang ada di muka bumi ini,mempunyai mata,hidung,mulut dan mungkin mereka memperbesarkan telinganya sedikit,tetapi kenyataannya sifat alien itu tidak lebih dari apa yang ada dipersekitaran mereka sahaja.


Jadi,apabila yang berkhayalkan tuhan itu orang cina maka tuhan mereka pun seperti orang cina.perutnya seperti orang cina,matanya seperti orang cina,bentuk kepala pun seperti orang cina dan jika cantik pun secantik gadis cina.kesimpulannya khayalan manusia ini tidak lebih dari apa yang mereka lihat sahaja.datang pula orang india,jika mereka berkhayalkan tuhan,tuhan mereka juga seperti orang india.kita boleh lihat perut dan mata tuhan mereka seperti orang india,cuma mungkin orang india ini sangat taksub dengan roti canai,maka dibuatlah tuhan mereka itu bertangan banyak.Mungkin bagi mereka dengan tangan yang banyak itu lebih pantas lagi untuk membuat roti canai.ini memberikan gambaran yang hebat pada tuhan mereka.Barangkali.

Setiap kaum atau bangsa yang cuba menyifatkan tuhan tanpa wahyu maka mereka menjadi sesat,ini menyebabkan mereka akan mengasakan agama yang batil.Itu sebab antara larangan di dalam agama ialah jangan kamu memperkatakan tentang Allah tanpa kamu tidak mengatahui.Mereka akan mencipta dan agama akan terbatas pada kaum mereka sahaja.ini kerana apabila orang lain yang bukan berbangsa mereka mahu masuk ke dalam agama mereka,kita ambil contoh orang cina mahu tukar agama hindu.Tuhan orang india pun macam hindu,bagaimana orang cina mahu sembah,kerana pada tuhan mereka itu telah menampakkan isu perkauman.Tetapi Allah tidak mempunyai unsur arab,mungkin sebahagian orang mengatakan mengapa ayat-ayat alquran itu berbahasa arab.ini sebab utusan Allah ketika itu adalah dari golongan arab dan untuk berdakwah pada orang arab yang ketika itu syair arab merupakan sesuatu yang dianggap mulia bagi mereka.Bagi menguatkan lagi kefahaman kita dalam hal ini,kita boleh rujuk kitab yang ditulis oleh dr.muhamad sa’id ramadhan albuthy yang bertajuk sirah rasullullah.Beliau membahaskan mengapa jazirah arab merupakan tempat pilihan Allah dalam menghantar nabi muhamad SAW untuk mengajar manusia.Tidak mungkin nabi muhamad yang berbangsa arab yang akan mengajar orang-orang arab sekitarnya tetapi mendapat wahyu di dalam bahasa melayu.Dalam kita cuba memahami sikap perkauman yang berlaku di dalam agama selain agama islam, contoh ini sangat baik untuk kita jadikan tauladan.Orang-orang kristian telah mengantikan Allah dengan jesus christ,gantikan Allah dgn nabi isa kononnya,maka nabi isa di dunia barat kulitnya,rupanya seperti pemuda barat tetapi nabi isa adalah dari bani Israel.Tetapi apa yang berlaku pada nabi isa di gereja-gereja india kulitnya berubah menjadi gelap.Mungkin lama benar rasanya dijajah oleh inggeris dan tidak tahan lagi untuk melihat orang inggeris lalu menggelapkan wajah jesus Christ.

Maka dalam agama islam mengharamkan sesiapa sahaja yang menyatakan dzat allah melainkan melalui apa yang diajar kepada rasul.maka tanda iman kepada Allah itu adalah menyifatkan tuhan bagaimana tuhan sifatkan dirinya.

Kita balik pada kisah orang asli itu tadi.tamatla tempoh seminggu.masa yang ditunggu-tunggu pun sudah sampai.setelah tok batin bertungkus lumus memikirkan tentang rupa tuhan,akhirnya siap juga tuhan tok batin.Tok batin ini memang sangat takut kepada harimau.Jadi untuk membuatkan dia orang ramai ini sentiasa berasa takut dengan tuhan,maka dibuatlah satu patung yang menyerupai harimau dan mengatakan ia sebagai tuhan.

setelah tok batin ni menerangkan tentang tuhan kepada kaumnya dan mendapat restu dari kaumnya,rasa-rasanya apa soalan seterusnya yang diajukan kepada tok batin.

Kaum asli : wahai tok batin.kalau begitu,apa yang tuhan mahu dari kami sekalian.

: atau soalan yang lebih kurang sama,bagaimanakah cara kita untuk menyembah tuhan ini.

Tok batin : ye tak ye kan,kalau macam tu beri lagi saya seminggu,saya nak balik dan fikir.

Kaum asli : baik-baik.silekan.

Tok batin pun pulang dan mula berfikir.Tok batin betungkus lumus memikirkan bagaimana untuk menyembah tuhan.

Akhirnya tok batin berjaya juga.

Disinilah bermula pelbagai cara ibadah yang diterapkan dalam agama selain agama islam yang mungkin membuatkan kita tertanya-tanya pada masa kecil dahulu.

Persoalannya teman-teman,mengapa tok batin itu reka.

Tok batin ini mereka-reka kerana tiada wahyu dalam membawa fitrah insan ini ke jalan yang lurus.

Untuk itu pekara yang penting selepas tidak boleh menyifatkan tuhan dengan apa yang telah tuhan sifatkan dirinya,kita juga tidak boleh memperkatakan kehendak dan peraturan ibadah selain apa yang telah diwahyukan kepada rasulnya.Sesiapa yang cuba menyatakan bentuk ibadah dan cara pengabdian kepada tuhan tanpa melalui wahyu dia seakan-akan sama dengan dengan sami yang mereka-reka agama ini.

Maka wahyu mesti menjadi teras dalam agama.

Demikian itu kedatangan dan perjuangan para rasul terkumpul dua masalah yang besar iaitu mengajar manusia tentang akidah dan ibadah.allah berfirman di dalam al quran surah an-nahl:

‘Kami telah menghantar kepada setiap umat rasul untuk menyuruh manusia mengabdikan kepada Allah dan menjauhkan diri daripada taghut’.

Akidah yang dibawa oleh rasul bukan sekadar percaya tentang tuhan itu wujud tetapi konsep sebenarnya adalah akidah yang membersihkan dari segala macam bentuk syirik bahkan hendaklah mendaulatkan tuhan di dalam ibadah.Kita tidak akan menyembah melainkan Allah,kita tidak akan bertawakal melainkan hanya kepada Allah,kita tidak akan mengharapkan melainkan hanya kepada Allah dan kita tidak akan beribadah kepada Allah melainkan dengan cara yang telah Allah wahyukan.Kalau tidak orang beribadah ini merata-rata,setakat ikhlas tok sami budha itu lebih ikhlas.Mereka kadang-kadang tidak ada makanan tetapi masih teruskan berjalan menyampaikan pengetahuan mereka tentang tuhan.Sami budha itu tidak mempunyai apa-apa,hanya buah limau sahaja.Kalau ditanya tok sami itu apa yang dibuatnya,dia akan menjawab sengaja saya mahu masuk neraka sedikit.no,no,tidak,dia tidak akan berkata begitu,dia mesti mahu masuk ke dalam syurga.

Walaupun dia ikhlas tetapi tidak menepati wahyu dari Allah SWT.dalam firman Allah:

Allah mahu menguji kita yang manakah hambanya yang paling tepat dan paling ikhlas amalannya.

Kalau begitu,aminah wadut juga ikhlas tetapi tidak tepat.

Maka,kedatangan para rasul adalah untuk menegakkan kalimah la ila haila Allah.Inilah kemuncak aqidah sebenarnya,bukanlah kemuncak aqidah itu hanya mempercayai pada kewujudan Allah.Jika kita mengatakan Allah sebagai tuhan abu jahal sememangnya setuju.Sebelum nabi muhamad lahir lagi kaum kafir quraish telah mengenali Allah.Kemuncak aqidah ini dimulakan dengan penafian iaitu nafikan segala bentuk peribadatan selain allah.Barulah dipanggil sebagai penafian dan sekarang hanya Allah SWT sebagai tuhan.Apabila seruan aqidah itu dimulakan dengan kalimah la ila haila Allah maka berlakulah satu pertelingkahan dan permusuhun antara abu jahal dan nabi muhamad SAW.Hal ini terjadi kerana disamping abu jahal mempercayai Allah sebagai tuhan ,di hati abu jahal masih lagi tersimpan kebesaran-kebesaran selain Allah.

Maka inilah perjuangan para rasul dalam membersihkan aqidah daripada dikotori perkara-perkara yang syirik.

Kesimpulannya yang dapat kita ambil dari tulisan ini ialah:

  • setiap insan itu mempunyai fitrah untuk bertuhan,tetapi bagaimanakah cara yang terbaik untuk memastikan fitrah itu dipandu oleh agama yang diyakini benar.
  • apabila kita beragama,seharusnya kita perlu memastikan yang beragamanya kita ini dapat membawa kita menemui kejayaan.alangkah ruginya jika kita beragama dengan agama yang benar tetapi tidak berjaya juga membawa kita kepada kejayaan atau syurga Allah.





0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts with Thumbnails
© 2009 - menuju perubahan | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top