Keajaiban solat secara perubatan



Perkongsian kali ini berkisarkan tentang kelebihan-kelebihan menunaikan solat dari aspek rohani dan jasmani selain daripada ia satu amanah yang telah dipertanggungjawabkan.


Solat dapat memberi banyak manfaat seperti mana yang kita ketahui.Antaranya :

1- Menjadikan kita seorang hamba yang patuh dan taat pada perintah Allah swt.

2- Melahirkan rasa tenang dan bahagia di dalam jiwa seseorang insan.

3- Mengatur keseimbangan sistem tubuh justeru menyihatkan tubuh badan

4- Membina keperibadian seorang mukmin


Disini terdapat keterkaitan antara pelaksanaan ibadah dengan perubatan.Ikhlaskan hati dan mari kite renungi dan hayati.


Solat sebagai terapi jiwa dan raga


Allah swt berfirman :

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyu.

( Al-Baqarah : 45 )


Solat mengandung keutamaan yang sangat besar dalam menghiburkan kesedihan jiwa,membahagiakan hati, dan menguatkannya,serta melapangkan dada kerana di dalamnya terbentuk hubungan kalbu dengan Allah swt.


Solat juga merupakan amalan yang terbaik,sebagimana sabda nabi saw yang diriwayatkan oleh Ahmad,Ibnu Majah dan Hakim dari Tsauban ra :

Ketahuilah , sesungguhnya sebaik-baik amal perbuatan adalah solat.


Berdiri di hadapan Allah swt dengan melakukan solat memuat rahsia besar dalam mendatangkan kebaikan dan menolak keburukan.

Allah berfirman :

Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.dan sesungguhnya mengingati Allah (solat)adalah lebih besar(keutamaanya dari ibadah-ibadah yang lain).Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

(al-ankabut : 45 )


Titik temu gerakan solat dan yoga



Yoga disebut sebagai salah satu sistem tertua untuk meningkatkan kecerdasan mencakup aspek tubuh,fikiran dan dalaman menurut Jurnal Royal Society of Medicine.Kini , yoga menjadi salah satu trend kesihatan yang tumbuh paling pesat.Ia memang sudah terkenal sejak berabad-abad kerana kekuatan menyembuhkan dari berbagai gerakan( dengan izin Allah ).


Yoga terdiri daripada sejumlah gerakan tubuh yang dilakukan sambil membaca mantra atau menghirup udara segar.


Menariknya, bagi jutaan orang yang mengikuti kelas yoga, solat umat Islam sejak 14 abad lalu ternyata telah memberikan pelbagai manfaat kepada kaum muslimin.Bentuk solat yang dilakukan ini memberi keuntungan dari segi fiikal,mental dan spiritual 5 kali dalam sehari kepada umat Islam.


Kajian menemukan bahawa pelbagai bahagian tubuh ketika dirangsangkan melalui sentuhan, gerakan , atau fikiran dapat menimbulkan gerak balas fizikal dan emosi yang dapat menimbulkan rasa bahagia dan melancarkan fungsi tubuh.Ini hanya dapat dicapai dengan melakukan gerakan solat dengan tertib dan bukannya secara tergesa-gesa.


Berdiri




Gerakan tadasana(gunung) dalam yoga adalah dasar bagi gerakan yoga.Ini mirip sekali dengan gerakan berdiri dalam solat yang menjadi gerakan utamanya.Gerakan ini adalah latihan yang sederhana untuk menegapkan seluruh tubuh seperti kaki,paha dan tulang belakang secara serentak.Gerakan ini juga mengembalikan semula keseimbangan tekanan darah dan pernafasan justeru memberikan banyak keuntungan bagi penderita asma dan jantung.


Meletakkan kedua tangan di atas dada selama proses berdiri dapat merangsang jaringan saraf yang mengawal kesihatan sistem kulit ,otot,usus,hati,dan mata.


Posisi ini memiliki erti penting yang luar biasa seperti meluruskan kemunafikan fikiran manusia,kerana dalam gerakan ini pelaku akan mengukuhkan kakinya ke bumi sementara kepalanya tegak lurus ke langit.


Rukuk




Gerakan rukuk di dalam solat sangat mirip dengan gerakan membungkuk ke depan dalam yoga.Rukuk meregang otot-otot pinggang,paha,kaki,dan betis yang memudahkan darah mengalir ke tubuh bahagian atas .Membentuk sudut yang betul ketika rukuk dapat meregangkan otot-otot perut dan secara tidak langsung melancarkan system penghadaman.


Posisi ini juga meningkatkan aliran darah yang lebih besar ke pelbagai anggota tubuh bahagia
atas seperti kepala,mata ,telinga,hidung dan paru-paru.Ini meningkatkan fungsi setiap bahagian tubuh tersebut kerana menerima kandungan oksigen dan nutrient yang maksimum dari darah.


Kekuatan manusia tergantung kepada kekuatan tulang belakangnya.Kekuatan ini dapat dilatih dengan membungkukkan tubuh ke depan sehingga kepala sejajar dengan lutut.Kerana seluruh saraf berpusat di dalam tulang belakang maka tulang belakang yang sihat amat penting buat kesihatan seluruh tubuh.


Sujud




Dua gerakan yang paling penting di dalam yoga adalah posisi kayang dan posisi tertumpu pada kepala yang sangat membantu dalam memelihara sistem tubuh.Solat juga sudah mempunyai gerakan ini lebih dahulu lagi daripada yoga.Gerakan ini menundukkan kepala di bawah jantung yang dinamakan sujud.Sujud juga merupakan gerakan yang paling penting di dalam solat.Ini boleh dibuktikan dengan lebih dari 90 kali perkataan sujjaad yakni sujud terulang di dalam al-quran.Sujud dianjurkan untuk lebih lama juga merupakan tafsiran kepada kepentingan ini.


Ketika kepala diletakkan lebih rendah daripada jantung maka ini membantu mengalirkan darah yang kaya dengan oksigen ke otak untuk menjaganya tetap sihat dan cergas.Dengan gerakan ini mambantu mengusir kelelahan seseorang sekaligus menyegarkan fikiran.


Ditambah lagi , selama bersujud kedua tangan pelaku solat tetap diletakkan di atas lantai dekat kedua sisi kepala atau telinganya.Ketika bangun dari sujud,kedua tangan ini akan menekan ke tanah dan mengangkat kepala dan berdiri.Ini bersesuaian dengan prinsip hukum Newton III.Tekanan tegak lurus kedua tangan ke arah lantai membantu membentuk otot tangan dan dada dan menghasilkan kekuatan pada kedua tangan .


Duduk



Gerakan duduk dalam solat mirip dengan posisi halilintar di dalam yoga.Gerakan ini menguatkan jari kaki,lutut,paha dan kaki.kaedah ini juga membantu melancarkan proses pencernaan,memudahkan proses pembuangan toksid dan merangsang proses peristalsis di dalam usus besar.


Salam


Di dalam yoga,gerakan yang terakhir adalah gerakan yang memutarkan tulang belakang ke kanan dan ke kiri.Ini menyerupai gerakan solat iaitu ketika memberi salam.Latihan ini membantu melenturkan tulang belakang di samping melatih tulang leher dan beberapa tulang dada supaya memberikan kekuatan tambahan.

....................................................................................................................................................................


Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu teman-teman untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadah kepada Allah swt.

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts with Thumbnails
© 2009 - menuju perubahan | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top