Sepuluh asas dalam pembentukan seorang mukmin




Pasti anda sedia maklum..memperbaiki diri terutamanya iman dan akhlak sangat urgent dan seharusnya tersenarai dalam aktiviti harian yang mesti kita lakukan.

Adakah anda pernah mendengar 10 muasafat tarbiyyah? 10 jenis perkara penting dalam membentuk diri..

10 perkara yang menjadi asas untuk menjadi MUSLIM-MUSLIMAH sejati!

Jadi..bagi anda yang belum mengetahui dan ingin tahu dan bagi anda yang ingin menambah pengetahuan untuk memperbaiki diri.. Mari kita sama2 membaca tulisan2 ini… semoga kita sama2 mendapat manfaat dan diberi hidayah dari YANG MAHA PEMBERI…

Baca Ingat Amal

10 muasafat tarbiyyyah..

1- AQIDAH YANG SEJAHTERA



· Tidak berhubung dengan jin.

· Tidak meminta bantuan dengan orang yang meminta bantuan dengan jin.

· Tidak merenung nasib.

· Tidak memuja kubur.

· Tidak meminta bantuan dari si mati.

· Tidak bersumpah dengan nama selain Allah.

· Tidak mempercayai adanya sial.

· Mengikhlaskan amal kerana Allah.

· Mengimani rukun- rukun iman dengan baik.

· Beriman dengan azab kubur, pembalasan serta nikmat Allah.

· Mensyukuri nikmat Allah tika memperolehnya.

· Menyedari syaitan adalah musuh yang nyata.

· Menerima sepenuhnnya dari Allah dan menolak sesuatu yang diturun selain Allah.

2- IBADAH YANG SAHIH


· Tidak menolak untuk azan.

· Bersuci dengan sempurna.

· Sangat menghargai solat jemaah.

· Sangat suka berjamaah di masjid.

· Memperbaiki mutu solat setiap masa.

· Qiamullail sekurang-kurangnya seminggu sekali.

· Menunaikan zakat.

· Berpuasa wajib.

· Berpuasa sunat sekurang- kurangnya sehari sebulan.

· Ada niat yang tinggi untuk menunaikan haji.

· Beriltizam dengan adab- adab tilawah.

· khusyuk ketika membaca Al- Quran, dan berusaha untak memahaminya.

· Menghafaz sekurang- kurangnya satu juzuk dari Al- Quran.

· Berdoa pada waktu- waktu yang diutamakan.

· Mengahiri harinya dengan taubat dan istighfar.

· Menjadikan amalan dimulai dengan niat.

· Menjauhi dosa- dosa besar hatta dosa kecil.

· Sentiasa mengamal zikir di pagi dan petang harinya.

· Mengingati Allah dalam setiap situasi.

· Menyebarkan salam.

· Menunaikan nazar.

· Menahan anggota dari perkara- perkara haram.

· Beri’tikaf di bulan ramadhan jika berpeluang.

· Mengamalkan sugi/siwak.

· Sentiasa menghiasi diri dengan wudhuk.


3- AKHLAK YANG MANTAP



· Tidak takabbur

· Mempunyai pendirian

· Tidak menipu, mencaci, mengadu domba, mengumpat, berdusta atau mengejek.

· Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan atau individu lain.

· Tidak berkawan dengan orang yang buruk perangai.

· Mengasihi orang yang lebih muda.

· Menghormati orang yang lebih tua.

· Menunaikan haji jika mampu.

· Menunaikan janji.

· Menundukkan pandangan.

· Menjaga rahsia.

· Menutup dosa orang lain.

· Cemburu terhadap isteri.

· Mempunyai perasaan cemburu terhadap agamanya.


4- LUAS PENGETAHUAN



· Mampu membaca dan menulis dengan baik.

· Membaca tafsir Al-Quran.

· Memelihara hukum- hukum tilawah.

· Menghafaz sebahagian dari hadith 40.

· Menghafaz 20 hadith dari riadhussalihin.

· Mengkaji marhallah makkah dan menguasai ciri- cirinya yang penting.

· Mengenali 10 orang yang dijanjikan syurga.

· Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci.

· Mengetahui hukum- hukum solat.

· Mengetahui hukum- hukum puasa.

· Membaca sesuatu di luar bidangnya.

· Memahirkan diri dengan wasilah- wasilah moden.

· Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap islam.

· Mengetahui pertubuhan- pertubuhan yang menyeleweng.

· Mengetahui aspek keburukan dari aspek perancang keluarga.

· Mampu mendengar dengan baik.

· Bersedia menerima tugas- tugas kolektif.

· Tidak menerima perkara- perkara syubhah yang dilemparkan ke atasnya.


5- SIHAT TUBUH BADAN


· Bersih tubuh badan.

· Bersih pakaian.

· Tempat tinggal yang bersih.

· Beriltizam dengan sunnah/ adab makan dan minum.

· Tidak berjaga malam berlebihan.

· Beriltizam dengan senaman 2 jam seminggu.

· Bangun sebelum terbit fajar/subuh.

· Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan.

· Meninggalkan tabiat merokok.

· Menjauhi tempat- tempat kotor.

· Menjauhi tempat- tempat berpenyakit.


6- MAMPU BERDIKARI DAN BEKERJA



· Menjauhi pekerjaan yang haram.

· Tidak meminta- minta atau mengemis.

· Menjauhi riba, judi dan penipuan.

· Menunaikan zakat.

· Membuat simpanan walaupun sedikit.

· Tidak menanguh- menanguhkan tugasan yang diamanahkan.

· Memelihara harta awam.

· Memelihara harta peribadi.



7- MUJAHADAH MELAWAN NAFSU


· Menjauhi perkara- perkara haram.

· Menjauhi tempat- tempat lalai yang diharamkan.

· Meninggalkan tempat- tempat maksiat.


8- TERATUR URUSANNYA



· Penampilan yang elok

· Tidak mempunyai hubungan dengan pihak yang menentang islam.


9- SANGAT MENGHARGAI MASA


· Bangun awal

· Tidak tidur selepas subuh

· Menggunakan masa dengan sebaiknya untuk perkara bermanfaat.

· Menggunakan masa untuk meningkan kemahiran diri.

· Menanamkan setiap saat adalah sangat berharga dan tidak boleh dibazirkan.


10- BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN



· Menunaikan hak ibu bapa.

· Menyertai majlis- majlis kegembiraan.

· Membantu orang- ornag yang memerlukan.

· Membimbing orang yang sesat.

· Berkata- kata dengan perkara yang bermanfaat.

· Menyampaikan ilmu walaupun kecil.

· Berakhlak mulia supaya boleh menjadi tauladan kepada orang sekeliling.

· Berkahwin dengan pasangan yang sesuai.



Muhasabah dari kematian

Siksa kubur adalah peringatan daripada Allah

Kematian itu suatu yang pasti berlaku pada setiap makhluk yang bernyawa tetapi saat yang dijanjikan itu dirahsiakan Allah kepada hambanya.

Antara hikmah Allah merahsiakan adalah untuk hambanya sentiasa berwaspada dan berusaha sebaik mungkin untuk menghadapi saat-saat yang penuh persoalan itu.

Walaupun semua orang tahu bahawa kematian itu akan berlaku namun amat sedikit bilangan mereka yang bersedia untuk menghadapinya.

Tujuan penulis berkongsi hakikat ini selain dari muhasabah diri sendiri,penulis juga ingin menimbulkan persoalan dalam jiwa setiap pembaca,adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kematian serta siksaan kubur itu nanti.

Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah agar dijauhkan kita dan seluruh umat Islam dari siksa kubur yang amat menyiksakan ini.



Gambar di atas merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur 18 tahun yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di Oman. Mayat ini digali semula daripada kuburnya selepas 3 jam dikebumikan di atas permintaan bapanya. Pemuda ini dikebumikan secara Islam dan pada hari yang sama beliau disahkan meninggal dunia oleh para doktor. Walaubagaimanapun, timbul keraguan pada bapanya tentang kesahihan punca kematian anaknya dan ingin membuat pengesahan semula.

Sanak saudara dan rakan-rakannya terkejut setelah melihat mayat pemuda ini. Pemuda ini kelihatan berubah sepenuhnya dalam tempoh hanya selepas tiga jam dikebumikan. Kulitnya bertukar menjadi kelabu seperti orang yang sangat tua, beserta beberapa kesan penderaan dan pukulan, dengan tulang-tulang tangan dan kaki yang telah patah, tulang-tulang rusuknya pecah dan menekan ke arah dalam badannya. Keseluruhan tubuh dan mukanya telah cedera. Matanya yang terbuka menggambarkan ketakutan dan kesakitan yang amat sangat. Kesan-kesan darah pada mayatnya menunjukkan seolah-olah beliau baru menjalani beberapa siksaan.



Setelah merujuk mayat pemuda itu kepada beberapa orang saintis Islam, mereka bersetuju bahawa kaitan yang terdekat tentang kejadian ini adalah tentang siksaan kubur yang dijanjikan oleh Allah swt yang telah diingatkan melalui hadis-hadis Rasulullah saw. Bapanya yang juga terkejut dengan kejadian itu mengakui bahawa anaknya berakhlak buruk, meninggalkan solat, menjalani kehidupan sosial yang bebas dan melakukan pelbagai jenis dosa. Setiap manusia yang mati pasti akan menjalani soal jawab di dalam kubur kecuali mereka yang Syahid pada jalan Allah swt seperti terkorban ketika menegakkan agama Islam. Ini merupakan ujian awal yang akan dilalui oleh setiap manusia sebelum Hari Kiamat.


Dalam Hadis Rasulullah saw :


Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya “Siapa Tuhan kamu ?” dan dia akan menjawab “Allah tuhan aku”. Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Islam agama aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Rasulullah saw diutuskan kepada aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Bagaimana kamu tahu ?” dia akan menjawab “Aku membaca kalam Allah (Al-Quran) dan mempercayainya” Kemudian akan kedengaran suara dari Syurga mengatakan “ Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya” Kemudian dia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang.



Rasulullah saw bersabda tentang manusia yang berdosa.


Selepas proses kematian selesai, rohnya akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya “Siapa Tuhan kamu ?” dan dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian akan kedengaran suara dari langit mengatakan “ Hambaku telah berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan bukakan pintu Neraka untuknya” Kemudian dia akan merasa bahang daripada api neraka dan kuburnya akan sempitkan sehingga bersilang tulang-tulang rusuknya.



Dalam Hadis juga dinyatakan, bahawa malaikat dengan kejamnya akan menghukum orang-orang yang berdosa semasa ujian di dalam kubur dan siksaannya sangat menakutkan. Juga dimaklumkan bahawa Rasulullah saw memohon kepada Allah swt agar dilindungi daripada siksaan kubur dan menyuruh umatnya juga berbuat demikian.


Peristiwa pemuda berumur 18 tahun ini adalah sebagai peringatan kepada sesiapa yang mempercayainya dan hanyalah sebagai satu lagi cerita dongeng kepada sesiapa yang pintu hatinya ditutup oleh Allah swt. Mereka ini melihat tetapi tidak nampak, memasang telinga tetapi tidak dengar.

------------------------------------------------------------------------------------------------


Pedihnya siksaan meninggalkan solat



Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam
masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu
menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu
menangis?"





Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang
hendak memandikannya. " Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar
r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.
Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a.
mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam.
Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya
Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi
babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang
muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat
itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan
para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu
hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi
seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya
kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan
oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,
lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat
nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang
hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular
sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan
menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu
semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.
Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga
sampai hari kiamat."



Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan
oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan,
di antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".

Rasulullah saw. bersabda :

“Perpisahan antara seorang lelaki dengan syirik dan kufur itu ialah solat”

Meninggalkan sembahyang atau solat lebih besar dosanya dari perkara-perkara yang lain. Diriwayatkan ada seorang wanita datang berjumpa Nabi Allah Musa as. merayu kepadanya agar dapat memohon kepada Allah swt. mengampunkan kesalahan dan dosanya yang lalu. Nabi Allah Musa as. bertanya apakah dosa itu. Wanita itu menjawab ia sudah bersuami dan telah berzina dengan orang lain dan apabila telah melahirkan anak ia membunuh anak itu.

Mendengarkan pengakuannnya, Nabi Allah Musa as. berasa teramat marah lalu menghalau wanita tersebut. Dengan perasaan sedih, hampa dan kecewa terus pergi dari situ.

Tidak lama kemudian, tiba-tiba Nabi Allah Musa as. memanggilnya semula dan mengatakan bahawa Allah swt. telah mengampunkan dosanya. Maka bergembiralah wanita itu tadi denga rasa syukur. Nabi Allah Musa as. bertanya kepada Malaikat Jibril as. apakah dosa yang lebih besar dari itu. Maka jawab Jibril as. Dosa yang lebih besar ialah dosa orang yang meninggalkan sembahyang atau solat.

Ruang wanita solehah ini akan digunakan untuk penulis berkongsikan serba sedikit pengetahuan tentang bagaimana untuk menjadi wanita paling bahagia hasil dari karangan Dr. Aidh Al-Qarni.Beliau adalah pengarang buku La Tahzan.


Dengan menjadi seorang muslimah engkau sudah mulia






bila engkau putus asa

hanya kerana belum mendapat jalan keluar

kemananya Allah pada waktu itu

dimana juga kemahakuasaan-Nya yang engkau tahu


Setiap musibah yang menimpamu kerana keteguhanmu di jalan Allah,atas seizin-Nya akan menjadi penebus dosa.bergembiralah dengan khabar yang tersurat dalam sabda Rasulullah s.a.w ini,

Apabila seorang perempuan taat lepada tuhannya,mendirikan shalat lima waktu,dan menjaga kehormatannya , maka ia akan masuk ke dalam syurga Tuhannya.

Semua ini mudah bagi mereka yang mendapatkan kemudahan dari Allah.Maka,laksanakanlah amalan-amalan yang mulia tersebut untuk bekalmu menghadap tuhan yang maha pengasih kelak dan demi kebahagianmu dunia akhirat.

Taatilah syariat dan berpegang teguhlah pada Al-Quran dan sunnah Nabi-Nya,agar engkau menjadi seorang muslimah sejati.

Itulah kemuliaan dan kebanggaanmu yang tak terkira harganya.Sebab,banyak sekali wanita selain dirimu yang dilahirkan negara-negara kafir,ada yang beragama kristien,yahudi,komunis,dan agama-agama lain yang bertentangan dengan Islam

Sementara,engkau ,Allah telah memilihmu menjadi seorang muslimah ,pengikut ajaran Muhamad s.a.w dan peneladanan jejak langkah Aisyah r.a,khadijah r.a ,dan fathimah r.a

Selamat berbahagia...kerana engkau telah mendirikan solah lima waktu,berpuasa Ramadhan, dan mengenakan hijab.

Selamat berbahagia...kerana engkau telah rela menerima Allah sebagai tuhanmu,Islam sebagai agamamu,dan Muhamad s.a.w sebagai rasul-Nya.



Jangan tinggal daku



Imam syahid al-banna mengatakan,ketahuilah ,kewajipan itu lebih banyak daripada waktu yang tersedia,maka bantulah saudaramu untuk menggunakan waktunya dengan sebaik-baiknya dan jika anda punya kepentingan atau tugas selesaikan segera.


Perkataan ini menggambarkan betapa sedikitnya waktu kita dibandingkan dengan tanggungjawab besar yang harus dikerjakan,amanah mulia yang harus ditunaikan dan matlamat besar yang mesti direalisasikan.


Kadang-kadang kita tidak berasa memiliki sebuah kewajipan sehingga banyak waktu yang kita buangkan dan banyak kesempatan yang dilalaikan.


Kita sering memberi alasan dan mengeluh kerana banyak bebanan dan tidak mampu menunaikan kewajipan lalu waktu lah yang disalahkan.


Perkara ini boleh berlaku akibat dari kita yang suka menunda-nunda dan banyak menghabiskan waktu dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.


Menurut hasan al-basri :


Waktu hanya ada tiga.Waktu kelmarin yang sudah bukan milik kita lagi.Esok hari yang belum tentu milik kita dan sekarang yang ada di tangan kita.


Sedarilah wahai teman-teman yang waktu kita ini benar-benar sedikit jika dibandingkan dengan tanggungjawab yang ada.Hakikatnya kerana kita tidak tahu pada saat bila kita akan dijemput malaikat maut untuk menghadap Sang Pencipta.Seharusnya masa yang ada ini perlu digunakan sebaik mungkin.


Imam sofyan ats tsauri mengatakan , ‘’sesungguhnya aku sangat menginginkan satu tahun saja dari seluruh usiaku seperti Ibnu Mubarak.Tapi aku tidak mampu melakukannya.Bahkan dalam tiga hari sekalipun.


Mengapa Sofyan Ats Tsauri mengatakan hal ini,padahal ia adalah ulama yang terkenal luar biasa dalam beribadah sampai ada salah seorang salaf di zamannya yang mengatakan, ‘’Sofyan itu seperti Abu Bakar dan Umar di zamannya.


Jika Sofyan Ats Tsauri berkata begitu apatah lagi dengan ibadah Ibnu Mubarak.


Beginilah cara dan jalan orang-orang soleh memandang berharganya waktu dalam kehidupan dan menyedari sedikitnya kesempatan yang ada untuk memperbanyakkan ibadah kepada Allah.





Banyak ayat al-Quran dan hadis nabi yang menyeru manusia melakukan kebaikan dan berlumba-lumba ke arahnya, kerana dengannya akan membawa kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan.


Sebagaimana firman Allah:


Kami adakan untuk tiap-tiap umat di antara kamu satu syariat dan satu jalan. Kalau Allah kehendaki nescaya Dia jadikan kamu satu umat tetapi Dia hendak menguji kamu tentang apa yang disampaikan kepadamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu melakukan kebaikan. Kepada Allah jua tempat kamu semua kembali, lalu Allah memberitahu kamu tentang apa yang kamu perselisihkan.


Antara hadis yang menjelaskan tentang sikap berlumba di dalam kebaikan dikalangan sahabat adalah hadis yang diriwayatkan oleh lmam Muslim ini.


Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan):

Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW:


Wahai Rasulullah!


Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang,mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka.



Baginda bersabda: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah.



Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan

syahwatnya pun dia beroleh pahala?


Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia

melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.



Jelas sekali mereka berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik.


Mari juga direnungkan satu firman Allah yang ringkas tetapi penuh makna ini.


Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang

beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar.

(al-Asr:1-3)


Allah telah bersumpah dan menegaskan sesungguhnya manusia pasti akan merugi kalau tidak memperhatikan masa,kecuali 4 golongan:

  • orang beriman
  • orang beramal shalih
  • orang yang menasihati dalam kebenaran
  • orang yang menasihati dalam kesabaran


Menyikapi ayat ini, Imam Syafi'e rahimahullah berkata,''seandainya manusia memahami ayat ini cukuplah agama ini baginya...''


Surah ini menerangkan pada kita bahawa hidup ini adalah kumpulan-kumpulan waktu.Sesiapa yang tidak mampu menggunakan waktu dialah orang yang dijamin bakal rugi kerana hidupnya seperti mayat beku.


Masa juga mampu membawa kita kepada dua arah yang saling bertentangan iaitu ke arah kebaikan atau keburukan.
Di dalam hadis nabi ada mengatakan 'barang siapa yang tidak menyibukkan diri dalam kebaikan niscaya ia akan disibukkan dalam keburukan.
Menghargai nikmat kulit


Kulit merupakan organ terbesar yang Allah SWT ciptakan pada tubuh kita. Ia meliputi 16% daripada berat tubuh.

Secara histologi, kulit dapat dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu :

1. Epidermis – lapisan paling atas yang berasal dari ectoderm
2. Dermis – lapisan connective tissue di bawah epidermis yg berasal dari mesoderm

lapisan epidermis
  • Tidak mempunyai saluran darah

lapisan dermis
  • Lapisan dermis merupakan lapisan yang mempunyai bekalan darah atau kapilari darah.
  • Lapisan ini juga menempatkan reseptor-reseptor tertentu

Antara fungsi kulit ialah:


Sebagai Perisai Perlindungan Tubuh



Kulit yang menutupi seluruh tubuh manusia, penuh dengan sifat yang menakjubkan.Kulit mampu melindungi diri , meskipun banyak liang-liang kecil di permukaannya.

Strukturnya yang luar biasa kenyal,menghasilkan satu gerakan bebas kepada pemiliknya, padahal ia cukup tebal sehingga tidak mudah terkoyak. Kulit mampu melindungi tubuh dari panas, dingin, dan sinar matahari yang membahayakan.Kesemuanya itu hanyalah sedikit dari fungsi kulit yang telah diberikan kepada manusia.

Di sini,saya ingin berkongsikan sifat-sifat yang menakjubkan dari kertas pembungkus ajaib ini:



Antara sifat luar biasa kulit ialah mampu untuk melindungi tubuh dari kemasukan mikroorganisma yang mengundang kepada pelbagai jenis penyakit. Jika tubuh kita dianggap sebagai istana yang dikepung musuh, kita boleh mengatakan kulit sebagai dinding istana yang begitu kuat.

Fungsi perlindungan utama kulit diwujudkan melalui lapisan sel mati yang merupakan bagian terluar kulit. Setiap sel baru yang dihasilkan oleh pembelahan sel bergerak dari bagian dalam kulit menuju ke permukaan luar.Disebabkan pergerakan sel yang makin lama makin jauh dengan salur darah yang membekalkan pelbagai nutrient kepadanya maka lama-kelamaan sel ini akan mati dan membentuk keratin.Keratin adalah protein yang sangat kuat dan kerana itu ia tidak dihancurkan oleh enzim pencernaan. Dengan demikian, penyerang seperti bakteria dan kulat tidak akan dapat merosakkan lapisan luar kulit.



Sebagai tempat merasai suatu rangsangan




Sebagaimana yang telah dikatakan,di lapisan dermis mempunyai banyak saraf-saraf yang memainkan fungsi sebagai alat menghubungkan manusia dengan persekitarannya.

Terdapat beberapa reseptor yang Allah SWT ciptakan pada kulit manusia. Antaranya ialah:

1. Mechanoreceptor – receptor yang menerima ransangan tekanan, sentuhan & getaran.

2. Thermoreceptor – receptor yang menerima ransangan suhu (sejuk/panas)

3. Nociceptor – receptor yang menerima ransangan sakit.


Hakikatnya,kebanyakan manusia yang hidup di dunia ini hanya memandang kulit itu adalah salah satu dari bahagian tubuh mereka sahaja.Mereka tidak dapat memandangnya lebih dari itu.Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah yang berbunyi :

Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.

(as- saba
: 13 )



Di saat kita sedang merasai kesakitan, sebenarnya kita juga sedang mengecapi nikmat dari Allah azzawajalla. Nikmat yang dimaksudkan ialah nikmat berupa keupayaan tubuh kita untuk mengesan rasa sakit.

Apa hikmahnya Allah menciptakan kulit yang mempunyai deria yang mampu menghasilkan satu bentuk interaksi antara manusia dan alam

Dengan deria inilah yang menjadikan manusia bersikap waspada dari perkara-perkara yang mencederakan mereka.


sebagai contoh
:


Apabila tangan menyentuh benda-benda yang membahayakan,dengan spontan tangan akan tertarik untuk menjauhi benda tersebut.gerakan ini berlaku kerana hasil dari receptor yang menghantarkan maklumat dalam bentuk impulse ke otak.Otak akan menafsirkan dan akan menghasilkan gerakan yang mengurangkan kecederaan tersebut.


Mari kita bayangkan jika receptor ini tidak diciptakan Allah.
tangan kita akan tetap memegang objek yang berbahaya dan akhirnya membuatkan tubuh kita mengalami kecederaan yang teruk.


Kemampuan merasai kesakitan dan berjaya bergerak menjauhinya adalah satu kenikmatan yang dianugerahkan Allah kepada hambanya.

tetapi.....................

Apabila manusia tidak mampu bergerak menjauhi bahaya walaupun kulitnya mampu untuk merasai kesakitan maka kenikmatan tadi akan bertukar menjadi musibah buat diri kita.

Allah merakamkan gambaran ini kepada kita di dalam al-quran.



firman Allah:

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, kami akan membakar mereka
di dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah maha kuasa, lagi maha bijaksana.”

(surah : an-nisa - 56)

Jika kita merujuk kembali kepada terjemahan ayat ke 56 Surah an-Nisa, sedarlah kita betapa dasyatnya siksaan yang Allah sediakan bagi orang yang kufur. Kulit kita yang terbakar disiat oleh Malaikat Zabaniyah lalu Allah SWT menggantikannya dengan kulit yang baru, lalu di bakar lagi, dan disiat lagi. Begitulah halnya berterusan tanpa henti.

Tujuan rasa sakit yang Allah ciptakan bukannya lagi berfungsi sebagai amaran bahaya tetapi kini berubah menjadi siksaan.

Kalau sebelum ini kita boleh menarik tangan untuk menjauhi sumber kesakitan itu tetapi kali ini tidak lagi teman-teman.Kesakitan itu akan terus dirasai oleh manusia.

Sebagai penutupnya,marilah kita berfikir dan menghayati dengan mata hati akan dua hal penting ini iaitu menyedari kekuasaan dan kebijaksanaan Allah dan menginsafi akan sikap kita yang mendorong untuk menghampiri neraka Allah SWT.

  • Lihatlah bagaimana kehebatan Allah dalam menciptakan sesuatu.

  • Hayatilah juga begitu sayangnya Allah kepada hambanya dengan memberikan sesuatu yang sangat bernilai supaya manusia itu menghargainya

  • Menginsafi diri kerana diri ini begitu banyak melakukan dosa dan kesalahan kepada Allah

Tauladan dari besi yang berani




Magnet ialah sejenis logam yang juga dikenali dengan nama besi berani.


Magnet mempunyai medan magnet dan dapat menarik butir-butir besi lain ke arahnya.


Perkataan magnet berasal dari bahasa Greek "magnĂ­tis lĂ­thos" yang bererti “batu magnesia”. Ini adalah kerana magnet mula-mula dijumpai di suatu daerah Asia kecil bernama Magnesia.


Suatu keunikan yang ada pada magnet ini ialah apabila magnet itu digantung, arah yang ditunjukkannya ialah utara-selatan.


Selain magnet asli, terdapat juga magnet yang dibuat manusia.


Magnet asli ialah magnet yang kekal keadaannya, manakala magnet yang dibuat manusia ada yang kekal dan ada yang sementara (dipanggil elektromagnet). Kebanyakan magnet yang digunakan hari ini adalah dibuat oleh manusia.


Setiap magnet mempunyai satu 'kutub selatan' dan satu 'kutub utara'.


Apabila satu hujung magnet didekati suatu hujung magnet yang lain, kedua-dua hujung akan menarik di antara satu dengan yang lain sekiranya hujung-hujung magnet itu mempunyai kutub yang berlainan.


Sebaliknya akan berlaku sekiranya kedua-dua hujung mempunyai kutub yang sama.


Persoalannya bagaimanakah magnet ini bertindak dalam menarik dan menolak sesuatu bahan.


Setelah dikaji oleh para saintis pada abad ke-20 ini,rupa-rupanya sifat magnet yang boleh menarik dan menolak ini berpunca dari kandungan pelbagai bahan yang mempunyai ukurannya yang tersendiri.


Dalam kajian mereka,apabila kandungan pelbagai bahan ini tidak mencapai takat yang seimbang,maka ia tidak akan hasilkan medan magnet yang dapat menarik dan menolak sesuatu bahan.


Inilah tanda-tanda yang membuktikan kewujudan dan kebesaran Allah bagi orang yang berfikir.


Sesungguhnya,pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran allah) bagi kaum yang berfikir

(Ar-rad : 4)


Dalam kita merenung dan menghayati tentang kekuasaan Allah pada magnet ini,sebenarnya tersirat satu pengajaran yang dapat memotivasikan diri kita agar sentiasa berwaspada dalam meniti hidup ini.


Magnet : maksiat,kesalahan dan dosa


Bulatan hitam (medan magnet) : medan maksiat


Titik merah : manusia




Magnet ini boleh kita andaikan seperti satu maksiat, dosa, kesalahan atau hal-hal yang boleh membawa kepada kesan negatif.


Jadi, maksiat juga akan mempunyai medannya sendiri seperti mana magnet.


Jika kita masuk ke dalam medan ini,sebenarnya kita telah cuba memberanikan diri untuk bermaksiat kepada Allah.


Ini disebabkan oleh sifatnya yang begitu cenderung untuk menarik sesuatu bahan yang masuk ke dalam medannya.


Kesimpulan dari kisah magnet ini sesuai untuk kita jadikan prinsip dalam kehidupan kita di muka bumi ini.


Ramai yang mengatakan begitu sukar untuk mereka jauhi segala bentuk maksiat dan dosa.Ada yang mengatakan mereka tidak sedar dan tidak mampu membawa diri mereka untuk keluar dari dosa, seakan-akan ada sesuatu yang menarik dan mereka tidak mampu melawan tarikan itu.


Luahan mereka itu benar sekali.Sesekali kita memberanikan diri untuk masuk ke dalam medan maksiat pasti kita akan terjerumus ke lembah hina itu kecuali bagi orang-orang yang mendapat pemeliharaan dari Allah SWT.



Bagaimana kisah nabi muhamad SAW ketika zaman remajanya yang mendapat satu undangan untuk menghadiri satu jamuan.Nabi muhamad ketika itu belum lagi dilantik menjadi rasul.Baginda tidak mengetahui apakah sebenarnya tujuan jamuan yang diadakan oleh teman-temannya. Rupa-rupanya jamuan yang diadakan itu penuh dengan maksiat.Kasihnya Allah kepada baginda,dalam perjalanan Allah telah menidurkan baginda .Apabila nabi muhamad sedar,suasana telah siang dan baginda terus pulang.Allah menjaga nabi muhamad SAW dari dinodai dosa-dosa.


Hakikatnya,mereka cuba untuk melawan tarikan nafsu apabila sudah berada di dalam medan maksiat.


Inilah yang menyebabkan mereka berasa seakan-akan ditarik dan tidak mampu untuk melawanya.Mana mungkin sesuatu objek dapat lepas dari tarikan magnet jika ia berada dalam medannya.Sudah pasti akan tertarik.Begitu juga dengan maksiat.


Seharusnya jalan yang terbaik untuk mengatasi diri daripada terjerumus ke lubang-lubang hina ini adalah dengan berusaha untuk menjauhi dan tidak memasuki medannya.


Mencegah itu lebih baik dari merawat.



hakikat keimanan dalam hari peperiksaan


Penulis yang daif ini berasa ingin berkongsi satu luahan hati kepada teman-teman.Penulis berharap dengan luahan ini mampu membuatkan pembaca berfikir tentang satu hal penting yang sebenarnya menjadi teras dalam agama.

Ujian midsem akan berlangsung tidak lama lagi.Rasa-rasanya baru sahaja selesai ujian yang lepas,kini digegarkan lagi dengan ujian mid sem ini.Kalau ini adalah liku-liku suratan seorang yang menuntut ilmu maka Ya Allah,berikanlah kekuatan padaku dan teman-teman dan permudahkan perjalanan kami dalam mencari cahaya-mu.

Semasa penulis bersama rakan-rakan duduk berbincang tentang jawapan soalan past year,tiba-tiba hati penulis berasa sesuatu yang agak merunsingkan.Penulis dapat melihat bagaimana persiapan seorang penuntut ilmu dalam menyiapkan diri mereka dalam menduduki hari peperiksaan.Terima kasih kepada teman-teman kerana penulis selama ini mencari hakikat kebenaran dan akhirnya Allah telah menghantarkan kefahaman itu melalui tindak tanduk dari kalian.

Selama ini penulis berusaha mencari hakikat keimanan.Hati penulis sering bertanya,apakah itu keimanan.Bagaimana bentuk keimanan dan cara yang mana membuktikan keimanan.

Allah maha penyayang dan maha memberi.

Allah akhirnya menurunkan pengetahuan itu di depan mata hati penulis sendiri.

Dalam penulis bersama teman-teman berbincang tentang soalan-soalan past year itu,hakikat itu makin nampak dan makin jelas laksana terangnya matahari dan terangnya bulan di malam hari.Dari situ penulis telah belajar sesuatu yang sangat istimewa yang menjadi pencarian penulis selama ini.

Teman-teman,tahukah kita yang kita sebenarnya sangat beriman kepada hari peperiksaan.
Mari kita lihat kepada definisi iman.
Iman adalah yakin di dalam hati,mengucapkan dengan lisan dan membuktikan dengan amal perbuatan.

Mari kita lihat kondisi kita dalam menghadapi hari peperiksaan.

Mulut kita sering mengucapkan tentang hari peperiksaan.Sebagai contoh soalan-soalan yang sering kita dengar:

  • tak lame lagi nak exam ni.aku tak study ape-ape lagi.
  • kau mesti da banyak study kan.jangan tipulah.aku ni tak sentuh ape-ape lagi.
  • kau dah ade soalan past year tak.mulia abadi dah ade dah.pegila beli.kite buat same-same.
  • takutnye nak exam ni
  • exam kali ni aku nak buat yang terbaik
Inilah antara ucapan-ucapan kita apabila hari peperiksaan akan menjelang tiba.

Mari ditinjau pula dari amal perbuatan kita dalam menyiapkan diri untuk hari peperiksaan.



  • dari jauh kelihatan teman-teman kita memegang buku yang tebal dan soalan-soalan past year
  • seperti di rumah penulis dan rumah teman-teman lain,kami sudah membuat jadual untuk berbincang soalan past year.
  • tidur pun sudah menjadi sedikit.

  • hobi yang diminati pun terpaksa ditunda.penulis dan teman-teman bakal menunda untuk main badminton.
  • buku-buku telah bersepah di sana sini akibat dari pembacaan yang begitu dasyat.

Inilah antara amal-amal yang dibuktikan seorang penuntut ilmu dalam mana menyiapkan diri mereka untuk berjaya melepasi hari peperiksaan dengan cemerlang.


Dari segi keyakinan hati tentang akan berlakunya hari peperiksaan pula tidak dapat disangkal oleh kita.Ini sebab,ucapan dan amal perbuatan seorang penuntut ilmu itu telah membuktikan yang mereka sangat yakin yang hari peperiksan itu akan benar-benar berlaku.

Mungkin contoh-contoh yang penulis berikan adalah begitu kecil jika dibandingkan dengan situasi sebenarnya.Sememangnya jika kita lihat keyakinan,ucapan dan amal-amal yang dilakukan,sangat berbeza dari hari sebelum peperiksaan dengan sesudah peperiksaan.
Begitu cepat kita berubah,dari mana kekuatan tersebut yang mampu menggerakkan tubuh kita untuk sebegitu dasyat.

Kekuatan ini sebenarnya datang dari hasil keimanan kita yang mantap dalam mempercayai kewujudan hari peperiksaan.

Sahabat-sahabat rasullulah adalah manusia seperti kita,tetapi mengapa mereka mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam mengabdikan diri mereka kepada penciptanya.Jawapannya sama teman-teman.Kekuatan ini diperoleh dari keimanan yang kuat dan kukuh tentang janji-janji penciptanya.
Mereka juga beriman seperti kita pada satu hari yang merungsingkan itu,tetapi hari yang mereka rungsikan bukan hari peperiksaan tetapi hari akhir yang segala pengadilan akan berlaku di hadapan tuhan mereka.

persoalannya...

Jika kita kata diri ini beriman kepada Allah dan hari pembalasan.Mengapa tindak tanduk kita dalam mempercayai kewujudan Allah dan kebenaran hari pembalasan tidak seperti kepercayaan kita pada hari peperiksaan.

Sedangkan kita semua setuju yang keimanan itu adalah melalui hati,ucapan dan amal.

Penulis berasa yang penulis dan teman-teman semua sangat beriman kepada hari peperiksaan.
Alhamdullilah kita ucapkan kepada Allah kerana memberikan kita keimanan kepada hari peperiksaan yang mampu membuatkan kita berusaha supaya mendapat hasil yang cemerlang.

Cuma yang membuatkan hati penulis berasa sayu dan sedih adalah adakah kita ini benar beriman kepada Allah dan hari pembalasan.

kalau kita ucapkan YA.

Mengapa usha kita tidak seperti usha dalam menyiapkan diri menghadapi hari peperiksaan.Sedangkan hari peperiksaan itu kita mengetahui bila akan diadakan,tetapi saat malaikat izrail yang datang menjemput adalah satu tanda tanya bagi kita..

BILAKAH IZRAIL AKAN MENJEMPUT AKU



Sepatutnya kita lebih berusha lagi kerana saat maut itu dirahsiakan kepada kita.
Kalaulah hari peperiksaan itu dirahsiakan.Semestinya kita akan dapat lihat bagaimana ketekunan seorang penuntut ilmu ini dalam menyiapkan diri mereka.

Tetapi bagaimana pula kita sebagai seorang hamba Allah.adakah kita beriman kepada Allah dan hari pembalasan.renungkan...

Teman-teman mari kita mengambil sedikit masa berfikir tentang hal penting yang kita tidak sedari ini.Jika kita mempunyai strategi dalam menghadapi hari peperiksaan maka apatah lagi dengan hari pembalasan.sepatutnya strategi yang dilakukan mestilah lebih mantap dan berterusan.

Maafkan penulis jika dalam luahan hati penulis ini begitu banyak kekurangan.Luahan hati penulis ini akan ditujukan lebih kepada diri penulis sendiri.
Mana dulu


Sebahagaian orang berfikir bahawa yang terpenting dalam agama adalah menghafal quran,mempelajari hukum fikih dan lain-lain lagi.

ilmu adalah yang pertama dan akhlak adalah yang kedua

apakah ini benar,manakah yang lebih dahulu.ilmu atau akhlak.

Allah berfirman, ya tuhan kami,utuskanlah untuk mereka seorang rasul dari kalangan mereka,yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka kitab(Al-quran) dan hikmah(sunnah) serta menyucikan mereka

(al-baqarah : 129)

dalam ayat ini nampak bagaimana pengajaran ilmu lebih di dahulukan dari penyucian hati(akhlak).dengan kata lain posisi ilmu lebih di dahulukan dibanding akhlak.

ayat sejenis ini hanya sekali sahaja di dalam al-quran dan diucapkan oleh nabi ibrahim.

tetapi...

ayat al-quran yang langsung dari Allah dan sebanyak 3 kali di ulang dalam al-quran:

Allah berfirman:

sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat kami kepada kalian) Kami telah mengutuskan kepadamu seorang rasul di antara kalian yang membacakan ayat-ayat kami kepada kalian dan menyucikan kalian dan mengajarkan kepada kalian akan kitab dan hikmah.

(al-baqarah : 151)


Dalam ayat ini jelas sekali yang Allah mendahulukan kesucian hati yakni pembinaan akhlak berbanding ilmu.





Firman Allah ini sebanyak 3 ayat jika dibandingkan dengan ayat yang mendahulukan ilmu daripada akhlak yang hanya satu ayat.


Sabda rasullulah:

sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kemulian akhlak.


kesimpulannya:


  • tiada gunanya jika seseorang itu mempunyai ilmu yang tinggi tetapi tidak dihiasi dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia.
  • kasih sayang dan ketenteraman di dunia ini boleh kita dapati dari kesan akhlak yang sempurna bukan dari ketinggian ilmu seseorang.
  • banyak hadis-hadis yang menceritakan kepada kita tentang ganjaran dan kelebihan bagi orang yang berakhlak
  • banyak juga hadis-hadis nabi yang memberitahu kita tentang keburukan jika kita tidak bersikap dengan akhlak yang baik.

antara hadis-hadis tentang akhlak:

sabda nabi muhamad SAW:

  1. saya adalah penjamin bagi orang yang berakhlak baik dan akan mendapat istana di jannah yang tertinggi.
  2. hamba-hamba yang paling dicintai Allah ialah hamba yang mempunyai akhlak yang paling baik
  3. sesuatu yang paling berat timbangan untuk seseorang mukmin di hari akhirat nanti adalah akhlak yang baik.
  4. demi Allah,tidak dianggap beriman,demi Allah tidak dianggap beriman,demi Allah tidak dianggap beriman '' lalu para sahabat bertanya,'siapakah yang dianggap tidak beriman,wahai rasullullah.rasullulah SAW bersabda '' orang yang tetangganya merasa tidak aman dari gangguannya.

Identiti yang misteri


Epidermal ridge atau cap jari ini adalah elevation dari permukaan dermis yang memasuki kawasan epidermis.Apakah sebenarnya tujuan Allah SWT menciptakan epidermal ridge ini.



Boleh dikategorikannya kepada dua:


  1. epidermal ridge ini adalah untuk menghasilkan satu permukaan yang berliku-liku di atas permukaan kulit kita supaya menghasilkan geseran-geseran yang membantu kita untuk memegang dan berjalan.kawasan yang paling tinggi kandungan epidermal ridge ini adalah di permukaan tangan dan tapak kaki.jadi semua tahu tentang fungsi tapak tangan dan tapak kaki
  2. epidermal ridge ini juga berfungsi untuk menghasilkan identiti kita yang tersendiri atau nama lainnya ialah cap jari.


Kajian masih lagi tidak menjumpai seorang yang mempunyai cap jari yang sama dengan manusia yang lain.



Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini akan bawa bersamanya identiti yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain.





Manusia ini memiliki beberapa rangkaian kromosom yang tersimpan kukuh dalam bentuk genetic dan baka pewarisan.walaupun generasi-generasi silih berganti namun manusia tetap memiliki banyak misteri dan seribu satu keunikan yang sukar di tafsirkan oleh ilmu sains dan teknologi.Melainkan sebenarnya adalah bukti kebesaran dan kekuasaan Allah yang maha mencipta.


Apabila seseorang itu mati dan telah dikuburkan maka tubuh serta jasad manusia itu akan mereput dimamah cacing dan ulat sehingga ia tinggal tulang-belulang yang berserakan.namum menurut janji Allah pada kita,manusia akan dibangkitkan semula dalam rupa bentuk fizikal seperi kehidupan di dunia.bagaimana kulit-kulit yang telah di mamam cacing tetapi masih lagi cell-cell kulit kita itu berjaya ditemukan Allah.



Seorang sahabat nabi muhamad s.a.w yang bernama adwi ibnu abi rabiah betanya:


Adakah selepas kematian ini ada kebangkitan semula.dan bagaimanakah Allah SWT akan mengumpulkan tulang-belulang selepas ianya telah bertukar menjadi habuk.maka Allah SWT telah berfirman melalui maksud ayat surah Al-qiyamah ayat 4 yang bermaksud;


Bukan yang sebagaimana yang disangka itu,bahkan kami berkuasa menyusun dengan sempurnanya segala tulang belulang jarinya.dan tulang yang lebih halus dari yang lain.


Jika kita lihat ayat itu dalam teks arabnya.bunyinya itu merujuk pada perkataan ‘banaanah’ ertinya ‘hujung-hujung jarinya’.Di khaskan di sini penyebutannya adalah untuk menunjukkan betapa rupa bentuknya yang sangat ajaib.begitu halus dan terlalu rapi serta teliti buatan tuhan.epidermal ridge ini juga akan disusunkan oleh Allah SWT di hari yang telah di janjikan itu.bagaimana dengan strukturnya.complex sekali. walaupun tidak mampu untuk kita memikirkan bagaimana Allah menyusunnya.Tetapi inilah yang dikatakan tentang keimanan.Inilah yang membezakan umat islam dan umat yang lain.


Kesimpulanya,akal adalah kurnian Allah kepada makhluk yang bernama manusia.Segala sesuatu penciptaan akan menunjukkan kebesaran dan keagungan Allah SWT.Mereka akan sentiasa memikirkan tentang segala apa yang ada di langit mahupun di bumi untuk melihat kebesaran Allah.orang yang beriman akan menundukkan pandangan(hati) kepada kebesaran Allah.


renungkan firman Allah ini


Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan Allah maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi ini dan penukaran malam dan siang ada tanda-tanda(kekuasaan.kebijaksanaan dan keagungan allah)bagi orang-orang yang berakal.iaitu orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring dan mengiring ,dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata wahai tuhan kami !! tidaklah kau jadikan ini semua satu yang sia-sia,maha suci engkau ,maka peliharalah kami dari azab api neraka..

 
Related Posts with Thumbnails
© 2009 - menuju perubahan | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top